❛ ℬ𝒜ℬ 𝟏𝟕
Sebulan sudah berlalu. Hurm, Dami merenung calendar di biliknya. Tak lama lagi nak habis cuti sem aku.
Ahh, cepatnya masa berlalu. Hubungan aku dengan Han pun dah semakin baik walaupun belum sampai ke tahap hubungan suami isteri yang sebenar.
Kalau aku dah balik asrama nanti, mesti aku rindu semua kenangan aku kat dalam rumah ni terutama...Han. Aku mesti rindu nak gaduh dengan dia lagi.
Han berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Han pun sebenarnya memikirkan hal yang sama. Han tahu cuti isterinya tidak lama lagi akan habis.
" Han, kau kena buat sesuatu. Takkan kau nak biarkan perasaan kau macam tu je. Kau kena luahkan isi hati kau sekarang. Takkan kau nak tunggu lagi. Kau tak tahu dekat kolej tu, lagi banyak lelaki yang hensem-hensem dan bujang. Ye, aku mesti luahkan isi hati aku sekarang juga sebelum terlambat " Han mengetuk pintu bilik isterinya.
Dami perlahan-lahan membuka pintu biliknya.
" Ea? "
" Dami, aku nak cakap sesuatu dengan kau. Penting!! " ujar Han serius.
Han masuk ke dalam bilik isterinya. Dami masih terpinga-pinga di tepi pintu. Han menarik tangan Dami supaya lebih dekat padanya.
" Han Dami, aku sebenarnya dah lama suka pada kau. Sejak kita kecil, aku selalu buli kau sebabnya aku suka tengok kau marah. Walaupun mulanya, aku tak suka kita kena kahwin muda pada awalnya...tapi, lama-kelamaan aku rasa perasaan suka aku tu sudah mula bertukar menjadi cinta. Aku rasa aku tak boleh hidup kalau kau tak ada dengan aku. Kalau sehari aku tak dapat jumpa kau, gaduh dengan kau, aku rasa hidup aku tak lengkap. Dami, aku nak kita mulakan hidup baru sebagai sepasang suami isteri yang bukan hanya setakat atas kertas sahaja. Kita batalkan kontrak perjanjian kita dahulu " luah Han tenang.
Aku kaku seketika mendengar luahan perasaan daripada Han.
Rupa-rupanya, selama ini Han sudah lama menaruh perasaan padaku. Aku fikir dia tak suka aku. Aku mula mengukir senyuman pada Han. Aku memegang tangannya.
" Han Jisung, aku terima cintanya Han Jisung untuk seumur hidup " luahku tenang. Han tersenyum. Han terus memelukku.
" Dami, mulai hari ini Sayang kena start panggil Hubby. Saya nak kita bahagia selamanya. Han Dami, dengan ini saya cintakan Han Dami dengan sepenuh hati saya. Saya akan buat kontrak perkahwinan kita yang baru "
- Dami hanya cintakan Han Jisung seorang.
- Dami kena pindah ke bilik saya hari ini juga.
- Dami kena lahirkan anak untuk Han Jisung.
- Saya tak kisah kalau Dami gemuk lagi, yang penting comel.
" Ish, gatal la suami saya ni " ujarku.
" Saya gatal pun dengan bini saya juga. Saya nak kita bercinta macam couple yang sedang dilamun cinta. Okay, Sayang? "
" Yes, i do Mr.Husband "
To be continued..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro