
☁️ . 4
Jam loceng yang baru saja aku beli seminggu yang lalu jatuh berkecai diatas lantai kerana tangan aku pergi tepis dari atas meja sebelah katilku. Bingkas aku bangun tatkala terdengar bunyi sesuatu yang jatuh.
" Aish, apa masalah kau ni tangan hah! Mentang-mentang lah jam tu murah, suka hati kau nak campak dia ke bawah tu " marahku sambil mencubit tanganku sendiri.
" Hyuna, Park Hyuna. Dah bangun kan. Cepat mandi dan bersiap. Unnie nak masuk kerja awal hari ini " jerit Irene dari luar bilikku.
" Baik " balasku singkat. Penyakit malas aku mula datang serta merta. Aku memandang jam diskrin telefon.
" Awal lagi. 5 minit please.. " kataku sambil menarik semula blanket ke paras dada.
" Bertuah punya budak manja! Hoi. Bangun lah Hyuna. Kamu ni nak belajar ke tak nak hah? Bangun lah " aku meringis kesakitan tatkala cubitan maut milik kakak sepupu kesayangan aku hingga diserata tubuhku.
" Ye, ye. Yun bangun lah ni unnie. Sabar lah. Tak lari pun kampus tu. Pergi awal-awal bukannya ada pakwe ke kawan ke yang tunggu " rungutku.
" Iyelah kamu. Banyak sangat alasan. Dah bangun cepat " arah Irene. Lengan aku ditariknya dan menolak aku masuk ke dalam bilik mandi.
" Jangan lama sangat. Unnie tunggu dekat bawah. Nak siapkan bekal awak pula. Cepat sikit " pesannya.
" Iye lah. Mak-mak betul lah unnie ni " kataku. Aku memulakan mandian pagi yang sejuk itu.
Selesai mandi, aku menyarungkan baju ketubuh segera. Dah lah cuaca pagi tu sejuk nak mampus. Aku memang tak suka cuaca sejuk ni.
Aku melabuhkan punggung aku dihadapan meja solek. Ditacapnya muka yang tak berapa nak cantik tu tapi cantik bagi aku sendiri. Hehe, puji diri sendiri kan. Apa salah nya.
Beg belajar aku galas kebahu seperti pelajar selalu buat. Name tag aku sangkut ke leher. Okay, dah nampak dah seorang pelajar yang berjaya tu. Kali ini, aku dah start belajar di tempat lain. So, penampilan aku hanya biasa-biasa sahaja. Identiti aku harus aku jaga sebaik mungkin.
" Okay, kau akan mulakan kehidupan baru kau dekat kampus baru kau, Yun. So, walau apa pun yang bakal berlaku selepas ini, kau harus bertindak dengan lebih bijak. Kau bijak dan cilik, Yun. Let's go! "
Aku menarik pintu bilikku dan terus mengikuti Irene ke dalam kereta. Seatbelt tidak lupa untuk aku pakai. Tak pasal kene saman nanti dengan kakak sepupu sendiri. Kereta milik Irene laju saja meluncur keluar dari perkarangan rumahnya.
Hampir 20 minit juga untuk kami sampai ke kampus. Patutlah Irene ajak aku keluar awal-awal. Kalau lambat tadi, boleh terlambat juga aku masuk kelas.
" Terima kasih, unnie. Jumpa balik kelas nanti " ucapku sambil menunduk hormat ke arahnya. Aku hanya memandang pemergian kereta Irene hingga hilang dari kawasan kampus.
Aku kini berdiri tegap di hadapan kampus yang besar dan mewah. Katanya disini hanya terdiri daripada golongan cerdik dan pandai. Termasuklah aku. Lagipun kampus ini kampus private. Hanya pelajar tertentu sahaja yang boleh menetap disitu.
" Cik, cepat masuk. Kelas awak akan bermula tak lama lagi " ujar seseorang dari pondok pengawal. Aku berjalan mendekatinya.
" Abang, tumpang tanya sikit boleh tak? " tanyaku. Dia sekadar mengangguk.
" Untuk pelajar baru yang bertukar ke sini kan, waktu belajar diorang memang akan mula dari pagi ke? " tanyaku.
" Tak juga. Dia akan ikut subjek yang kamu ambil. Mungkin cik masuk pagi ni mesti subjek cik tu start pagi. Berpandu pada pengarah cik juga lah " balasnya. Aku sekadar mengangguk.
" Cik tukar ke sini sebab keluarga sekarang kerja besar ke? " tanyanya pula.
Alamak. Soalan apakah ini? Mak ayah aku dah tak ada bang oi. Aku duduk dengan kakak sepupu aku yang gojes tu je. Terpaksa lah menipu gayanya.
" Hurm? Ha'ah. Parents saya kerja business. Ada pejabat sendiri dekat Seoul ni. Dulu kami duduk dekat Busan. Saja nak tukar ke sini pula. Hahaha " tipu aku. Nampaknya abang pengawal tu termakan juga dengan penipuan aku. Sebelum dia ajak aku sembang lebih-lebih, baik aku masuk dulu.
" Okay lah kalau macam tu. Terima kasih ye bang " ucapku dan berjalan masuk ke dalam bangunan itu.
Okay, sekarang aku rasa aku macam dah sesat. Besar betul dalam bangunan kampus ni. Ini universiti ke shopping mall?
Aku pun rasa pening dengan pilihan aku. Nak ke kiri, takut makin sesat. Nak ke kanan, takut tak dapat pusing semula. Nak ke hadapan, aku tak tahu tempat apa. Nak ke belakang, jumpa brader guard tu tadi. Halah, ini lagi susah dari buat soalan addmath.
Tiba-tiba, mata aku tertancap pada sebuah figura yang tinggi lampai. Mungkin dia boleh tolong aku kan? Mana tahu nasib menyebelahi kau pagi ini. Huehuehue!
Aku berlari anak untuk mendapatkannya. Sempat juga aku sentuh bahu dia. Dan dia menoleh ke arah aku dengan wajah yang polos.
" Ye? " tanyanya.
" Err...s-saya.. " terkedu aku sekarang. Penat lah asyik jumpa orang kacak je dekat Seoul ni. Yang hodoh kemana semuanya?
" Kenapa ya? " tanyanya lagi. Kalini ini tubuhnya memusing menghadap aku. Terundur aku kebelakang.
" Err, a-actually saya pelajar pertukaran baru disini. Ni first time saya datang kampus besar macam ni. Kalau awak sudi tolong, s-saya sedang cari kelas SM-01 " ujarku dengan tergagap-gagapnya.
" Ah, student baru. Sebentar ye " katanya. Matanya sedang mencari seseorang yang lalu disitu.
" Ah, Kim! " panggilnya kepada seorang gadis tinggi lampai lebih kurang aku juga. Gadis bernama Kim itu berjalan bersama lagi dua orang pelajar perempuan.
" Iye Mark. Ada apa? " tanya gadis itu.
" Awak kelas SM-01 kan? Ni pelajar baru, er... " lelaki tadi memandang aku.
" Yun. Park Hyuna " kataku cepat.
" Haa, Yun ni student baru. So dia satu kelas dengan awak. Awak nak pergi masuk kelas kan? Bawa kan dia sekali boleh? Saya nak cepat ke bengkel ni " katanya.
" Ah, boleh-boleh. Jumpa rehat nanti " pesan gadis itu kepada lelaki tinggi sebentar tadi. Aku hanya memandangnya pergi.
" Saya, Kim. Ini Kayla dan ini Jiee. Diorang ni adik junior saya " kata Kim kepada aku. Kami mulakan interaksi pagi itu.
Okay, plan untuk cari kawan dah jumpa! Next? Tunggu saja.
To be continued..
*
*
*
*
*
done update bab baru. Yun kita dah jumpa kawan baru gais! apa pula lepasni dia jumpa en en en.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro