Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🇪 🇳 🇩 🇮 🇳 🇬

" Eunseo, aku tak harap kau cakap ya . Tapi aku nak kau tahu, aku suka kau . Serius aku suka kau lagi " kata Haruto dengan lemah sekali .

Terdengar saja Haruto berkata sedemikian, tanpa belas kasihan, air mata aku tumpah dengan lebat sekali .

Haruto . Lelaki yang berani menyatakan kata kasih cintanya kepada aku . Aku tak mampu nak berbalas apa-apa . Hati aku hampir tertutup sepenuhnya untuk dia . Bagaimana aku mampu beri dia peluang terakhir .

" Ruto.. "

" Jebal, Eunseo-ssi . Aku tak berani nak janji dengan kau . Aku terima segalanya jika kau nak marah aku . Tapi tolonglah, jangan tipu diri kau untuk benci aku . Tolong lah Eunseo . Aku merayu pada kau . Buka lah hati kau untuk aku " rintih Haruto disebalik talian .

Pap ! Talian terputus serta merta . Eunseo menekup wajahnya ke lutut . Hatinya sedih mengenangkan Haruto yang menyukainya lagi tanpa dia ketahui .

Maaf, Haruto . Kenapa kau masih berdegil nak kan hati aku ni . Aku tak ada apa-apa yang istimewa pun .

Eunseo menangis sepuas-puasnya malam itu . Ditemani bunyi angin yang mula berderu kuat .

" Kenapa, Haruto, kenapa . Kenapa kau tunggu aku.. "

Bunyi esakkan Eunseo membuatkan hati Haruto sakit . Baru sahaja niatnya tadi mahu menegur sapa Eunseo yang duduk bersendirian .

Kejadian confess Eunseo ditolak oleh Doyoung sampai ketelinganya pada waktu itu juga . Dia ingin mencari Eunseo tika itu . Dia tidak mahu melihat gadis kesayangannya bersedih lagi gara-gara cinta .

Cukup lah, dahulu dia pernah mengecewakan hati lembut Eunseo . Dia tidak mahu perkara itu berulang lagi .

Namun dia gagal . Dia gagal menyelamatkan air mata yang sangat bernilai itu . Eunseo sudah mencari tempat untuk dia menyendiri . Tempat untuk dia mengalirkan air mata yang berharga dalam dirinya .

Haruto cuba mendekati Eunseo secara perlahan-lahan . Bahu gadis itu disentuhnya lembut sekali .

" Eunseo "

Eunseo mengangkat wajahnya dan memandang Haruto yang duduk berlutut dihadapannya kini .

" Haruto.. "

Eunseo mendapatkan Haruto . Dahinya elok terletak diatas bahu Haruto . Air matanya semakin jatuh berderu bak air hujan . Hatinya sangat sakit . Dia dah tak kisah jika Haruto mengejekkan lembik ke apa .

" Eunseo . Sudah-sudah . Aku ada untuk kau . Jangan nangis " pujuk Haruto .

▬▬

2 bulan kemudian .

" Eunseo-ssi ! Cepat sikit . Nak kena tinggal ke budak ini haa . Palliwa "

" Ne, ne . Sabar lah . Ish, bisingnya dia ni "

Aku bergegas menuruni ikut tangga untuk ke bawah . Gelabah lah juga sebenarnya . Risau kena tinggal dengan bas .

Aku nampak Haruto masih kekal berdiri di hadapan bangunan dorm pelajar perempuan .

" Mianhae, hehe "

" Nasib baik girlfriend aku . Tak jadi nak marah " katanya .

" Eleh . Lain kali call bukannya jerit-jerit panggil nama orang . Bising tahu tak . Ingat ni dewan untuk kau buat concert orchestra ke ? "

" Bersyukur lah bangunan ni tak runtuh tau . Dah cepat . Ke nak dukung ? "

Aku memandang Haruto dengan pandangan tajam . Ni nak perli ke apa ? Tahu lah aku ni kecil dari ketinggian dia . Geram pula aku .

" Hah, jangan nak membebel dalam hati tu . Tak penat ke ? Meh sini . Degil betul "

" Yah ! Haruto ! Turunkan saya lah " marahku .

Haruto tidak mengendahkan dengusan aku . Makin aku marah, makin dibuat-buatnya . Bertambah lah bengang aku ni .

Nasib baik sayang . Kalau tak sayang, single lagi lah aku nampaknya . Huhu .

Sebaik saja kau menyimpan perasaan dengan seseorang itu, pasti sukar untuk menjadi kawan semula . Namun aku lega kerana kau tetap menjadi kawan baik dan juga kekasih aku .

- TAMAT -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro