Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☁️. 27

" Yun.. " panggil seseorang.

Aku tersedar dari jaga apabila aku terdengar suara seseorang memanggil namaku. Apabila aku tersedar, aku kini berada di dalam ruang kosong. Putih bersih. Sekeliling aku putih.

" Hello? " bergema suara aku tika itu. Suara tadi kedengaran lagi.

" Yun.. " aku kenal sangat suara itu. Itu suara ayah aku.

" Appa! Eomma! Mana appa dengan eomma? Muncul kan diri " pintaku. Air mataku laju mengalir membasahi pipi.

" Kami disini sayang.. " eomma berkata. Aku menoleh ke kiri dan terlihatlah wajah ibu dan ayahku yang sangat aku rindui. Aku berlari mendapatkan mereka. Dipeluk tubuh mereka seerat-eratnya.

" Kenapa eomma dengan appa tinggalkan Yun sorang-sorang. Yun terseksa tiada eomma dan appa dekat sisi Yun.. " rintihku sayu. Kepala aku diusap lembut.

" Maafkan kami sayang.. " ucap appa pula.

" Yun, kamu sudah tidak cukup masa lagi. Lupakan hajat kamu tu. Bila-bila masa saja semuakan akan berakhir.. " kata appa.

" Yun takut appa, eomma. Apa akan terjadi pada Yun selepas ini jika semuanya kembali seperti asal..Yun hanya ada Irene unnie saja sekarang. Yun tak nak dia bersedih " balasku.

" Eomma tahu kamu boleh lakukan. Apa yang berlaku sekarang mungkin ada hikmahnya. Sampai bila kamu nak hidup dalam dunia macam ni. Menipu semua orang demi kepentingan sendiri. Cukuplah.. "

" Betul kata eomma kamu Yun. Hentikan semua hajat mengarut ni.. " balas ayahku.

" Hidup lah seperti manusia biasa saja. Selamat tinggal Yun.. " ucap mereka. Makin lama, tubuh mereka hilang dari pelukanku. Aku menangis sepuas hati.

" Yun.. "

" Yun... "

" Bangun Yun.. "

" Park Hyuna! " kejut seseorang. Aku terus tersedar dari mimpi.

" Kau kenapa ni? " tanya Kim ditepi aku. Mukanya tampak risau. Rupanya ramai yang tengok aku waktu tu. Termasuklah Dreamies. Aku segera memeluk Kim. Kim kaku disitu.

" K-Kau dah kenapa Yun? " Kim menolak tubuhku perlahan menjauhinya.

" M-Maaf Kim.. " ucapku perlahan.

" Itulah, malam-malam orang tidur bukannya berjaga buat benda lain " kata Jiee sambil berjalan ke tempat duduknya.

" Kita dah sampai semuanya! " kata pengarah Baekhyun ceria. Aku memandang keluar tingkap bas. Jam ditangan turut aku lihat. Jam sudah menunjukkan waktu tengah hari.

Berpusu-pusu pelajar turun dari bas. Pengarah Baekhyun memberi beberapa taklimat penting sebelum menyuruh kami masuk dan memunggah barang ke dalam resort.

" Malam ini kamu nak buat aktiviti apa? " tanya tuan pengarah.

" Campfire lah pengarah " Yeonjun bersuara.

" Barbeque " Haechan pula bersuara.

" Okay saya setuju! Kita adakan barbeque dekat tepi pantai sana tu malam ni. Pakai lah apa-apa saja. Asalkan jangan buang tebiat nak bogel pulak. Saya campak ke dalam laut tu sorang-sorang " pesan pengarah Baekhyun.

" Baiklah! " sahut semua pelajar.

Seorang demi seorang mula mengangkut bagasi mereka masuk ke dalam resort masing-masing.

" Nak saya tolong? " tanya Haknyeon. Aku memandangnya.

" Ah nae. Boleh juga " balasku. Haknyeon mula menarik beg bagasi aku turun dari perut bas.

Baru Haknyeon dan aku nak pergi, datang lah seorang hamba ni kacau kitorang.

" Wah, Haknyeon hyung! Laju je kau " sakat si Yedam junior kelas YG. Begitu juga sahabatnya yang lain. Aku menunduk malu. Dalam masa yang sama risau akan sesuatu.

" Haknyeon-ah, mari aku bantu kau " kata Mark tiba-tiba. Alahai mula dah diorang ni.

" Ah, okay " kata Haknyeon dan memberi bagasi aku itu kepada Mark. Mark tersenyum ke arah aku.

Aku nampak si Haechan dengan Jisung pula datang ke arah aku. Wajah mereka jangan katakan lah. Mestilah jealous.

" Mark hyung. Awak tu dah berumur. Biar kami yang muda ni tolong angkatkan " Haechan merampas bagasi aku dari tangan Mark.

" Yah, Haechan! " marah Mark.

Datang lagi yang lain. Si Jaemin dan Jeno. Jaemin pergi langgar Haechan manakala Jeno merampas bagasi aku dari tangan Jisung. Aku menepuk dahiku.

Dah, berampas ke beg bagasi aku pulak diorang ni. Apabila suasana menjadi huru-hara disitu, aku cepat-cepat ambil beg aku dari tangan mereka.

" Cukup! " ujarku. Mereka segera berhenti.

" Nak tolong buat cara nak tolong. Berampas buat apa. Kalau rosak beg saya ni, nak ganti? Tak nak kan? Saya boleh bawak sendiri " maraku pada mereka.

" Yun, saya boleh tolong " Haechan bersuara.

" Terima kasih je " balasku menahan geram. Aku terus menarik bagasi aku berjalan ke arah resort.

Renjun mendekati aku tika itu. Ditepuk-tepuk perlahan belakang badan aku.

" Sabar lah ye. Mereka memang macam tu " katanya. Renjun tersenyum dan membantu aku hantar beg hingga ke dorm.

" Gomawo Renjun-ah " ucapku.

" Sama-sama. Jumpa malam nanti, pretty " katanya sambil melambai ke arah aku. Aku masuk ke dalam dorm. Aku tak rasa selamat juga sebab aku dapat satu bilik dengan Kim, Kayla dan Jiee. Kenapa lah aku disatukan dengan diorang ni. Risau aku.

Aku mula mengeluarkan baju-baju yang hendak aku pakai malam nanti. Kayla mula bersuara.

" Wah. Yun unnie sekarang dah famous lah. Jealous kita " katanya. Aku hanya tersenyum kekok mendengar kata-katanya.

" Untunglah famous " sambung Jiee.

" Tak ada lah. Saya mana buat apa-apa pun. Mereka yang nak bantu tadi " balasku.

" Untunglah ada orang nak bantu. Kita pikul sendiri je beg masuk bilik " kata Jiee lagi sambil membawa bajunya dekat Kim yang sedang menggosok baju mereka bertiga. Kim terus menyiku Jiee supaya berdiam.

" Berkawan dengan Dremies tu kene hati-hati sikit Yun. Masing-masing dah ada girlfriend. Nanti tak pasal-pasal girlfriend diorang salah faham " pesan Kim.

Masalahnya, aku lah girlfriend diorang tu. Diorang tu dimadukan oleh aku. Nasib korang tak tahu je lagi pasal tu.

" Haha, baiklah " balasku. Aku cepat-cepat kemas beg aku dan masuk ke dalam bilik mandi.

To be continued..

*
*
*
*
*

im back! sorry lambat update✊🏻 abaikan typo tu ye. biasalah~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro