Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💌 :⠀𝗰𝗵𝗮𝗽⠀›⠀01

Pancaran matahari yang hangat tepat menyinari ke wajah yang jelas punya titik-titik kegusaran dari jendela biliknya .

Mimpi yang indah tadi terganggu dek kehangatan cahaya matahari yang menerobos masuk . Dia bangun bersila di atas katil tapi tiada petanda yang dia mahu meninggalkan katil yang empuk itu . Ditariknya comforter yang melurut ke lantai dan membalut tubuhnya .

" Aku ni mana pernah kena reject dengan lelaki . Kenapa kali ni aku kena reject ? Ahh ! Malunya nak pergi kelas macam ni " dengusnya dalam keadaan separuh sedar .

Ya ! Cinta Eunseo memang tak pernah ditolak oleh mana-mana jejaka yang dia kenali . Eunseo sangat terkenal dengan sikapnya yang banyak cakap, lebih tepat sikap peramah yang membuatkan sesiapa yang mengenali gadis ini sangat menyenangi kehadirannya .

Gadis yang tak pernah lokek dengan senyuman itu sangat gila-gila perangainya . Gadis itu ada satu perangai yang buat orang rasa nak pergi depan dia terus angkat tangan dan jerit, tabik spring !

Eunseo terkenal dengan sikap berani . Bukan berani sebab selamatkan orang dalam kebakaran ke apa . Dia berani bila jatuh hati .

Eunseo mudah jatuh hati dengan mana-mana lelaki yang dia senangi . Lelaki yag dia selesa diajak berbual tentang semua perkara .

Lelaki yang tak berlagak handsome bila ada dengan dia . Maksudnya, lelaki yang jadi diri sendiri . Tak pernah berusaha jadi orang lain dengan dia . Lelaki yang macam tulah ramai perempuan cari sekarang .

" Tteoollin ne saeng-gag-e meoliga jom bogjabhae, kkaejil geosman gat-a . ( Kepala saya agak rumit memikirkan awak , aku rasa macam nak patah ) " 

To Be Continued ! ♡

that's all untuk first chap , hehe . enjoy it ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro