Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☁️. 32

Malam itu Kim, Kayla dan Jiee membantu Hyuna mencari barangnya yang hilang.

Kayla dan Jiee seperti biasa duduk merempat di katil Kim. Bukan tak ada katil sendiri, tapi itulah masalahnya. Segalanya dekat katil Kim. Pasrah je lah Kim dengan perangai dua adik juniornya itu.

" Cuba bagi hint dekat kitorang barang apa yang hilang tu " kata Jiee.

" Ha'ah lah. Mana tahu tiba-tiba boleh jumpa " kata Kayla pula. Hyuna cuba memikirkan bagaimana dia mahu memberitahu barang apa yang dia sedang cari. Dia takut juga jika mereka bertiga itu menjumpai bukunya.

" Barang apa tu Yun? " tanya Kim.

" Err, barang tu dia macam b-buku sebenarnya. Tapi! Dia bukan buku " terang Hyuna. Pening mereka bertiga mendengar penjelasan Hyuna.

" Macam buku tapi bukan buku. Apakah? " tanya Kim. Kepalanya dipegang.

" Uish. Ini soalan bukan soalan luar kotak ni. Ini dah luar dari seluruh tubuh jawabnya " kata Jiee pula. Kayla tergelakkan Jiee.

" Apa benda nyah. Okay, takpe. Kita try cari dulu. Kot-kot salah seorang dari kami jumpa barang tu kan. Manalah tahu " kata Kayla.

" O-Okay " balas Hyuna ragu-ragu.

Ketika Hyuna sedang leka mencari-cari disetiap sudut bilik itu, Jiee membesikkan sesuatu pada Kayla.

" Unnie. Sekarang masanya kita tanya dia buku pelik tu. Cepat, dia tak nampak tu " bisik Jiee. Kayla menganggukkan kepalanya dan terus naik ke katilnya. Dia mengeluarkan buku misteri itu dari blanketnya. Perlahan-lahan dia turun ke arah Jiee semula. Buku itu disorokkan dibelakang badannya.

" Ehem Yun unnie " panggil Kayla. Yun memusingkan tubuhnya menghadap Kayla dan Jiee yang berdiri bersebelahan itu.

" Kenapa? " tanyanya. Matanya menangkap akan sesuatu yang disorok oleh Kayla disebalik tubuhnya.

" Korang sorok apa tu? " tanya Hyuna. Matanya dikecilkan memandang Kayla dan Jiee. Hyuna mendekai Kayla dan Jiee tetapi budak berdua itu berundur kebelakang.

Kim yang masih menyorok dibawah meja sedang mencari sesuatu itu menggangu perbualan mereka bertiga. Mata mereka bertiga memandang ke arah Kim.

" Kim unnie " panggil Jiee. Kim mahu memusing kebelakang tetapi malangnya kepala Kim terhantuk pada bawah meja.

Kedebuk!

" Argh! Sakit bodoh. Adui-adui " Kim menggosok kepalanya lalu perlahan-lahan keluar dari bawah meja.

" Dah-dah berlakon tu unnie " kata Kayla. Kim memandang mereka yang sedang memerhatikannya.

" Oh habis dah ye. Okay kejap " Kim bangun dari duduk dan berjalan ke arah mereka bertiga.

Tanpa berkata apa-apa, Hyuna terus menerpa ke arah Kayla. Bahu Kayla ditolaknya membuatkan tubuh Kayla auto terdorong kebelakang. Jiee membantu Kayla dari terus diterpa Hyuna. Hyuna sudah tahu buku itu memang mereka yang ambil. Sebab itu dia marah.

" Bagi balik buku tu! " marah Hyuna. Puas dah mereka bergelut disitu. Kim pula cuba menenangkan keadaan yang sengit itu.

Ketika Hyuna sedang bergelut dengan Kayla dan Jiee, dia tidak menyangka bahawa tangannya tertampar kepala Kim menyebabkan Kim jatuh melutut. Auto dia menyungkur disitu. Kayla dan Jiee masih berada dibawah Hyuna. Hyuna memandang Kim dengan perasaan yang takut. Dia tahu Kim ni macam mana orangnya.

Hyuna segera menjauhkan dirinya dari mereka bertiga. Kim bangun secara perlahan-lahan. Rambutnya dibetulkan terlebih dahulu. Matanya tepat memandang mata Hyuna dengan tajam sekali.

" Sesiapa yang berani sentuh adik-adik aku, balasan setimpal aku sediakan " kata Kim dingin.

" M-Maaf Kim.. " ucap Hyuna. Dia berundur kebelakang. Kim berjalan mendekatinya.

" Pukul dia unnie! " kata Jiee.

" Jangan Jiee. Nanti ssaem tahu bahaya kita " kata Kayla. Kayla berjalan mendekati Kim perlahan-lahan. Dipeluknya Kim dari depan.

" Tepi Kayla " kata Kim.

" Unnie jangan. Ingat, kita still ada dikawasan orang. Bahaya kalau ada sesiapa report dekat Baekhyun ssaem " kata Kayla. Kim memandang Kayla. Keluhan dilepaskan. Matanya kembali memandang Hyuna yang ketakutan.

" Aku masih tak selesai lagi Park Hyuna. Kau terselamat malam ni. Kau tunggu bila harinya aku akan tiba. Ingat tu " pesan Kim.

Malam itu, Hyuna ditukarkan ke bilik yang lain. Dia duduk sebilik dengan Jiyoon dan yang lain.

" Panas betul hati unnie tahu tak. Berani dia terkam korang macam tu. Apa? Dia ingat korang ni makanan? Bodoh betul lah " bebel Kim. Kayla dan Jiee menutup telinga mereka.

" Dah lah tu unnie. Kita cari jalan lain nak selongkar rahsia dia tu " kata Jiee.

" Betul tu unnie. Esok masih ada peluang kan " kata Kayla. Kim mengambil tempat duduk diantara Kayla dan Jiee.

" Nasib baik adik-adik unnie ni tak apa-apa " ujar Kim. Kepala Kayla dan Jiee diusap lembut.

" By the way, Kay ada terjumpa sesuatu tau selain buku tu. Tengok ni " Kayla menyelak helaian kertas itu dan terhenti disalah satu muka surat yang dalamnya tertulis sesuatu. Kim mula membacanya.

" Segala hajat kau akan ditunaikan sekali gus. Apa ni? " Kim mengambil sticky note yang dilekatkan disitu.

" Hajat-hajat yang aku mahu dimakbulkan. Dreamies menjadi teman lelaki aku. Buat hubungan Dreamies dengan Kim,Kayla,Jiee kekur. Dreamies beri perhatian pada aku sahaja " baca Kim.

Mereka bertiga memandang antara satu sama lain.

" Sampai macam tu sekali dia berhajat? Apa benda sakai " omel Jiee.

" Maksudnya, Dreamies ada hubungan secret dengan Yun lah selama ni? What the- " marah Kayla.

" Patutlah diorang tu kejap Yun itulah, Yun inilah, Yun sanalah, Yun sinilah. Semua pasal Yun. Ohh, diorang ni dalam diam rupanya " kata Kim.

" Kay rasa Dreamies tak tahu semua ni. Yang mereka diduakan oleh Yun sebab hajat mengarut ni " kata Kayla.

" Maksudnya Yun santau Dremies? " tanya Jiee. Kedua orang kakaknya itu menampar leher Jiee. Meringis kesakitan Jiee disitu.

" Bukan. Maksudnya, Yun ni bercinta dengan sesama member Dreamies tanpa mereka tahu yang mereka sedang bercinta dengan orang yang sama. Faham? " tanya Kayla.

" Malas lah nak faham. Okay lepastu? " tanya Jiee.

" Aku lempang juga budak ni. Sekarang ni, Yun unnie jealous tengok kita rapat dengan Dreamies macam sebelum ni. Kiranya hajat dia yang kedua tu tak dimakbulkan. Takpun, memang hubungan kita dengan Dreamies sangat akrab macam adik-beradik sebab itu tak termakbul hajat dia. Tapi kenapa lah dia buat semua tu kan " kata Kayla.

" Nak attention lebih lah tu. Dreamies kan terkenal dengan sikap ramah dan masuk air mereka tu. Dia tu tengoklah. Duduk seorang diri je. Bukan nak bergaul sangat dengan orang. Dulu kita ajak lepak sekali, dia sendiri tolak. Bila Dreamies yang ajak, terhegeh-hegeh nak ikut. Lepastu menipu diorang. Apa benda lah orang macam tu. Patutnya tak payah wujudkan manusia macam tu kan " sambung Jiee pula. Lidahnya tajam seperti pisau. Ada saja ayat yang menyakitkan hati.

" Tapikan. Korang nak tahu tak unnie jumpa apa dalam beg sandang dia baru ni? Nah tengok "

Kim menunjukkan gambar ubat yang berada di dalam beg sandang Hyuna. Kayla dan Jiee memandang Kim dengan wajah terkejut.

" Takkan santau guna ubat kot?! " tanya Jiee terkejut. Dan sekali lagi dia mengdapat hadiah tamparan maut dilehernya.

" Okay, maaf-maaf. Saya baik " kata Jiee.

" Unnie tak tahulah kenapa dengan dia tu. Pelik sangat orangnya. Tak pernah lagi unnie jumpa orang sepelik Yun tu selain Jiee " Jiee memandang Kim dengan muka tak puas hati.

" Unnie, tak puas hati cakap. Bertumbuk kita " katanya. Kim mengangkat keningnya sebelah.

" Dah-dah. Korang pulak nak bergaduhnya " kata Kayla

" Semua salah Yun. Saya baik " kata Jiee.

" Okay, unnie ada cadangan " kata Kim.

" Apa dia unnie? " tanya Kayla dan Jiee serentak. Mereka mendekatkan diri dengan Kim.

" Plannya... "

To be continued..

*
*
*
*
*

haha! bersambung lagi😂 sorry buat suspend je HAHAHAHAHAHAHA!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro