
⛅ . 3
" Terima kasih " ucapku kepada makcik kaunter bayaran itu.
Aku berjalan ke arah kereta dan meletakkan barang-barang aku beli tadi dikerusi penumpang sebelah aku.
" Dah, jom balik. Huru hara lah cafe aku tu " aku terus memandu pulang ke cafe.
Sesampainya di cafe, aku lihat sudah ada beberapa pelanggan yang tiba. Aku masuk ke dalam mengikut pintu belakang dengan barang-barang yang aku beli sebentar tadi.
Aku menolak pintu itu dan membawa barang-barang tadi sedikit demi sedikit ke dalam. Kebetulan pula Asahi yang baru lalu disitu terus membantu aku membawa masuk barang ke dalam cafe.
" Terima kasih Mashi-ah " ucapku. Mashiho tersenyum dan kembali ke hadapan untuk memberitahu Jaehyuk yang aku sudah pulang.
" Kenapa tak panggil saya tadi? " tanya Jaehyuk melihat aku menyusun keluar barang yang dibeli sebentar tadi.
" Saya tengok korang semua sibuk je, malas lah saya panggil. Bukannya banyak pun barangnya " balasku.
" Cakap je lah nak orang lain tolong awak " kata Jaehyuk. Mula lah dia nak jealous bagai. Kawan sendiri masalahnya tu. Aku cepuk juga budak ini nanti.
" Jangan nak mulakan, Jaehyuk-ah " kataku. Jaehyuk berdiam dan kembali ke kaunter hadapan.
Apron aku tadi aku pakai semula. Takkan nak buat kerja tak pakai apron kan. Kotor baju nanti kene percikan makanan dan minuman.
Kaunter bar coffee menjadi tumpuan utama aku. Aku menepuk dahiku tatkala melihat barang-barang dikaunter sangat bersepah. Disitu terdapat Jeongwoo dan Asahi yang sedang mengemas barang yang bersepah itu. Aku berjalan ke arah mereka.
" Kenapa teruk sampai macam ni? Saya baru keluar tak sampai sejam pun " kataku. Jeongwoo dan Asahi tersengeh memandang aku.
" Maaf, noona. Nak cepat tadi. Itu yang bersepah sangat ni " kata Jeongwoo. Aku hanya mengeluh disitu. Sabar je lah dengan mereka ni.
Masuk ke tengah hari, pelanggan sudah kurang sedikit sebab mereka semua sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Lega lah sikit suasana cafe ni. Dapatlah mereka duduk rehat seketika.
Aku duduk dikerusi kaunter sambil melihat telefon aku. Yang lain turut berbuat benda yang sama. Sesekali aku memandang Jaehyuk yang ralit dengan telefonya. Sekejap tersenyum, sekejap serius saja mukanya. Pelik aku.
Tiba-tiba pintu cafe ditolak oleh seseorang dari luar. Aku terus memandang tiga orang gadis yang baru tiba. Macam kenal tapi dimana ye?
" Selamat datang " ucapku. Ketiga-tiga gadis itu tersenyum biasa ke arah aku.
" Oh, Trio's Suweg! " sapa Jaehyuk mesra kearah mereka bertiga.
" Trio's Suweg? Jap-jap. Macam pernah dengar je nama tu " omelku perlahan.
Aku memandang Mashiho yang berada di kaunter bar manisan. Perlahan-lahan aku melangkah ke arahnya. Bahunya aku cuit lembut. Mashiho memandang aku.
" Ne? " tanya Mashiho.
" Shiho-ah, siapa mereka bertiga tu? " aku menunjuk ke arah mereka tadi yang bersembang mesra dengan Jaehyuk.
" Ah itu. Diorang sawan Jaehyuk " balas Mashiho yakin. Terbuntang mata aku mendengar jawapan Mashiho.
" Ani. 'Kawan' bukan 'Sawan' Shiho-ah. Bukan-bukan " kataku sambil menggelengkan kepala laju.
" Hehe, mianhae " Mashiho hanya tersengeh malu.
" Nasib baik awak comel.. " ujarku perlahan.
" Oh, managernim tak tahu ke itu kawan Jaehyuk? Kata dah bercinta selama tiga tahun " kata Mashiho. Aku memandang Mashiho dengan wajah datar. Sibuk budak ini.
" Urm takpelah. Terima kasih beritahu " aku kembali ke kaunter aku.
Saja aku pasang telinga nak dengar perbualan mereka berempat itu. Tiba-tiba Jaehyuk memanggil nama aku. Terkejut aku. Kuat betul suara mamat tu.
" Park Hyuna! Sini kejap " panggilnya. Aku terus berjalan ke arahnya.
Tibanya disitu, aku menyapa tiga orang gadis itu dengan mesra sekali.
" Oh, macam pernah jumpa lah. Tapi dimana ye? " tanya salah seorang dari mereka.
" Alah Kim. Dia ni lah yang kau kata masa aku tunjuk gambar dia dekat korang tu kau macam pernah jumpa masa zaman belajar dulu " kata Jaehyuk.
" Ah, ye kot. Entah lah tak ingat sangat " balasnya. Aku tersengeh saja.
" By the way, Yun perkenalkan mereka ni kawan lama saya. Korang kenalkan lah diri korang " kata Jaehyuk.
" Ceh, acah artis weh " kata yang seorang lagi.
" Saya kakak kepada dua minah swag ni, Kim Younghee. Panggil Kim saja " ujarnya.
" Panggil kak tirek subak pun boleh " sampuk Jiee. Kim sempat menampar leher Jiee. Merengis Jiee disitu.
" Saya Kim Youngjiee jodohnya Watanabe Haruto. Boleh panggil Jiee suweg " ujar gadis itu pula dengan gaya swagnya.
" Dah-dah. Kay pulak. Nama saya panjang sangat. Park Kayla Hyunjie. Panggil Kay je " kata gadis yang terakhir itu. Aku mengangguk faham.
" Akak witch tau panggil dia " kata Jiee lagi. Ada saja budak itu mengenakan kakak-kakaknya.
" Kau diam adik alligator sebelum aku rembat Watanabe kau " kata Kayla. Jiee hanya tertawa dapat kenekan Kayla.
" Sudah-sudah. Kata baik belaka " sampuk Kim. Kedua gadis itu terus mendiamkan diri.
" Sebenarnya, mereka bertiga ni lah yang saya minta tolong buatkan banner dengan poster pencarian pekerja baru cafe ni. Saja saya minta diorang datang untuk bincang pasal design semua tu " jelas Jaehyuk kepada aku.
" Ah, nampak dah professional tu " ujarku.
" Tengok muka lah " kata Kayla. Aku senyum paksa. Pantang dipuji diorang ni rupanya.
" Produknya tak siap lagi. Kami datang ni saja nak tunjuk contoh yang kami buat. Kalau pihak cafe sendiri setuju, dalam masa terdekat ni kalau kami tidak sibuk, pasti siap " kata Kim pula.
" Boleh saya tahu, kenapa nak cari pekerja baru? " tanya Jiee.
" Sebenarnya tak lama lagi diorang ni nak sambung belajar. Jadi, bilangan pekerja sudah berkurang. Yang tinggal pun, saya, Jaehyuk, Mashiho dan Asahi sahaja. Yang lain bakal sambung belajar. Sebab tu lah kami memerlukan pekerja yang baru " terangku.
" Oh faham-faham " kata Kayla.
" Oh ye, korang kata ada kawan satu kampus korang dulu tengah cari kerja sambilan kan? " tanya Jaehyuk. Kim, Kay dan Jiee memandang antara satu sama lain. Dan kemudian beralih kepada Jaehyuk.
" Nugu? " tanya mereka bertiga serentak kepada Jaehyuk.
" Dreamies? " tanya Jaehyuk pula. Terbeliak mata aku mendengar nama yang disebut Jaehyuk tadi.
" D-D-Dreamies....? " ujarku dalam hati.
Peluh mula terasa disekitar dahiku. Jantung aku berdegup laju tak terkata. Nafas aku turun naik. Sabar Yun, sabar. Kau mesti kene tenang sekarang.
" Ah ye. Baru teringat pasal diorang. Nanti kitorang tanya balik dekat Dreamies. Kalau dia setuju nak kerja sementara waktu dekat sini, kitorang bagitahu balik " kata Kim.
" Okay? " tanya Jaehyuk kepadaku.
" Ne? Ah ne..boleh je " balasku.
" Baiklah kalau macam tu, kami balik dulu. Contoh design nanti saya send dekat Jaehyuk ye. Jumpa lagi nanti " kata Kayla.
" Bye Jaehyuk-ah " ujar Kim melambai ke arah Jaehyuk serta diikuti Kayla dan Jiee.
" Noona! " suara Jeongwoo kedengaran. Kami memandang Jeongwoo yang berjalan ke arah Kim, Kay dan Jiee.
" Oh, Jeongwoo-ssi " tegur Kayla.
" Kitorang ada lepak dekat taman harini petang nanti. Saja nak maik basketball. Datanglah korang bertiga " kata Jengwoo.
" Arra-arra. Kalau kak tirek ni rajin bukak mata dia nanti, kitorang semua pergi. Jangan risau " balas Jiee.
" Ah okay. Bye! " kata Jeongwoo menghantar Trio'a Suweg itu hingga ke muka pintu kereta.
" Saya sambung buat kerja dulu " kata Jaehyuk kepadaku. Aku yang mengelamun sejak tadi terus tersentak.
" Yun, awak kenapa ni? Tak sihat ke? " tanya Jaehyuk risau. Aku memandangnya lalu menggelengkan kepala.
Jaehyuk tersenyum biasa dan menepuk bahuku lembut. Lalu kakinya melangkah pergi membuat kerja semula.
" Masa gelap kembali lagi.. " ujarku perlahan. Keluhan berat aku lepaskan.
To be continued..
*
*
*
*
*
double update gais!! ah, penad akuh menaip harini. ceh, acah lebih🙄 dah baca je. abaikan typo kat atas tadi. maleh aku😴
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro