☁️. 33
Last Day..
Pagi-pagi lagi Kim,Kayla dan Jiee pergi berjogging di kawasan tepi pantai.
Bukan mereka saja. Dreamies turut ada sekali berjogging dengan mereka bertiga.
" Woih " panggil Haechan.
" Mula dah dia nak memekak pagi-pagi macam ni. Sehari tak dengar tekak dia, tak sahkan agaknya " bebel Kim. Kayla dan Jiee tertawa disamping Kim.
" Apa?! " balas Kim.
" Penat lah. Jom kita sarapan pula nak " kata Haechan.
" Alah. Jogging pun tak sampai berejam dah nak makan. Cakap je lah malas nak jogging. Banyak sangat alasan dia ni " balas Jiee. Mula dah diorang berdua ni. Masalah juga. Asal jumpa je nak bergaduh bagai.
" Sudah lah. Jogging je lah dulu. Tak lari mana pun makanan awak tu sayang " kata Kim. Berbunga-bunga hati Haechan tika itu mendengar Kim memanggilnya sayang.
" Silap kau reject saya je Kim. Kalau tak lama dah kita bercintakan. Sweet-sweet gitu " katanya mula berhimpit dengan Kim. Kayla dan Jiee menolaknya hingga terjatuh kebelakang. Yang lain turut ketawakan Haechan.
" Dasar itu budak! " marah Haechan.
Di Dorm Hyuna..
Hyuna meregangkan tubuhnya tatkala dia terdengar bunyi keriuhan pagi itu. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah tingkap bilik.
Terlihatlah kemesraan Dreamies dengan Trios savage itu. Hyuna hanya mampu mengeluh. Dia sudah pasrah dan mengalah. Segala rahsianya sudah diketahui oleh Kim, Kayla dan Jiee. Kepalanya kini serabut memikir jalan untuk melepaskan dirinya.
" Tahniah untuk korang bertiga. Aku dah kalah dengan korang. Bijak korang tu tak boleh dilawan rupanya " omel Hyuna.
Baru dia nak menapak semula ke katilnya, tiba-tiba degupan jantung berdegup dengan sangat laju. Puas dia menahan sakit itu. Hingga terduduk dia menderita saat itu.
Cepat-cepat tanganya menyelongkar beg sandangnya yang tersangkut di tepi almari. Ditelan sekali gus ubat-ubatnya itu. Barulah lega sedikit degupan jantungnya.
" Sampai bila aku boleh bertahan macam ni.. " ujarnya. Kakinya terus melangkah masuk ke bilik mandi untuk bersihkan diri.
Selesai mandi, Hyuna mengenakan pakaian yang agak simple. Dia mahu pergi bersarapan pagi itu.
" Oh, Yun unnie? Awal bangun " tegur Jiyoon yang tersedar dari tidurnya.
" Ya. Unnie nak pergi sarapan. Kamu nak unnie bungkuskan? " tanya Hyuna.
" Boleh juga. Terima kasih " ucap Jiyoon. Hyuna mula melangkah keluar dari bilik dan berjalan ke kawasan dewan makan.
Hyuna mula mengambil makanannya dan berjalan ke arah meja yang kosong. Pagi itu suasana dewan makan sunyi sepi. Pelajar-pelajar yang lain tidak kelihatan lagi bersarapan disitu.
Hyuna makan bersendirian. Tiada peneman. Teman lelakinya semua sedang berjogging ditepi pantai.
Tidak lama selepas itu, mata Hyuna tertancap pada sekumpulan manusia yang sangat dia kenali sedang berjalan ke arah dewan makan. Hatinya berdegup laju. Kisah malam semalam masih terngiang-ngiang dikepalanya.
Riuh rendah suara mereka sambil mengambil makanan. Dah macam pergi makan majlis kahwin pun ada.
" Oh, Yun " sapa Chenle.
" Duduk sini boleh? " tanya Jeno sambil tersenyum ke arah Hyuna. Hyuna membalas senyumannya. Bukan Jeno dan Chenle sahaja, yang lain turut ikut duduk sekali dengan mereka. Hyuna memang cuak habis waktu tu.
Sesekali matanya mencuri-curi pandang Kim,Kayla dan Jiee yang duduk selang beberapa kerusi dengan kedudukan Mark dan Renjun. Senang kata mereka duduk berhadapan dengan Hyuna. Malangnya, mata Hyuna dan mata tiga orang gadis itu bertembung. Laju saja Hyuna tunduk. Terbatuk-batuk dua disitu.
" Yun, awak okay? " tanya Jaemin disebelahnya. Hyuna mengangguk lemah.
" Noona, makan lah ni. Noona sukakan? " tanya Jisung. Hyuna memandang Jisung.
" Eh, awak makan je lah " kata Hyuna.
" Tak-tak. Noona makan. Saya nak noona makan " arah Jisung memaksa Hyuna.
Jiee yang ada didepan mereka mula meluat memandang adegan itu. Tidak semena-menanya, garfu milik Jiee hinggap diatas pinggan Hyuna. Diambilnya makanan itu dan disua ke mulutnya. Terdiam terus mereka berdua.
" Makan-makan " kata Jaemin.
Kim cuba mengoyakkan suasana yang tiba-tiba saja sunyi sepi itu. Dalam kepalanya bermacam-macam idea dia nak kenakan Hyuna. Tapi dia perlu bersabar dengan tenang.
" Ehem. Awal bangun cik Hyuna " tegur Kim. Hyuna mengangkat wajahnya memandang Kim dihadapan. Senyuman palsu dia ukirkan.
" Urm, saja bangun awal. Ingat nak breakfast dengan Jiy- " kata-kata Hyuna dipotong oleh Kayla pula.
" Saja bangun awal ke terpaksa " katanya sambil mengunyah. Renjun memandang Kayla hairan. Dalam kepalanya mula mentafsir ayat-ayat Kayla. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kene antara mereka berempat itu.
" Kayla " tegur Renjun. Kayla buat tidak tahu akan teguran Renjun itu.
" Kenyang dah lah. Makan lah korang semua sampai habis " kata Kayla.
" Jiee pun. Ayuhlah kita " kata Jiee pula.
" Oh ye, selamat menjamu sarapan dengan 'teman-teman' lelaki awak ye Yun " ucap Kim. Satu senyuman nakal dia ukirkan diwajahnya. Hyuna menelan air liurnya kasar.
" Awal betul kenyang budak bertiga tu. Jarang nak tengok makan sikit " kata Mark.
" Lantak lah diorang. Save untuk malam ni kot kan Yun-ssi " kata Chenle.
Hyuna makan dengan cepat sekali. Dia risau untuk berlama-lama disitu. Hatinya tak keruan sekarang.
" Yun, malam ni awak makan dengan siapa? " tanya Jeno tiba-tiba. Membulat mata Hyuna tika itu. Apa yang perlu dia balas sekarang. Tersilap kata boleh membawa nahas.
" Err, s-saya dengan Haknyeon! " katanya. Wajah-wajah Dreamies terus bertukar muram.
" Oh yeke. Takpelah kalau macam tu. Kita jumpa malam nanti okay " kata Haechan berbasa-basi.
Dreamies masih mengunyah makanan. Yun segera meninggalkan tempat itu dan kembali ke biliknya sambil membawa makanan untuk rakan sebiliknya itu.
To be continued..
*
*
*
*
*
dua bab lageyyy🤧 hwaiting babeh✊🏻 sabar gais sabar. saya pun tak sabar nak habiskan ff ni sekarang😆
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro