❛ ℬ𝒜ℬ 𝟏𝟓
Aku masuk ke dalam bilikku untuk membersihkan diri selepas terkena air hujan. Begitu juga dengan Han. Usai membersihkan diri, aku membaringkan diri di atas katil.
Bestnya hari ni. Han peluk aku, pegang tangan aku. Macam couple pulak kami berdua ni. Kan best kalau hari-hari macam ni. Erm, seronoknya. Aku berguling-guling di atas katilku. Tiba-tiba, telefon bmbitku berbunyi. Ada mesej.
" Han!! " ujarku setelah melihat namanya di skrin telefon bimbitku.
' Wife. Datang ke bilik aku sekarang. Aku rasa aku demam la ' - Han
Aku mula rasa risau. Ini semua gara-gara aku tak baca awal sticky note yang ditampalnya. Kalau aku baca dari awal tadikan mesti tak jadi macam ni.
Aku segera ke biliknya. Aku mengetuk pintunya terlebih dahulu. Aku melangkah masuk ke dalam biliknya. Ini kali kedua aku masuk ke dalam biliknya.
Han kelihatan tidur nyenyak sambil memeluk patung SpongeBobnya. Aku tersenyum. Macam budak-budak.
" Han...Han.. " sapaku perlahan di tepi katilnya. Han membuka matanya perlahan-lahan.
" Dami, aku rasa aku demam la " ujar Han. Aku segera meletakkan tanganku ke atas dahinya untuk merasa suhu badannya.
" Panas ni! Kena bawa pergi klinik ni! "
" Tak payah...aku nak rehat kat rumah je "
" Ish, sakit-sakit pun masih degil juga. Ini semua salah aku. Kalau aku tak datang lambat tadi, mesti semua ni takkan jadi " aku menangis tanpa aku sedar. Han meraih tanganku.
" Dah la, ini bukannya salah kau seorang. Aku yang degil nak tunggu kau datang " terang Han. Han terus menarikku ke dalam dakapannya yang membuatkan aku turut terbaring disisinya.
" Dengar sini Dami, semua yang berlaku pasti ada sebabnya. Jadi, aku tak nak tengok kau sedih-sedih macam ni " pujuk Han. Macam aku pulak yang sakit. Aku membalas pelukan Han.
" Aku nak keluar kejap nak ambil tuala dan air panas " ujarku pada Han.
Aku kembali semula dengan membawa tuala kecil dan besen kecil yang berisi air panas untuk mengelap badan Han. Han mengukir senyuman. Aku turut membalasnya. Aku perlahan-lahan meletakkan tuala ke atas dahi Han.
Nampaknya Han sudah nyenyak tidur. Aku meletakkan sekali lagi tanganku di atas dahi Han. Demamnya sudah berkurang. Aku ingin keluar dari situ namun dengan pantas aku jatuh terdorong ke dalam dakapan Han sekali lagi. Aku terkesima.
" Nak kemana tu? Temankan aku tidur dulu. Malam ni kau jadi SpongeBob aku " Han memeluk aku erat.
Dalam hati aku amat gembira sekali. Kalaulah masa boleh berhenti sekarang ni, tidak berapa lama kemudian, aku pun ikut tertidur di dalam pelukan Han.
To be continued..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro