☁️. 9
" Unnie, Yun keluar dulu ye. Bye " ujarku kepada Irene yang sedang menyiapkan kerjanya.
" Okay. Hati-hati jalan tu. Apa-apa nanti telefon unnie tau! " balas Irene dari bilik kerjanya.
Aku berhenti di hadapan cermin hiasan di ruang tamu. Dibetul-betul sedikit rambut aku. Meniba sangat harini nak gayakan rambut. Selalunya malas je.
Aku berjalan kearah rak kasut dan mencapai kasut kesukaan aku. Dipakainya dan tidak lupa untuk tutup pintu. Aku berjalan seorang diri keluar dari kawasan rumah.
Angin malam itu tidak menjejaskan semangat aku nak datang ke kedai buku pakcik itu semula. Buku tadi aku tidak lupa untuk bawanya semula bersama.
Dalam perjalan ke kedai buku pakcik itu, aku sempat mengeluarkan buku misteri tadi dan membaca beberapa isinya yang lain.
" Menipu juga boleh membawa kebaikan kepada diri kita "
" Mencari cinta sejati tidak semudah yang disangkakan. Jadi, berusahalah "
Aku menutup buku itu apabila aku terasa seperti ada orang sedang mengikuti aku dari belakang. Perlahan-lahan aku masukkan semula ke dalam beg aku.
Sesekali aku pusing ke belakang. Tapi tiada sesiapa pun yang ada. Puas aku pusing-pusing untuk menunggu jika benar ada orang sedang mengikuti aku. Tetap tiada sesiapa yang muncul.
Aku teruskan saja perjalan kaki aku tanpa menghiraukan apa-apa. Tiba-tiba kaki aku terhenti dihadapan tapak pejalan kaki yang sunyi tanpa kenderaan ataupun manusia yang lalu lalang. Hanya cahaya dari lampu jalan yang menerangi laluan itu.
" Aik, takkan orang dah balik kerja sedang ni? Awal betul. Sunyi pulak malam ni ye " omelku sendirian.
Entah dari mananya, muncul seorang pakcik tua berpakaian segak tapi tidak nampak sepenuh wajahnya. Topi yang besar itu menutup wajahnya. Kacak sangat ke sampai tak nak tunjuk wajah tu. Halah halah.
Hampir naik bulu roma aku ketika dia berdiri tegap menghadap bertentangan dengan aku. Aku menundukkan muka dan teruskan perjalanan aku.
Apabila betul-betul kami hampir berselisih, pakcik itu itu menghalang laluan aku untuk kedepan. Aku kekiri, dia kekiri. Aku kekanan, dia kekanan juga. Ingat sweet ke malam-malam camni pakcik oi?
" Maafkan saya...? " ujarku. Tetapi tiada balasan darinya. Aku pun langgar je lah badannya untuk lalu. Kacau mood aku saja lah.
Aku terasa lengan aku digenggam sesuatu. Oleh itu, tubuh aku turut terdorong ke belakang. Terjerit lah aku dibuatnya.
" A-Apa ni?! " marahku meronta-ronta untuk dilepaskan.
" Hajat awak telah dikabulkan " katanya sekali gus. Terdiam aku seketika. Pakcik ni mengarut apa weh?
" M-Maaf? " tanyaku.
" Hajat awak telah dimakbulkan. Ingat apa hajat awak petang tadi? " tanyanya. Dan aku teringat akan hajat aku yang meminta tujuh orang pelajar lelaki kacak itu menjadi teman aku secara diam-diam.
" Haha, mengarut pakcik ni " bidasku.
" Buku tu. Yang awak ambil tu buku saya " katanya. Aku segera memandang beg aku yang berisi buku misteri tadi. Tiba-tiba beg aku bercahaya. Ianya cahaya dari buku misteri itu. Aku segera melepaskan beg itu dari bahuku. Takut aku.
" Setiap kali awak berhajat, buku itu akan mendengar segala hajat awak. Kalau dia bercahaya, bermakna hajat awak sudah dimakbulkan. Jangan sampai orang jumpa buku itu. Awak perlu bawanya setiap masa " pesannya. Aku menelan air liur dengan kasar sekali.
Ditanganya muncul satu cahaya yang terang. Sebuah rantai berlian elok terpasang dileher aku. Terkejut aku dibuatnya.
" Dalam masa sehari, awak boleh buat hajat sebanyak tujuh kali sahaja. Jika hajat awak melebih, semuanya akan kembali seperti biasa. Dan awak takkan ingat apa-apa yang berlaku. Ingat, jangan terlalu ikutkan nafsu " pesannya lagi.
Sekelip mata, pakcik itu hilang begitu sahaja dihadapan aku. Jatuh terduduk aku disitu. Hampir pitam aku. Aku memandang beg aku yang dicampak tadi. Perlahan-lahan aku mendekati beg aku itu dan disandang ke bahu semula.
Kaki aku melangkah longlai sambil berjalan ke arah bangku disitu. Tidak lama kemudian, beberapa buah biji kereta mula kelihatan lalu lalang disitu. Aku segera menahan teksi dan menghalah ke kedai buku tadi.
Alangkah terkejutnya aku apabila kedai buku yang aku pergi selepas balik kelas tadi sudah tiada. Yang ada hanyalah kawasan pejalan kaki sahaja. Adakah aku bermimpi disiang hari tadi?
Aku memandang buku yang ada di dalam beg aku tadi. Masih ada. Sekarang aku rasa macam nak menjerit. Aku tak tahu apa yang berlaku sekarang.
Aku segera telefon Irene untuk menjemput aku. Aku rasa macam tak sedap badan serta merta. Mungkin kerana terlalu terkejut pasal tadi. Entahlah. Yang pentingnya aku nak balik segera.
Tidak lama selepas itu, Irene datang menjemput aku dipondok menunggu bas.
To be continued..
*
*
*
*
*
update lagi😋 suka tak? hehe, nanti Kim update lagi iye..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro