
☁️. 31
Next Day..
Pengarah Baekhyun menyuruh semua pelajar berkumpul di tepi kawasan pantai. Katanya ingin membuat aktivit sukan.
Hyuna masih runsing akan kehilangan buku misteri itu. Puas Hyuna mencari sejak pagi tadi. Sampaikan dia sanggup pergi jumpa driver bas nak mintak masuk ke dalam bas semata-mata nak cari buku tu.
Kim, Kayla dan Jiee memandang Hyuna yang tampak risau itu. Jiee membisikkan sesuatu ke telinga Kim dan Kayla
" Tengok tu unnie. Mesti Yun still cari buku tu " bisiknya.
" I think so. Kay rasakan, buku tu mesti ada something dengan dia lah. Kalau tak, takkan dia hura hara macam tu kan " kata Kayla pula.
" Nak unnie tanya tak? " tanya Kim. Kayla dan Jiee menahan Kim dari terus pergi ke arah Hyuna. Tapi apakan kudrat mereka nak melawan Kim yang ahli olahraga itu.
" Macam mana ni Kay unnie?! " tanya Jiee cuak.
" Haduhlah kak tirek ni " Kayla dan Jiee berlari ke arah Kim yang kini berjalan ke arah Hyuna.
" Yun! " panggil Kim. Hyuna memandangnya.
" Kenapa Kim? " tanya Hyuna.
" Kau kenapa? Cari siapa? Dari tadi aku tengok kau macam cari sesuatu " kata Kim. Kayla dan Jiee sekadar memasang telinga.
" Ah takde lah. Saya cari barang saya. Saya tak pasti saya tinggalkan dekat rumah ataupun tercicir dimana-mana " katanya.
" Ohh. Nak kami tolong? " tanya Kim. Hyuna memandang ke arah Jiee dan Kayla yang tersengih itu.
" Err, ta- "
" Okay. Malam ni kita cari okay! Assa! " potong Kim. Hyuna apa lagi. Makin risau lah dia.
Mereka segera berjalan ke arah pelajar lain yang mula berkumpul. Dalam kepala Hyuna macam-macam dia fikir.
" Okay semua, aktiviti kita pada hari ini ialah lawan bola tampar " kata pengarah Baekhyun. Pelajar pula mula berteriak gembira.
" Saya akan bahagikan kepada dua kumpulan. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Campur okay. Saya sebut je nama, sila masuk dalam kumpulan masing-masing. Faham? " tanya pengarah Baekhyun.
" Faham!! " jawab semua pelajar serentak.
" Okay team first. Yeonjun, Kim, Kayla, Jiee, Jiyoon, Haechan, Jaemin, Chenle, Haruto, Jungwoon, Yedam, Daniel "
" Assa! Kita satu geng guys! " Kim memeluk leher Kayla dan Jiee.
" Team second pula. Mark, Hyuna, Naeun, Taerin, Minji, Renjun, Jeno, Jisung, Jeongin, Samuel, Jinwoo, Haknyeon "
" Baiklah, saya bagi kamu masa satu minit je untuk berfikir nama team kamu. Dan baru kita mulakan perlawanan " ujar pengarah Baekhyun. Masing-masing mula berkumpul dalam team sendiri.
" 3, 2, 1. Okay stop! " kata pengarah Baekhyun.
" Okay. Kita start dengan geng Kim dahulu " kata pengarah Baekhyun. Haechan berjalan mendekati Kim dan yang lain.
" Okay guys. Ingat trademark kita? " tanya Haechan.
" Yep!! "
" Hana, dul, set! Crazy Titans! "
" Wah, Daebak! Hahaha " ujar pengarah Baekhyun sambil menepuk tangannya.
" Okay giliran kami " kata Mark. Mereka bergabung tangan.
" We are, Noob Avengers! " ujar Mark semangat diikuti teamnya yang lain.
" Wah, noob? Pandai betul pilih nama. Hahaha " kata pengarah Baekhyun
" Korang akan kalah Noob team. Hehehe " kata Haecha dengan lagaknya.
" Kau tunggu budak Donghyuck " balas Renjun. Mereka melagakan kepala mereka seperti orang nak bergaduh.
" Okay-okay. Memandangkan masing-masing dah mula panas, marilah kita mulakan perlawanan ini. Sila ambil tempat kamu. Hantar enam wakil dari setiap team " arah pengarah Baekhyun.
Wakil dari team Crazy Titans adalah Haechan, Yeonjun, Jaemin, Kim, Kayla dan Jiee. Manakala wakil dari team Noob Avengers adalah Mark, Renjun, Jeno, Hyuna, Naeun dan Taerin.
" Ada apa-apa ucapan untuk pihak lawan kamu? " tanya pengarah Baekhyun kepada kedua pasukan itu.
" Yah, Mork! " panggil Haechan.
" Wae! " balas Mark.
" Kim is mine! " jeritnya. Mark berlari kearah Haechan. Dikejarnya Haechan. Haechan pula larikan diri sambil tertawa. Kim menepuk dahinya.
" This kid- " ujar Kim.
Dalam situasi itu, ada sepasang mata memandang mereka dengan pandangan tidak puas hati. Hati sedang membara kepanasan. Siapa lagi kalau tak bukan, Park Hyuna.
" Ada lagi? " tanya pengarah Baekhyun. Haechan membisikkan sesuatu dekat telinga Jaemin dan Chenle.
" Yah, Lee jeno mong mongie! " panggil Jaemin.
" Wae?! " balas Jeno dengan acah marahnya. Lepastu ketawa.
" Wae-wae! " tanya Jeno lagi.
" Aku rampas Kayla dari kau lepasni! " kata Jaemin.
" Ah! Tak payah lah! " marah Jeno. Tiba giliran Chenle pula bersuara.
" Andy Park Jisung! Jiee forever pilih aku! " jeritnya. Jisung membuat acah-acah muka sedih. Haechan mengurut-ngurut bahu Chenle.
" Ani. I choose Watanabe Haruto meh " sampuk Jiee dari belakangnya. Habis meletus gelak tawa pelajar yang lain.
" Malu weh! " kata Yeonjun sambil ketawa. Mengalir air matanya.
" Lah menangis " tegur Kim.
" Okay dah cukup. Jangan nak berangan belaka nak cop-cop anak dara orang. Baik. Kita akan mulakan perlawanan dari kiraan, tiga, dua.......SATU!!! " bola mula diserve oleh team Noob Avengers.
Okay dah skip..
Setelah hampir berjam juga perlawanan berlangsung, kini markah kedua team adalah seri. Tinggal masa untuk penalty sahaja.
" Penat weh. Lambat lagi ke nak habis game ni. Nyawa-nyawa ikan dah aku sekarang " kata Renjun sambil menyandar pada Jeno.
Disisi lain pula, Mark berjalan ke arah Hyuna. Sebotol air dihulurkan pada Hyuna. Hyuna memandang botol air yang dipegang Mark. Kepalanya digelengkan menandakan dia tidak mahu.
" Minumlah. Mesti awak penat " kata Mark. Hyuna tetap mengelengkan kepalanya.
" Okay fine. Girls! " Mark memanggil Kim and the geng. Botol air tadi diberi kepada mereka bertiga. Makin panas lah hati Hyuna tika itu.
" Okay, kita mulakan perlawanan terakhir untuk menentukan team mana yang bakal menang. Team yang menang boleh buat apa sahaja terhadap team yang kalah " ujar pengarah Baekhyun.
" Haa okay! Ini yang aku semangat ni! Bangun guys. Kita mesti kene kalahkan geng-geng noob Mark tu " kata Haechan.
" Aku baling juga botol ni kang " kata Mark. Haechan suka sekali dapat kenakan Mark.
Perlawanan yang terakhir itu bakal menjadi peluang terbaik untuk setiap team menang. Masing-masing sudah kumpul tenaga untuk memenangi perlawanan bola tampar itu.
" Saya serve " kata Kayla dan mula berjalan ke arah tempat untuk serve bola. Dengan kudrat yang ada, Kayla menampar bola itu dengan kuat sekali.
" Jeno Lee! " jerit Mark. Dan Jeno sambut bola itu. Kini tiba giliran Renjun untuk sambut.
" Naeun-ah! " jerit Renjun pula.
" Kenapa perlu jerit-jerit " kata Chenle.
" Mark sunbaenim! " jerit Naeun dan bola terakhir itu disambut oleh Mark. Kini penentu terakhir bakal tiba.
Dan pemenangnya adalah team....
" YEAHHHHHH!!!!! WOHOOOOO KALAH BUUUUUU!!!! HAHAHA "
" Tahniah kepada team Noob Avengers. Sila ambil hadiah kamu " ucap pengarah Baekhyun. Mark sebagai ketua team mengambil hadiah kemenangan mereka.
" Tahniah lah " ucap Jaemin. Jeno membuat gaya berlagaknya depan Jaemin. Jaemin memandangnya tidak puas hati.
" Suka sangat dia " kata Haechan kepada Renjun yang masih gembira atas kemenangan mereka. Renjun berjalan mendekatinya. Haechan tersengih memandang Renjun. Hidung Haechan ditariknya kedepan. Meringis Haechan kesakitan.
" Lain kali jalan berlagak sangat " kata Renjun dan kembali ke teamnya.
" Kemon ah. Kitorang main bukan nak menang pun. Saja je bagi korang menang " kata Haechan.
Kim memandangnya disebelah. Tangan Kim laju saja menarik leher Haechan. Haechan terbaring ke atas pasir pantai itu. Lalu Kayla dan Jiee turut join Kim belasah Haechan disitu.
" Mian-mian. Ah! Sakit-sakit " kata Haechan menahan kesakitan yang didapatinya. Hyuna memandang ke arah lain. Hatinya sakit melihat kemesraan mereka.
" Hahaha. Tahniah juga untuk kedua team. Mesti kamu semua penatkan. Esok adalah hari terakhir kita disini. Ada apa-apa yang nak kamu request untuk aktiviti esok? " tanya pengarah Baekhyun.
" Saya-saya! " Haechan mengangkat tangannya dalam keadaan yang terbaring selepas bergusti dengan Kim, Kayla dan Jiee tadi.
" Ya Haechan-ssi "
" Esok kita adakan jamuan makan malam dekat sini nak tak? Santai-santai tepi pantai " Haechan memberi cadangan.
" Ada cadangan lain? " cadangan Haechan tadi diabaikan.
" Saem! " marah Haechan. Mulalah dia protes.
" Saya cadangkan buat malam tari menari bertemakan beach party " Jisung bersuara pula.
" Ha'ah. Elok sangatlah tu. Ada yang berguling dekat dalam air laut tu nanti. Nak menari sangat konon " sampuk Renjun. Jisung hanya tersengih.
" Macam ni. Kita adakah jamuan makan tu then masukkan tari menari tu sekali jika nak. Setuju? " kata Jiyoon.
" Ohhhhh Jiyoon-ah~ " semua bersorak. Malu-malu Jiyoon disitu.
" Okay saya sokong cadangan itu. Baiklah, malam esok kita akan adakah jamuan makan serta tari menari jika sesiapa mahu. Tak nak tak paksa pun. Jangan lupa pakai cantik-cantik esok ye anak-anak semua " pesan pengarah Baekhyun. Mereka bersorak kegirangan.
" Boleh dah balik ke bilik kamu semua. Rehat sepenuhnya. Nanti makanan saya minta staff restoran hantar ke bilik kamu. Selamat berehat " ujar pengarah Baekhyun.
" Terima kasih, Baek ssaem! " ucap semua pelajar dan mula beransur pulang ke dorm masing-masing.
Kawasan tepi pantai mula sunyi sepi tiada pengunjung. Matari mula terbenam hingga menggelapkan suasana permukaan bumi.
To be continued..
*
*
*
*
*
hehe, dah nak habiskan. sikit lagi gais. doakan ff ni cepat habis hari ini juga ye😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro