Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💌 :⠀𝗰𝗵𝗮𝗽⠀›⠀04

" Ruto, jom jumpa kejap . Ke awak sibuk ? " suara lembut Eunseo menyapa telinga Haruto .

Memang Haruto akui dia malas nak menjawab panggilan Eunseo yang asyik menelefonnya setiap hari .

Eunseo dan Haruto berkawan sejak dari sekolah menengah lagi . Persahabatan yang terjalin sejak kecil lagi itu sudah mencambahkan rasa suka dan sayang . Hubungan cinta yang dibina mereka sudah terjalin selama tiga tahun . Tiga tahun suatu tempoh yang agak lama bagi Haruto .

Sejak melangkah kaki ke alam universiti, ramai perempuan yang cantik, lemah lembut dan sikap yang selayaknya mendapat anugerah 'Wanita Sempurna' dia jumpai .

Sungguh dia akui hatinya ingin berkenalan dengan seorang gadis yang sangat lembut pekertinya .

Kim Minju . Nama yang sering meniti di bibir mahasiswa di universiti tempatan yang terkenal itu . Ramai yang mencuba memenangi hati gadis itu . Malangnya ramai yang kecundang .

Sebenarnya Haruto yang berjaya mencuri hati perempuannya . Hatinya terjentik tatkala melihat senyuman Haruto yang sering dilemparkan bila mereka terserempak di hadapan makmal Biologi . Maklumlah jadual waktu kuliah mereka sama walaupun tidak sekuliah .

Tetapi dia merasa sangat cemburu bila dia dapat tahu Eunseo berjaya memenangi hati Haruto yang menjadi pujaan hatinya .

" Minju ! Minju ! " laung Subin .

" Apa ? Aku nak cepat ni . Ada apa ? " soal Kim Minju . Tangannya pantas menutup panas cahaya matahari yang menyucuk-nyucuk wajahnya .

" Kau ingat tak crush kau yang hot gila tu ? Watanabe Haruto . Ingat tak ? " termengah-mengah Subin mendapatkan Kim Minju . Naik turun nafasnya menahan lelah berlari . Penat dia cari Minju .

" Mestilah ingat weh ! Dia handsome sangat . Kenapa dengan dia ? " soalnya dengan mata yang memancarkan sinar harapan . Dia berharap Haruto menyedari kewujudannya .

" Kau tahu tak dia suka kau ? Aku ingatkan diorang main-main . Rupa-rupanya betul dia suka kau . Dia memang dah lama nak kenal kau . Tadi, dia siap tanya aku siapa nama perempuan pakai baju warna putih tu . Kau jelah yang pakai warna tu dalam lab tadi ! " tekan Subin dengan bersungguh-sungguh .

" Jinjjayo ! Happy gila dengar kau cakap macam tu ! Lama dah aku suka dia weh . Pastu, dia takda cakap apa-apa ke ? " sungguh dia gembira dengan khabar yang baru dia dengar dari mulut Subin .

" Kejap ye . Nah, aku harap kau boleh tidur lah ye malam ni " senyum Subin sambil tangannya menghulurkan sekeping kertas kecil .

" Nombor dia ! Lama aku harapkan benda ni . Boleh nangis tak sekarang ? " kata Minju sambil menekup mulutnya menahan dari menjerit lagi kuat . Hampir menangis dibuatnya dengan kejutan hari ini . Mimpikah dia ?

" Subin ! You really made my day ! " senyum Minju .

' Ahh, senangnya aku tengok kau senyum macam ni . Alangkah baiknya kalau senyum kau tu untuk aku ' ujarnya dalam hati .

Dia memang suka dengan Kim Minju di hadapannya . Sungguh cantik senyuman gadis itu . Tapi dia bukan seperti lelaki lain yang ingin mendekati gadis itu kerana kecantikannya .

Dia sememangnya suka . Ya, dia tidak ada alasan kenapa dia suka Kim Minju . Tapi dia tahu hatinya seringkali berdebar-debar tatkala melihat senyuman milik Kim Minju . Subin tersenyum sendiri .

" Eh, tak apa lah, Subin . Aku dah nak gerak ni . Gerak sama-sama jom ! " suaranya yang terselit dengan kegembiraan berjaya mengembalikan Subin ke dunia nyata .

" Hm, tak apa lah, Min . Aku nak gerak ke library dulu . Nak hantar buku kejap . Okay lah, annyeong . Jalan tu jangan senyum-senyum tau . Nanti ramai yang jatuh hati . Susah aku kena jawab pasal kau nanti " ujar Subin diselangi dengan tawa yang tak pernah lekang dari kotak suaranya .

Subin berlalu dengan hati yang sakit . Tapi hatinya masih merasa gembira melihat senyuman di wajah lembut Kim Minju yang senang dipanggil Min itu .

Alangkah indahnya dunia jika Kim Minju tahu dia sudah lama jatuh hati dengan gadis itu .

" Tak mungkin dia pandang aku " senyum Subin seorang diri dengan perasaan kecewa yang mendalam .

To Be Continued ! ♡

hehe , another lover dah muncul ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro