Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💌 :⠀𝗰𝗵𝗮𝗽⠀›⠀06

" Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi . Sila tinggalkan peti mesej suara " jawapan yang sering didengar bila Haruto tidak menjawab panggilan telefon Eunseo .

" Mungkin dia sibuk sangat kot " perlahan Eunseo mengukirkan senyuman .

Senyuman yang kelat dan terpaksa . Dia menarik anak patung kesayangannya Ruru ke dadanya .

Keluhan panjang dilepaskan . Penat dia mencari cara untuk mencuri masa lelaki itu . Dia terkejut bila dia sendiri yang nampak Haruto memberikan Minju sejambang bunga ros merah petang tadi .

Sungguh dia terkejut tapi dia mampu melihat di sebalik cermin kaca perpustakaan denga hati yang retak .

Shin Eunseo menahan matanya dari merembeskan air mata yang sudah sekian lama terkurung . Tapi hatinya sakit sekali, tidak pernah dia merasakan sakit sebegini rupa .

Semasa Eunseo menuruni anak tangga di perpustakaan, dia tidak semena-mena terlanggar seorang jejaka tinggi lampai . Bermata redup .

Ya, itu Kim Doyoung . Jejaka yang menjadi kegilaan ramai . Sukar untuk mendekati jejaka pendiam ini . Jejaka itu lebih suka menyendiri bertemankan earphone nya .

Doyoung terkejut melihat air mata bening membanjiri wajah gadis yang dikenali dengan jiwa kentalnya bila sedih .

" Kenapa dengan awak ni ? " pantas Doyoung bertanya kerana terlalu terkejut melihat gadis itu tunduk . Mungkin malu dirinya dilihat menangis macam kanak-kanak kecil .

Eunseo terus meninggalkan Doyoung yang masih terpinga-pinga . Doyoung yang kehairanan terus menuju ke dalam perpustakaan .

Baru dia perasan kewujudan Haruto di sana . Baru sahaja dia ingin tegur Haruto, matanya menangkap sesusuk tubuh gadis di sebelahnya .

" Eh, bukan ke tu Kim Minju ? Patutlah minah kental tu koyak . Boyfriend menggatal dengan perempuan lain " ujarnya dalam nada yang perlahan .

Dia melajukan langkah menuju ke meja bacaan dalam perpustakaan tersebut . Tangannya laju mengeluarkan buku dan bahan-bahan rujukan yang lain di atas meja . Ligat jarinya memutarkan pen hitam kegemarannya .

" Kenapa dia sedih ye ? " satu suara menerobos masuk dalam fikirannya .

" Doyoung, kenapa kau fikirkan minah tu ? Macam pelik je " satu suara hati yang menepis soalan tadi .

Tanpa membuang masa, Doyoung mengemas bukunya kembali dan memasukkan ke dalam beg sandang hitamnya . Dia mengatur langkah laju menuruni tangga .

Dia nak kejar Shin Eunseo, tekad dalam hatinya tanpa mengetahui kenapa dia mesti kejar gadis itu .

Dia terus menuju ke tasik di hadapan perpustakaan yang gah berdiri itu . Mata Doyoung melilau-lilau mencari kelibat Eunseo dan akhirnya dia menemui Eunseo dalam keadaan yang amat kasihan .

Bahu Eunseo terhinjut-hinjut menahan esakan yang semakin lama semakin kuat . Rasa kasihan timbul dari dasar hati Doyoung .

Laju tangannya menyeluk poket seluarnya mencari sapu tangan . Dia yang teragak-agak menghulurkan sapu tangan birunya kepada Eunseo .

" Tak payah nangis lah . Bukan ke kau minah kental ? Nah, sapu tangan . Lap air mata kau tu " hulur Doyoung dengan muka tanpa riak .

Eunseo yang sedari tadi menekup mukanya dengan kedua belah tangan memandang Doyoung dengan muka yang terkejut . Tapi tangannya pantas menarik sapu tangan biru di tangan Doyoung .

Semakin kuat tangisannya . Doyoung mula cuak bila semua yang ada di situ melihat dia sebagai seorang penjahat yang baru sahaja merompak gula-gula dari kanak-kanak .

" Janganlah nangis . Semua orang dah pandang ni " bisik Doyoung ke sisi kepada Eunseo .

Eunseo mendongakkan kepala dan bersuara membalas bisikkan Doyoung .

" Doyoung-ssi, kau tahu tak bertapa sakitnya hati bila tengok orang yang aku sayang bagi bunga dekat orang lain . Aku tahu lah aku tak lawa . Aku tahu lah aku tak lemah lembut . Aku, aku.. "

Eunseo tak sanggup lagi meneruskan kata-katanya . Terdiam seketika Doyoung mendengar butir bicara yang dilontarkan gdis di hadapannya itu . Sakit sekali rasanya bila berada di posisi gadis itu .

" Dah, dah . Jangan nangis . Kau lawa gila bila air mata tu tak jadi watak tambahan dekat muka kau . Senyum lah ye " pujuk Doyoung dengan bersungguh-sungguh .

Perlahan-lahan Eunseo mengangkat mukanya . Dia tersenyum dan tiba-tiba hatinya berbunga melihatkan senyuman ikhlas lelaki di hadapannya .

Entah kenapa dia merasa berdebar-debar mendengar getaran suara lelaki pendiam itu . Sungguh ajaib kerana Doyoung sangat jarang berbual dengan mana-mana mahasiswi .

Apatah lagi dengan apa yang terjadi sekarang . Malunya seorang Shin Eunseo cengeng di hadapan Doyoung yang berhati batu itu .

" Kau tahu tak, dalam hidup ni kadang-kadang kita mungkin rasa dia lah yang terbaik untuk kita . Tapi last-last kita yang sakit hati dengan dia . Bila tiba bab move on, kita pula yang sengsara . Susah tau . Eunseo, aku tahu kau kuat . Even aku bukannya kenal kau sangat pun . Bila aku dengar Haruto cerita pasal kau, aku dah boleh agak kau ni perempuan macam mana . Aku senang hati dengar cerita pasal kau " ujar Doyoung sambil melemparkan pandangannya ke arah tasik .

" Hm, entah lah Doyoung . Aku tak tahu . Perlu ke aku move on ? Aku susah lah nak move on . Aku dengan Ruto dah lama kenal and aku takut kehilangan dia " balas Eunseo dengan air mata yang masih bersisa di tubir matanya .

Doyoung perlahan-lahan memandang Eunseo dengan satu pandangan mata mampu meredupkan hati yang resah . Pipi mulus Eunseo dielusnya lembut .

" Takpe, aku ada dengan kau, Eunseo . Aku tolong kau " senyum Doyoung . Terdiam Eunseo seketika .

To Be Continued ! ♡

halos , aim back ! done hapdet ♡♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro