Chร o cรกc bแบกn! Vรฌ nhiแปu lรฝ do tแปซ nay Truyen2U chรญnh thแปฉc ฤ‘แป•i tรชn lร  Truyen247.Pro. Mong cรกc bแบกn tiแบฟp tแปฅc แปงng hแป™ truy cแบญp tรชn miแปn mแป›i nร y nhรฉ! Mรฃi yรชu... โ™ฅ

๐Ÿ‡ช ๐Ÿ‡ณ ๐Ÿ‡ฉ ๐Ÿ‡ฎ ๐Ÿ‡ณ ๐Ÿ‡ฌ

Bayangan Dreamies makin lama makin menghilang dari penglihatan aku. Wajah mereka yang dihiasi satu ukiran senyuman manis itu telah pun lesap dari penglihatan aku juga.

Tiada lagi gelak tawa Mark yang bingit.

Tiada lagi kemarahan Renjun yang hampir meletus gara-gara sahabatnya.

Tiada lagi eyes smile Jeno yang comel.

Tiada lagi lawak jenaka Haechan yang menggila.

Tiada lagi scene romantik dari Jaemin.

Tiada lagi scene coolnya seorang Chenle.

Dan tiada lagi perangai comelnya seorang budak remaja bernama Jisung.

Aku mengesat sedikit air mata ku yang mengalir gara-gara teringatkan memori bersama Dreamies yang baru sahaja kami cipta. Walaupun semuanya hanya sementara, bagi aku cukup meriahkan kehidupan aku yang dahulunya kesam.

" Managernim, ada panggilan untuk cik " salah seorang staffku memanggil aku.

" Baiklah "

Kaki aku melangkah masuk dan berjalan ke kaunter utama. Telefon yang masih ditangan pekerjaku itu bertukar kepada tangan aku pula. Aku menjawab panggilan itu.

" Selamat petang, saya manager Yun. Ada apa yang boleh saya bantu? " tanyaku.

" Saya ada temu janji dengan teman wanita saya. Bolehkah cik sediakan tempatnya? "

" Ah, Yoon Jaehyuk. Mengada kan. Boleh je call saya tadi " balasku.

" Hehe, saja je. Saya akan datang dalam pukul lima petang macam tu. Bukan saya seorang je. Yang lain pun ada " ujarnya.

Aku melihat ke arah jam di dinding cafe. Sudah menujuk pukul lima tepat. Mengarut apa mamat ni. Mataku menoleh pula ke arah pintu masuk.

" Hai " sapa Jaehyuk. Aku meletakkan telefon ditempatnya. Wajah aku senyum kearah Jaehyuk. Aku berjalan ke arahnya.

" Yah. Jangan nak main-main boleh tak? " marahku. Jaehyuk tertawa.

" Masuk lah " pelawaku.

Jaehyuk memusing lalu memanggil sahabat-sahabatnya yang lain untuk masuk. Ada seorang gadis datang mendekatinya. Tangan mereka bertautan erat sekali.

" Amboi dia. Ingat sweet lah macam tu? " tegurku.

" Dia memang noona. Menyampah kitorang tengok kekadang " sampuk Jeongwoo ketika berjalan melepasi Jaehyuk.

" Diam lah single " balas Asahi. Tangannya laju menampar leher Jeongwoo.

" Dah-dah. Korang duduk dulu. Nanti saya hantar staff saya untuk serve korang " kataku.

" Ne! "

Aku tersenyum memandang mereka. Kaki aku melangkah ke cafe tingkat bawah. Memesan makanan special untuk Jaehyuk dan rakan-rakannya yang lain.

Yoon Jaehyuk. Budak lelaki yang pernah menyukai diri aku dan pernah tarik tali dengan aku juga. Sekarang dia dah bahagia dengan orang yang lain. Itupun sebab aku yang lepaskan dia.

Dreamies mengajar aku erti suka, cinta dan sayang. Semuanya berbeza maksud tapi mampu dirasai dalam satu masa.

Jaehyuk bukan untuk aku. Dan aku juga tak layak untuk Jaehyuk. Daripada aku seksa dia, lebih baik aku lepaskan.

Itu sahaja jalan kehidupan saya yang masih tak jumpa penghujungnya. Saya harap sangat akan ada seseorang yang betul-betul boleh bimbing saya jumpa jalan bahagia saya bersama si dia.

Bye !!!

- The End -

WAHAHAHHAHA SUDAH HABIS !! lah beria bothol ๐Ÿ˜ด

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen247.Pro