Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💌 :⠀𝗰𝗵𝗮𝗽⠀›⠀09

" Doyoung-ssi, aku suka kau sejak kali pertama kita jumpa dekat tasik lagi . Masa tu aku nangis, bukan Haruto yang ada dekat situ tapi kau . Aku tak tahu kenapa aku suka kau . Yang aku tahunya, kau dah buat aku suka kau . Suka sangat-sangat . Aku takut nak cakap benda ni . Tapi sekarang aku dah cakap . Aku sebenarnya suka kau, Doyoung " laju mulutnya memuntahkan kata-kata yang sudah sekian lama dia pendam .

Satu perasaan lega menyelinap masuk ke setiap genap pembuluh darahnya . Jantung yang berhenti seketika tadi berjaya beroperasi kembali . Matanya terpejam seketika apabila perasaan risau yang berperang hebat dengan perasaannya sebentar tadi .

Kim Doyoung, aku suka kau . Jeritan dalam fikirannya itu membuatkan dia kembali ke realiti apabila memandang riak wajah Doyoung yang menahan gelak .

" Serius kau suka aku ? Maaf Eunseo, aku bukan tak suka kau . Tapi aku sebenarnya datang jumpa kau ni pun sebab nak bagitau kau yang aku dah confess dekat Youngjiee yang aku suka dia . Mesti kau gurau kan tadi, Eunseo ? " soal Doyoung dengan sisa-sisa tawanya . Geli hati agaknya .

Sakitnya..

Satu perkataan yang dapat menggambarkan perasaan Eunseo ketika itu . Sangat sakit . Sakitnya sama seperti sakit hatinya dengan Haruto dahulu . Tapi sakit kali ini masih boleh dikawal kepedihannya .

" Hahaha, memang aku gurau pun lah Paboya ! Nasib baik kau tak percayakan ? Takkan aku boleh suka kau pulak . Mengarut je ! " balas Eunseo dengan selambanya . Hatinya sebenarnya sakit sekali .

" Erm, takpelah Eunseo . Aku ada janji dengan Youngjiee ni . Aku tak nak lah bagi bad impression dekat dia pasal our first date kan ? Okay lah, bye Eunseo " Doyoung berlalu sambil tersenyum memandang Eunseo yang menekan perut menahan gelak .

" Ne, good luck dude ! " jerit Eunseo dari jauh .

Tanpa dia sedari, air matanya sekali lagi gugur di pipi . Kerana cinta lagi .

" Eunseo, kau kena kuat . Jangan nangis lagi " suara hatinya berbisik .

" Aku tak mampu . Aku tak mampu.. " perlahan-lahan Eunseo bersuara .

To Be Continued ! ♡

dah hampir nak ending gais ! halamak , saya teruja ni . yak yak yeay ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro