
❛ ℬ𝒜ℬ 𝟏𝟒
Hari ni aku nak buat apa ye dekat rumah? Hah, aku kan ada beli novel baru. Baik aku baca novel. Time-time relax macam ni, baik aku habiskan masa aku dengan membaca novel. Aku mengambil novel 'BABE' karya iamyourcupcake.
Novel ni aku baru beli semalam time keluar lepak dengan Taerin. Aku berbaring di sofa ruang tamu. Aku memasang airpods untuk mendengar lagu sambil membaca buku.
Han sebenarnya masih serba salah tentang hal semalam terhadap Dami. Han tidak bermaksud untuk bercakap begitu padanya.
Namun, kerana enggan mengalah, itulah padahnya. Nak minta maaf ke tak erk? Han turun ke bawah untuk mencari isterinya.
" Ehem, ehem " Han berdehem di depan Dami untuk mencari perhatiannya. Tapi, Dami tidak melayannya.
" Ehem, ehem, ehemmmmm " lagi kuat Han berdehem daripada tadi. Dami hanya melihat tingkah laku suaminya itu.
" Dami, aku nak cakap sesuatu dengan kau ni " ujar Han. Dami tidak menyahut.
" Okay, aku tahu kau tengah marah pada aku sebab hal semalam kan. Aku sebenarnya tak bermaksud nak cakap begitu pada kau. Aku...aku sebenarnya risaukan kau. Tapi, aku tak tahu macam mana nak luahkan kat kau. Aku segan, aku harap kau dapat maafkan aku. Kalau kau dapat maafkan aku, kau jumpa aku kat gelanggan bola keranjang nanti. Aku letak sticky note ni kat atas meja " Han terus berlari keluar menahan malu yang teramat sangat.
Seumur hidupnya, Han mana pernah nak minta maaf kat mana-mana perempuan. Perempuan yang selalunya minta maaf kat dia dulu.
" Apa hal dengan si Han ni. Muka merah semacam. Entah apa la yang dibebelkannya tadi tu. Nasib baik aku pakai airpods ni " Dami tertawa sendirian.
Dami menyambung semula untuk membaca novelnya. Sticky note yang ditampal oleh Han tidak disedarinya.
Han bermain bola keranjang sementara menunggu Dami ke sini. Entahlah kenapa sejak dua menjak ni, Han merasakan sesuatu terhadap isterinya.
Sejak Han ternampak Dami dengan lelaki lain haritu, hati Han disuntik rasa cemburu. Apakah ini tandanya jatuh cinta? Han pantas menggeleng.
" Tidak!! Aku ajak dia ke sini sebab nak temankan aku main basketball ni je. Kalau dia setuju ke sini, maknanya dia dah tak marah aku lagi la "
Han menanti dan terus menanti hingga ke petang. Namun, bayang Dami masih belum muncul-muncul lagi. Han percaya Dami akan datang ke sini nanti.
Tiba-tiba, hari yang cerah bertukar menjadi mendung. Hujan turun dnegan lebatnya. Tidak berhenti. Namun, Han masih berdiri terpacak di tengah-tengah gelanggang basketball setia menunggu Dami.
" Erm, bestnya novel ni. Suka watak ni. Tapi, sikap dia kan mengingatkan aku pada seseorang. Siapa lagi kalau bukan Han Jisung. Suka sangat cari pasal dengan aku " Dami meletakkan novel dan airpodnya di atas meja.
" Alahai, hujan pulak. Lebatnya!! Eh, kemana pulak Han ni? Dari tadi aku tak nampak-nampak! "
Tiba-tiba, mata Dami tertumpu kepada satu kertas sticky note berwarna kuning ditampal di atas meja.
" Jumpa saya di gelanggang bola keranjang sekarang. Saya ada sesuatu nak bincangkan dengan awak. Han " aku merenung jam di dinding. Sudah jam 5.00 petang.
" OMO!! Mesti dia dah lama tunggu aku! Entah-entah, yang tadi Han cakap dengan aku mesti pasal benda ni " aku terus berlari keluar sambil membawa payung menuju ke gelanggang bola keranjang yang tidak jauh dari rumahku.
Aku melihat Han berdiri sendirian di gelanggang basketball dengan basah kuyupnya.
" Han!!!!! " jeritku. Aku berlari mendapatkannya.
" Dami!!! Aku ingatkan kau tak nak jumpa lagi! " Han terus memeluk aku erat.
" Kenapa dengan kau ni? " soalku.
" Aku...aku nak minta maaf. Aku tak berniat nak lukakan hati kau semalam! " jelasnya.
" Laa, pasal tu rupanya. Dah la, aku tak kisah pun. Buat apa la kau berhujan kat sini ni! Nanti kau demam macam mana? Aku juga yang susah. Macam tak ada rumah je nak bincang pasal ni. Kau ingat ni cite hindustan nak bersawit dalam hujan " luahku.
" Betul kau risau kalau aku demam? Kalau macam tu, aku nak demam la. Biar kau jaga aku nanti "
" Dah la, jangan nak merepek. Jom kita balik. Kita keringkan baju dulu. Nanti kang jatuh sakit pulak " aku berjalan meninggalkannya. Namun, tanganku pantas dipegang oleh Han. Kami berdua berjalan beriringan ke rumah.
To be continued..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro