Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☁️. 25

Sudah masuk tiga hari aku rasa tak sedap badan. Jantung aku berdegup kencang. Sakitnya tak terkata. Bila telan ubat, baru lah lega sikit. Lepastu dia jadi balik.

Pagi-pagi lagi aku sudah menghadap sinki. Mencuci darah yang keluar dari mulutku. Aku terbatuk tak henti-henti. Setiap kali aku terbatuk, mesti aku akan batuk berdarah. Lepastu rasa nak demam. Aku mulanya tak nak beritahu Irene pasal ini. Lama-lama dia dapat tahu sendiri.

" Yun, jom lah unnie hantar kamu ke hospital. Unnie risau lah tengok keadaan kamu ni. Dah masuk tiga hari kamu macam ni. Kita jumpa doktor Jeonghan ye " pujuk Irene. Aku tetap berkeras tidak mahu pergi.

" Tak pe lah unnie. Sikit je ni. Yun tak sedap badan je bukannya nak mati dah " kataku. Irene mencubit lengan aku.

" Jangan nak degil. Tukar pakaian dan kita pergi hospital sekarang jumpa doktor Jeonghan. Kalau kamu berkeras tak nak pergi, unnie heret je kamu. Tak ada dah rasa belas kasihan tu. Cepat tukar " arahnya.

Nak tak nak, aku ikutkan juga. Bukan secara rela tapi terpaksa sebab dipaksa. Haa gitu.

" Dah siap " kataku selesai menukar pakaian.

" Okay jom " katanya sambil menarik tangan aku.

Sesampainya di hospital, aku macam biasa lah akan berjumpa dengan doktor Jeonghan iaitu doktor peribadi aku.

Tok tok tok!

" Masuk " ujarnya. Salah seorang nurse masuk ke dalam bilik doktor Jeonghan.

" Ya ada apa? " tanyanya.

" Dok, Yun nak jumpa doktor " pesannya. Doktor Jeonghan mengarahkan aku masuk ke dalam berjumpa dengannya. Irene juga turut masuk ke dalam.

" Hi pretty " sapanya dengan senyuman manis.

" Ada apa nak jumpa saya? " tanyanya. Aku memandang Irene dan bertukar pandangan memandang doktor Jeonghan dihadapan aku.

" S-Saya rasa tak sedap badan. Dah masuk tiga hari saya tak ke kampus " jujurku. Okay, kalini nampak jujur sikit.

" Lah yeke. Mari saya check "

Doktor Jeonghan mengeluarkan alat pemeriksa suhu dan dimasukkan ke dalam mulut aku. Melambung naik suhu badan aku. Terkejut juga doktor Jeonghan melihatnya.

" Awak ada apa-apa terjadi tak masa duduk dekat rumah? " tanyanya.

" Selama tiga hari tu, dia kerap masuk ke bilik mandi untuk cuci darah. Yun ni dah start batuk berdarah, dok. Saya semakin risau tengok dia. Setiap kali saya ajak pergi jumpa doktor, dia tak nak " ujar Irene disebelah aku.

Ish makcik ni lah. Sibuk je nak menyampuk. Orang tua mana boleh menyampuk cakap orang muda.

" Ya tuhan, Hyuna. Kamu ni. Saya syak, penyakit awak ni dah semakin serius nampaknya. Saya takut ubat yang awak makan tu dah tak berkesan " kata doktor Jeonghan.

" Habistu, macam mana doktor? " tanya Irene.

" Saya akan tukar ubat baru untuk Yun makan. Kita dah jumpa orangnya. Cuma kami belum dapat jawapan yang sah dari empunya badan. Kene tunggu lagi beberapa hari untuk tahu jawapan dia " katanya.

Irene memandang aku. Kepala aku diusapnya lembut. Aku nampak air matanya mula bertakung ditubir mata. Berkaca-kaca matanya. Aku hanya mampu berdiam diri disitu. Aku sendiri takut untuk tinggalkan tinggalkan orang yang aku sayang. Inikan pula dia sendiri. Telapak tangannya aku genggam erat.

" Kalau itu yang boleh bantu saya untuk bertahan buat sementara waktu, saya tak kisah doktor. Asalkan proses pembedahan saya nanti akan berjalan dengan lancar sekali " ujarku sayu.

Senyuman paksa aku hadiahkan pada mereka berdua.

" Baiklah Yun. Saya akan segerakan proses kamu tu. Nanti akan ada nurse yang bagi ubat baru dekat kamu. Kamu tunggu saja di koperasi ubat ya. Jaga diri tu " pesannya. Aku mengangguk perlahan dan kami pulang ke rumah setelah mengambil ubat baru aku.

Irene masuk terlebih dahulu ke dalam rumah. Aku berjalan ke arah pintu pagar untuk membuang sampah.

Dari jauh, aku nampak ada satu figura sedang berjalan ke arah aku. Aku cuba mengecilkan mataku untuk melihat siapakah orang itu.

" Annyeong, Yun " sapa Renjun sambil tersenyum manis.

" Renjun. Awak buat apa dekat sini? " tanyaku.

Renjun menghulurkan aku sebuah beg kertas yang di dalamnya berisi makanan.

" Eomma saya masakkan sup dan beberapa lauk untuk awak. Saya bagitahu eomma yang awak tak sihat " katanya. Aku mengambil beg kertas itu dari tangannya.

" Saya nak pergi tengok Dreamies berlatih basketball ni. Alang-alang, saya singgah dekat rumah awak nan bagi makanan ni. Awak makan tau. Jangan sakit-sakit. Nanti saya risau " katanya.

" Terima kasih Renjun. Janganlah risau. Saya baik-baik saja " kataku menyedapkan hatinya. Renjun tersenyum mendengar kata-kataku.

" Okaylah. Saya gerak dulu ye. Jumpa dekat Daegu nanti " katanya dan ingin pergi.

" Renjun-ah " panggilku. Dia berhenti dan menoleh kebelakang.

" Love you.. " ucapku.

" Nado~ " balasnya dan melambai ke arah aku. Bayangannya terus hilang menuruni tangga pejalan kaki.

To be continued..

*
*
*
*
*

eceh~ belum start lagi adegan sedih-sedih nya. itupun kalau betul lah sedih😂 tunggu lah nanti Kim buat😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro