
❛ ℬ𝒜ℬ 𝟏𝟏
Hari ini hujung minggu. Boring pulak duduk dekat rumah ni. Siaran tv pun tak ada juga yang menarik perhatian ku. Aku mengeluarkan telefon bimbitku untuk mencari nombor Taerin.
Alang-alang Taerin dah dekat Seoul, baik aku jalan-jalan dengan dia. Nak diharapkan laki aku bawa aku jalan-jalan, nak terbalik rumah banglo aku ni.
" Hello, Rin! " sapaku ceria.
" Hello!!! " balas Taerin.
" Rin, kau free tak hari ni? Aku boring la kat rumah ni. Kita pergi cuci mata nak? "
" Okay, okay. Aku pun boring juga ni. Tapi, kan sepupu aku nak singgah sekejap jumpa aku la. Takut pula kau tunggu lama pula nanti "
" Kalau kau tak kisah, kau bawa je sepupu kau tu cuci mata dengan kita sekali! Lagi ramai lagi best " cadangku.
" Betul ni? Aku on je! Okay, kita nak cuci mata dekat mana? "
" COEX Mall. Aku dah lama tak cuci mata kat sana ooo. Walaupun aku study kat sini, aku tak banyak masa nak hang out la "
" Okay babe, aku pun dah lama juga tak pergi sana. Macam biasa, pukul 10.00 pagi "
" Done, bye " ucapku.
Aku terus membersihkan diri untuk bersiap keluar dengan teman baikku. Yess, dapat juga la aku keluar dari rumah ni.
Bukan apa, aku malas nak mulakan debat parlimen aku dengan si tupai tu. Buat naik darah aku je. Aku menyisir kemas rambutku yang panjang.
Han menonton rancangan kegemarannya. Apalagi, kartun Spongebob la. Heh, bukan setakat kartun je Han minat. Malah, jangan tak tahu Han juga mempunya patung Spongebob untuk dijadikan teman tidur setiap malam.
Han ketawa berdekah-dekah menonton kartun kegemarannya itu. Aku sudah menelefon ahjussi Nam untuk menjemputku. Aku turun ke bawah untuk keluar.
" Ehem, ehem. Nak ke mana tu cik isteri? " soal Han walaupun matanya sedang asyik menonton tv.
" Aku nak keluar jumpa kawan " jelasku.
" Kawan lelaki ke perempuan? " soal Han lagi untuk kepastian.
" Takkan kau tak ingat kintrak kita yang pertama. Jangan ambil hal peribadi masing-masing. So, tak kisah lah kawan lelaki ke perempuan! "
" Cehh, pandai menjawab pula badak ni. Pergilah, aku tak kisah pun " ujar Han.
Namun, dalam hatinya sikit terasa dengan kenyataan isterinya sebentar tadi. Bukan dia tak tahu isi kandungan kontrak itu malah lebih dari tahu. Dia yang sendiri menciptanya. Tetapi, walau demikian, hatinya tertanya-tanya isterinya itu keluar dengan siapa.
" Okay " aku segera keluar dari rumah.
Ahjussi Nam sudahpun menunggu di luar rumah. Aku segera masuk ke dalam kereta dan mengarahkan ahjussi Nam berlalu dari situ.
Han hanya melihat dari jauh saja. Apa yang pastinya, hatinya kini mula tidak tentu arah. Han segera naik ke atas untuk mengambil kunci keretanya. Han mengekori isterinya dalam diam.
" Ish, kenapa pulak dengan aku? Apahal yang aku ni gatal sangat nak ikut bini aku ni? Ah, tak kiralah bukannya dia nampak pun. Lagipun, aku cuma curious je dengan siapa dia nak jumpa " Han bersembunyi di sebalik butik yang bertentangan dengan McDonalds.
" Hai, Rin!!! I miss you so much, muahh " sapaku pada Taerin.
" Dami!!! Aku pun rindu juga kau kau. Dah lama tak dengar kau buat lawak bodoh kau tu " Taerin ketawa.
" Aku pun rindu juga tengok muka kau yang blur tu " masing-masing ketawa.
" Eh, lupa pulak aku nak kenalkan kau dengan sepupu aku. Ini Lee Jaehyun " ujar Taerin padaku. Terlupa pulak aku yang si Taerin ni bawa sepupu dia sekali.
" Annyeong-haseyo, saya Jaehyun. Panggil Jaehyun je " ucapnya. Jaehyun menghulurkan salam perkenalan.
" Annyeong, saya Dami. Maaf ye, erm Rin, kau dah bagitahu ke sepupu kau ni tentang status aku? " soalku.
Ye lah, walaupun hubungan aku dengan laki aku tu kurang baik, tapi aku masih menjaga batas pergaulan ku dengan lelaki lain. Tak main la nak salam-salam dnegan lelaki yang bukan milik aku.
" Erm, tak sempat " ucap Taerin.
" Maaf la sebab tak sambut salam awak. Saya ni dah berkahwin " ish, geli pulak aku nak berawak-awak dengan sepupu si Taerin ni. Rasa awkward pula nak bercakap dengan dia ni.
" Oh, tak apa. Saya minta maaf " ujar Jaehyun.
Pertama kali melihat Dami, hatinya merasa sesuatu tapi sayang gadis itu sudah ada suami. Tak nampak macam ada suami je. Umur pun masih muda. Atau dia sengaja nak mengelak berkenalan dengan aku.
" It's okay. Awak pun baru kenal saya jugakan " ujarku. Pelik pula aku tengok cara si Jaehyun ni bercakap dengan aku. Macam nak mengurat je gayanya. Ye ke? Perasan pula aku ni.
" So, Rin, let's order our lunch treats. Kajja! " ajakku. Aku memaut lengan Taerin untuk berjalan menuju ke kaunter.
Rimas pula aku nak pandang sepupu Taerin yang macam gaya psycho. Dari tadi asyik tenung-tenung, naik seram pulak aku. Daripada tengok dia, baik lagi aku tengok laki aku yang hensem tu.
Tut, tutt, apa hal pulak aku puji laki aku. Nanti, kembanglah hidung dia bila dengar aku puji. Jaehyun duduk bersendirian.
HAHAHA, padan muka kau. Nasib baik isteri aku tak sambut tangan kau. Ada hati nak tackle isteri orang. Pirahhh!!!!!
Tiba-tiba perut Han berbunyi. Alaaa, time macam ni pulak dia nak meragam. Han tidak menahan perutnya yang tidak berhenti memulas. Han segera beredar dari situ.
To be continued..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro