Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💌 :⠀𝗰𝗵𝗮𝗽⠀›⠀05

Bulan berganti bulan, hari berganti hari dan masa semakin cepat berlalu . Sudah masuk bulan kedua hati Kim Minju berbunga-bunga . Ini semua kerana jejaka kacak itu .

Sejak peristiwa Subin mengkhabarkan jejaka idamannya suka padanya, Haruto seringkali menelefonnya pada setiap malam .

Jejaka itu juga sering mengajaknya keluar makan . Sampaikan Kim Minju terlupa Eunseo masih pegang hati Haruto . Dia tidak kisah . Dia tidak mahu ambil tahu tentang Eunseo dan Haruto .

Yang dia peduli bila cerita cinta Kim Minju dengan Haruto bakal menggantikan cerita cinta Eunseo dan Haruto . Yang dahulu sudah menanti masa untuk dihapuskan .

Minju tahu Haruto sememangnya sudah jatuh hati dengannya . Mungkin Minju sudah berjaya mengurangkan rasa sayang Haruto terhadap Eunseo .

Pernah sekali sewaktu Minju dan Haruto keluar bersama, Haruto mendapat panggilan dari Eunseo . Haruto hanya membiarkan telefon bimbitnya tanpa menjawab panggilan Eunseo, walau sudah banyak kali telefon bimbitnya menjerit minta dijawab .

Haruto akui dia sudah letih melayan karenah Eunseo . Mungkin dia sudah bosan dengan Eunseo . Mungkin juga dia mula rimas dengan Eunseo yang sering menanyakan khabarnya setiap hari .

Salah dia juga yang sudah lama tidak menelefon Eunseo . Mungkin gadis itu pelik bila Haruto sudah jarang menelefonnya .

Memang Eunseo akui hati perempuannya cemburu bila rakan-rakannya sibuk bercerita tentang Kim Minju dan Haruto yang seringkali dilihat keluar bersama .

Bila diajukan soalan tentang hubungan cinta mereka, Eunseo hanya mempamerkan senyuman dan menjawab Minju tu hanya kawan Haruto .

Berat sebenarnya jawapan itu hendak keluar dari mulutnya . Demi menjaga hati Haruto dan hatinya sendiri, dia selalu mengeluarkan jawapan yang positif .

Dia tahu dia tidak mampu mengubat hatinya jika Haruto meninggalkan dia . Dia takut kehilangan Haruto .

Sebenarnya dia takut kehilangan kawan baiknya itu, walaupun mereka bercinta tapi mereka tidak pernah mengungkapkan kata cinta dan sayang seperti pasangan kekasih yang lain . Dia selesa bercerita semua perkara dengan Haruto .

To Be Continued ! ♡

haruto disana disini . dah jadi badboy itu anak watanabe !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro