Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💌 :⠀𝗰𝗵𝗮𝗽⠀›⠀10

Peristiwa pada malam itu agak menganggu fikiran Eunseo sebenarnya . Perasaan malu mula menerobos dalam dirinya . Hendak difikirkan macam tidak ada guna lagi .

Doyoung jatuh hati dengan Kim Youngjiee, bukan Eunseo . Keluhan panjang dilepaskan dengan berat sekali . Sukar dia mentafsirkan apa yang hatinya inginkan .

Memang dia akui hatinya masih menyayangi lelaki itu . Tapi dia masih teringatkan kata-katanya kepada Haruto tempoh hari .

" Ruto, tolonglah . Bukan sekarang kau nak jadi Romeo . Kau tahu kan benda tu takkan terjadi lagi "

" Eunseo ! Kenapa kau cakap macam tu ? Nampak sangat Haruto dah letih tunggu kau Eunseo . Nak buat macam mana, benda dah berlaku . Aku pun dah cakap macam tu kan " bebel Eunseo sendiri .

Tiba-tiba peti mesej telefon bimbitnya mengetuk kesunyian yang tercipta sebentar tadi .

" Aku nak call kau kejap . Ada benda nak tanya . Boleh tak ? " Eunseo tergelak sendiri mendengar permintaan Haruto .

" Call je lah pabo . Sejak bila dah pandai minta izin dengan aku ni ? Haha "

Baru sahaja nada deringnya berbunyi , Eunseo laju menjawab panggilan tersebut .

" Yeoboseyo . Yah, lama tak call aku, hm . Busy sangat ke ? Haha " ujar Eunseo sambil tertawa kecil .

" Busy lah juga . Assignments berlambak . Kalau kau nak tolong siapkan aku okay je " balas Haruto dengan selambanya .

" Takda maknanya aku nak tolong buatkan untuk kau . Eh, tadi kau cakap nak tanya benda . Apa tu ? " soalan Eunseo mengingatkan Haruto tentang perkara itu .

" Macam ni . Ada seorang lelaki ni, dia sukakan perempuan ni . Tapi perempuan ni tak tahu yang lelaki ni suka dia . Pastu, lelaki ni bawa lah perempuan ni pergi makan . Tiba-tiba masa dalam kereta, lelaki ni cakap dia suka perempuan ni . Kalau kau jadi perempuan tu, kau rasa apa ? " tanya Haruto .

" Kau dah jatuh suka dekat siapa ni Ruto-ssi ? Haha, tahniah ! " ujar Eunseo dengan gembira sekali tapi hati masih sakit .

" Jawablah soalan aku dulu, sengal " pinta Haruto .

" Kalau aku lah kan, aku rasa terharu gila kot bila ada yang cakap dia suka aku . Memang aku terharu sampai habis tisu dalam kereta lelaki tu tau . Serious talk " jawab Eunseo dengan yakin .

" Oh yeke ? Kalau lelaki tu nak confess dekat perempuan tu, and perempuan tu tahu . Tapi masa keluar makan tu lelaki tu tak cakap apa-apa, apa perasaan perempuan tu ? " soalan kedua muncul memukul gegendang telinga Eunseo yang leka mendengar .

" Macam ni lah senang . Orang tua-tua cakap, kalau dah suka orang tu cakap je lah . Tak payah nak jadi penakut sangat . Kita just cakap kita suka dia je kan . Bukan nak bunuh dia ke apa . Yang penting, hati tu lega dan confess perasaan yang terpendam tu " panjang lebar Eunseo menjawab .

" Hm kejap . Nak mesej perempuan tu ye "

" Aku dah mesej dia dah " suara Haruto muncul tanpa disedari .

Ting !

" Eh kejap, Ruto . Ada mesej masuk ! Kejap ye, aku nak baca jap . Mana tahu Eomma aku rindu aku ke apa " ujar Eunseo .

Hampir menangis Eunseo dibuatnya bila di skrin telefon bimbitnya terpapar nama Haruto . Haruto yang mesej dia . Mesej Haruto berbunyi ,

[ Eunseo, aku tahu kau takkan pernah suka aku lagi . Tapi percayalah, aku tetap suka kau . Takkan pernah berubah perasaan tu . Kau memang selalu menafikan perasaan tu, aku tahu Eunseo . Aku tahu kau suka aku lagi . Aku tahu kau dah tak mampu nak pandang mata aku lagi bila aku berbicara soal hati kan ? Ya, kau memang ada perasaan tu lagi . Aku senang hati Eunseo . Aku nak minta satu benda je, boleh bagi aku peluang terakhir tak ? ]

- Watanabe Haruto -

" Eunseo, aku tak harap kau cakap ya . Tapi aku nak kau tahu, aku suka kau . Serius aku suka kau lagi " kata Haruto dengan lemah sekali .

Just say yes, Eunseo . Jebal . Suara hati Haruto menjerit-jerit .

To Be Continued ! ♡

janji-janji, lepas ni chapter last oke ! ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro