Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❛ ℬ𝒜ℬ 𝟏𝟎

" Mama!!! " aku terus memeluk dan mencium mama. Begitu juga dengan papa. Erm, Dahyun unnie dan suaminya juga ada serta anak perempuannya.

" Dami sayang. Mama rindu betul dengan Dami. Sekarang Dami dah mula cuti sem kan? Nanti selalu-selalu la datang ke rumah mama dengan Han " ujar mama.

" Boleh mama, apa salahnya. Kalau Dami nak tidur sini boleh tak abang? " dugaku pada Han.

" Of course untuk sayang, semuanya boleh " balas Han. Aku ketawa. Mama membawa kami berdua duduk di ruang tamu untuk menyambung semula perbualan.

" Ahjumma Dami, Nana rindu la dengan ahjumma " ujar Nahee anak kepada Dahyun unnie aku yang berusia 5 tahun.

" Ala la la, rindu dekta ahjumma ye. Sini, muahhh!!! " aku mencium pipinya.

Han hanya memerhatikan sahaja tingkah laku aku melayan Nahee. Tanpa sedar, Han mengukir senyuman melihat telatah Dami melayan Nahee.

" Puan, makan malam dah siap " ujar ahjumma Yoon.

" Terima kasih ahjumma Yoon. Marilah semua, kita makan besar malam ni ye satu keluarga " ucap mama pada semua.

Kami sekeluarga menjamu selera dengan gembira. Tambah-tambah lagi, semuanya makanan kegemaran aku yang terhidang. Ini kalau tak boleh kawal nafsu, boleh naik semula berat badan aku ni.

" Dami, control sikit makan tu. Bukannya senang kamu nak kuruskan badan kamu tu dulu " pesan mama. Aku tersengih.

" Dengar tu! Jangan kuat makan sangat. Nanti jadi badak pulak " perli Han di telinga isterinya.

" Ah, diamlah tupai " balasku. Kemudia, aku meneruskan semula makan ku yang terbantut gara-gara berdebat ala parlimen dengan Han walaupun cuma berbisik-bisik.

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro