Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

⛅ . 13

Jaehyuk datang menjemput aku untuk pergi kerja pagi itu. Awal betul dia sampai. Kebetulan pula aku baru sahaja selesai bersiap.

Aku berjalan keluar melepasi pagar rumah dan menguncinya sebelum beredar. Jaehyuk memandang aku tanpa berkata apa-apa. Aku menoleh ke arahnya seketika. Kakiku terus melangkah mendekatinya.

" Selamat pagi, teman lelaki saya " sapaku manis.

" Selamat pagi juga. Cepat naik " Jaehyuk tersenyum.

Punggung aku dilabuhkan ke atas kusyen moto skuternya. Dan dengan itu berangkatlah kami berdua ke cafe untuk bekerja.

Sesampainya kami disana, macam biasa Jeongwoo dan Asahi bakal menegur aku dan Jaehyuk.

Aku masuk ke dalam cafe untuk meletakkan beg kerjaku. Jaehyuk turut mengikuti aku dari belakang.

Jaehyuk baru sahaja ingin keluar, aku terlebih dahulu menahan lengannya. Jaehyuk memandang aku.

" Waeyo? " tanyanya. Aku menggeleng.

" Macam mana dengan makan malam semalam? " tanyaku.

" Tak pernah tak best. Lebih-lebih lagi kalau Kim noona yang masakkan untuk kami " kata Jaehyuk. Aku mencebik.

" Kalau Kim, awak panggil 'Noona'. Kalau saya, tak nak pula awak panggil macam tu. Saya pun tua dua tahu dari awak okay " ujarku.

" Ne, noona~ Saya nak pergi dekat mereka " katanya. Aku tersenyum dan membiarkan Jaehyuk keluar dari bilik kerja.

Aku pula berjalan ke cafe ditingkat bawah tanah. Disitu adanya Mashiho dan Chenle. Aw, rakan sebaya!

" Selamat pagi " sapaku mesra. Chenle notis kehadiran aku disitu.

" Oh, noona. Awal datang " tanya Chenle.

" Mestilah. Shiho-ah, buatkan saya hot chocolate satu. Suam-suam je tau " ujarku.

Mashiho mengangguk dan segera membuatkan air yang baru saja aku pesan.

Tak sampai beberapa minit, Mashiho kembali bersama air aku yang dia buatkan tadi. Dihantar dimeja yang aku duduk.

" Terima kasih " ucapku.

Aku membuka kekunci telefonku untuk melihat social mediaku. Masa muda-muda ini lah kita patut mengetahui keadaan semasa dunia kita.

Aku yang sedang ralit dengan telefon aku itu, tiba-tiba didatangi Chenle secara senyap-senyap.

" Noona " panggilnya.

" Oh, ne Chenle "

Chenle melabuhkan punggungnya dikerusi hadapan meja yang aku duduk.

" Kalau tak keberatan kan, saya nak undang noona ke majlis perkahwinan kakak kepada teman wanita saya tak lama lagi. Itu pun kalau noona sudi " ujarnya.

Zzup! Sekali lagi hati aku bagai ditoreh-toreh. Kenapa mesti di awal pagi ini.

" T-Teman wanita awak? " tanyaku gagap.

" Ne. Ani. Kakak dia yang kahwin, bukan dia " katanya.

" Itu pun kalau noona sudi nak datang. Saja nak undang tetamu ramai sikit. Lagipun noona kan bos saya disini. Tak salahkan kalau saya nak undang noona " kata Chenle lagi dengan sebuah senyuman.

" Ah, ne.. "

" Oh ye. Saya pun dah undang Jaehyuk sekali untuk datang ke majlis tu. Mungkin nanti noona dengan dia boleh datang sekali ke "

" Ah, ne-ne.. "

Balasku sayu tika itu. Tinggal lagi dua orang. Lepasni siapa pula bakal mengaku perhubungan mereka yang sebenar. Luluh hati aku memikirkannya sekarang. Apa perlu aku buat sekarang untuk tenangkan diri aku.

Petang itu pula suasana cafe meriah dek kerana suara bingit tiga sahabat itu. Iaitu Haechan, Jeno dan Mark. Termasuklah Asahi, Jaehyuk dan Jeongwoo sekali.

Boleh pecah gegendang telinga orang kalau dengar suara mereka ni. Apa yang mereka happy sangat tu pun tidak tahu lah.

" Hyung-hyung. Kiranya memang betul lah budak kecil itu diterima kan. Memang tak salah lah jangkaan saya selama ni " kata Haechan.

Budak kecil? Diterima? Apakah? Jisung ke? Dia je rasanya pekerja yang muda diantara Dreamies. Jisung dah dapat tawaran belajar dia ke?

" Dah lah hyung. Malu saya. Hehe " ujar Jisung malu-malu. Abang-abangnya yang lain tak henti-henti mengenakannya.

Aku hanya membiarkan mereka disitu. Kerja aku pula disambung semula.

" Knock-knock. Hello Miss Park " suara Mark kedengaran. Aku memandangnya.

" Too focus huh? " tanyanya.

" Takde lah. Happy sangat korang harini kenapa? " tanyaku bersahaja.

" Ah, come on lah Yun. Siapa saja tak bangga when someone finally ada untuk gantikan kami. Mestilah kami bangga " kata Mark.

" Oh, nuguseyo? " tanyaku.

" Jisungie. Dia dah start ada teman wanita sendiri. So, tak ada lah kami nak stress jaga dia dah. Dah ada tuan rumah baru kan nak jaga hati dia pula " kata Mark.

Ah. Jisungie rupanya. Tahniah untuk kamu Jisung. Untuk siapa yang dapat jaga kamu. Aku bernada sayu dalam hati.

" Itu dia. Yah, Jisung-ah. Sini kamu " panggil Mark kepada Jisung. Jisung mendekati kaunter.

" Tak nak kenalkan girlfriend baru kamu dekat Yun? " tanya Mark. Lah Mark ni. Aku dah lah sedih sekarang.

Aku hanya membalas kata-kata Mark dengan sebuah senyuman palsu. Ya, palsu belaka.

" Tahniah, Jisung-ah.. " ucapku.

" Hehe. Terima kasih noona " balas Jisung.

Apabila cuaca sudah menginjak ke malam hari, cafe seharusnya sudah tutup. Selesai mengemas tadi, mereka sudah berura-ura mahu pulang ke rumah.

" Okay jom " panggil Jaehyuk. Aku mengangguk lemah.

Tiba terdetik hati untuk memanggil nama Haechan tika itu. Mulut aku ringan saja memanggil namanya.

" Haechan-ah "

Haechan menoleh ke arah aku. Begitu juga dengan rakannya. Aku melambaikan tangan aku memanggilnya kemari. Jaehyuk hanya memandang aku dan Haechan dari arah motornya.

" Ne noona. Ada apa? " tanya Haechan.

" Saya ada benda nak cakap dekat awak. Saya tak pasti apa awak akan balas tapi saya tahu apa yang saya rasa sebenarnya " kataku.

" Okay. Apa tu? "

" Saya cuba nak luahkan isi hati saya dekat awak. Tapi saya tak mampu Haechanie. S-Saya tahu benda ni salah. Mencintai orang lain tanpa ketahuan orang yang mencintai kita dalam diam "

Aku nampak Haechan tak terkejut pun dengan kata-kata aku sebentar tadi. Dia malah melepaskan keluhan dan kemudian tersenyum ke arah aku sebelum matanya memandang ke arah Jaehyuk.

" Noona. Terima kasih sebab sudi luahkan perasaan noona dekat saya. Saya hargainya. Tapi, saya milik orang. Noona pun milik orang. Saya hanya mampu jaga satu hati saja iaitu teman wanita saya sendiri " katanya lembut.

Kedua belah bahuku disentuhnya lembut. Dipusingkan badanku menghadap Jaehyuk.

" Lihat. Dia masih menunggu teman wanita dia untuk dihantar pulang ke rumah. Jaehyuk orang yang baik. Saya yakin dia boleh bahagiakan noona. Belajar untuk jaga hati orang yang betul-betul ikhlas dengan noona okay " katanya lagi.

Air mataku kini mula bertakung di tubir mata. Segalanya sudah hancur berkecai begitu sahaja. Peluang untuk aku mengenali Dreamies lebih mendalam hancur macam tu je.

" Saya balik dulu. Bye~ " ucap Haechan sambil melambai ke arah aku.

Aku dapat rasakan ada orang sedang berjalan ke arah aku dari belakang. Aku tahu itu Jaehyuk. Bahu aku disentuh.

" Jom kita " katanya. Aku memusing ke arah Jaehyuk.

" Yah, kenapa ni hurm? " tanya Jaehyuk risau melihat aku yang sudah menangis itu.

" Jaehyuk-ah.. mianhae.... "

Tubuhnya yang tinggi itu aku peluk erat. Air mata aku tak boleh ditahan lagi. Berderu mengalir serta merta. Jaehyuk cuba menenangkan aku waktu itu.

" Dah-dah. Jangan nangis. Kita balik okay. Awak rehat dekat rumah. Esok kita cerita ye. Dah-dah. Jom balik "

Jaehyuk menghantar aku pulang ke rumah. Hati aku sangat bersedih sekarang. Rasa serba salah mula menyelubungi aku. Maafkan aku, Jaehyuk..

To be continued..

*
*
*
*
*

aim back! hfhfhfhfhf. hapdet-hapdet 💙

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro