Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☁️ . 2

Mata aku tercelik luas tatkala terdengar bunyi sebuah ketukan dari luar pintu bilik.

" Kejap.. " ujarku dengan suara yang serak. Dengan muka yang dimaniskan aku memandang wajah jelita milik Irene di hadapanku.

" Oh, unnie. Masuk lah " pelawaku. Irene masuk ke dalam bilikku sambil membawa beberapa fail. Irene mengikutku melabuhkan punggung diatas tilam.

" Macam mana tidur? Lena tak semalam? " tanyanya. Aku mengangguk. Fail ditangannya dihulurkan kepada aku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

" Apa ni unnie? " tanyaku.

" Bukak lah sendiri " katanya. Fail sudah bertukar tangan. Kini aku membuka fail itu.

" Czennies Universiti? " berkerut dahiku ketika membaca tulisan yang tertera diatas kertas yang dihadapan sekali.

" Esok Yun dah boleh start hadir ke kampus macam biasa. Kampus ni paling dekat dengan kawasan tempat kerja unnie. Tak ada lah unnie nak drive jauh-jauh jemput awak " katanya.

" A-Ah..esok? " tanyaku lagi. Leher yang tak tidak gatal itu aku garu.

" Iya esok. Semuanya sudah diuruskan. Esok Yun hanya masuk dan belajar macam biasa. Boleh dah start cari kawan dekat kampus tu " kata Irene lagi. Aku hanya mendiamkan diri.

Sejak aku dilahirkan, kami memang hidup berjauhan dengan penduduk. Ayah seorang business men. Eomma pula seorang penjual barang kosmetik. Aku memang dilahirkan didalam keluarga yang serba mewah. Tapi aku tak suka mereka manjakan aku dengan kemewahan. Disebabkan itu, tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan aku. Aku sunyi.

" T-Tengoklah macam mana. Yun tak minat sangat nak bercakap dengan orang ramai " kataku. Irene menepuk bahuku perlahan.

" It's okay. Take your time, dear. Pergi mandi dan ikut unnie keluar pusing-pusing bandar nak? Unnue cuti hari ini " katanya. Aku mengangguk dan Irene berlalu keluar.

Selesai mandi, aku mengenakan beberapa pakaian yang simple. Ala-ala gadis biasa. Aku tak nak orang nampak sangat aku ni keturunan anak orang kaya. Maklumlah manusia dekat dunia ni perangai macam mana kan.

Simple right? Okay jom turun.

" Maaf lambat " ucapku. Irene sekadar tersenyum dan kami mulakan perjalan ke kawasan bandar.

" Dah lama tak jalan-jalan dekat sini. Urm, duduk dekat Busan pun Yun bukan keluar juga. Hidup sunyi lah katakan " kataku seorang diri.

" Okay, Yun bagitau unnie yang Yun nak pergi mana hari ini? Unnie bawakan " kata Irene.

" Really? Wah. Yun nak pergi book store boleh? Dah lama tak pergi tempat macam tu. Book store dekat sini besar dan luas " kataku gembira. Irene menurut permintaan aku.

Kami kini tiba dihadapan sebuah bangunan yang besar. Di dalamnya terdapat pelbagai barangan belajar. Ada perpustakaan, penjualan alat tulis ataupun lukisan dan segalanya. Aku memang suka tempat-tempat macam ni.

Aku dengan perasaan yang gembiranya, tangan Irene aku tarik untuk masuk ke dalam kawasan bangunan itu. Irene mengekeh ketawa melihat gelagat aku.

" Maaf lah unnie jika Yun berperangai macam budak biul ni. Yun auto macam orang kene sawan bila pergi tempat macam ni " kataku malu dengan kelakuan aku. Irene mencubit kedua belah pipuku.

" Aigoo~ Unnie tak kisah lah. Demi adik unnie seorang ni, unnie turutkan saja. Haa, silakan tuan puteri " katanya. Sebuah bakul kecil dihulurkan kepadaku.

Aku capai dan terus naik ke tingkat dua. Dimana terletaknya buku-buku pelbagai jenis cerita. Rambang mata aku tengok buku-buku disitu. Habis pula duit Irene aku kerjakan nanti.

Irene pula berada ditingkat paling bawah, iaitu alatan lukisan. Hobi Irene memang melukis. Macam-macam lukisan yang ada dekat dalam galeri belakang rumah dia tu.

Elok sangat lah. Si kakak minat melukis, si adik suka membaca. Macam ada keserasian disitu. Haha!

Seharian aku rasa kami habiskan masa berdua di tempat itu. Bagaikan disyurga guys!

Masa aku nak turun dekat kawasan Irene berada, seorang budak lelaki sepertinya muda dari aku telah melanggar aku dari tepi. Hampir bergolek aku di escalator tu. Nasib baik aku seorang yang tangkas. Tak ada lah berterbangan buku dan alatan tulis yang aku nak beli tu.

" Eh, sorry. Alahai, salah saya. Mari saya tolong awak bangun " katanya mesra. Lengan aku dipapahnya untuk bantu aku bangun.

" Maafkan saya awak. Saya betul-betul tak sengaja " katanya tak henti bungkukkan badan pada aku. Alah brader ni. Tak mati pun lagi aku dibuatnya.

" Eh, tak pe. Saya pun tak terluka mana-mana. Awak okay? " tanyaku pula. Kepalanya diangkat memandang aku dihadapannta. Tercegang aku apabila wajahnya terlihat.

" Omo. Adakah ini bidadara yang cuba tolong aku? Hshshshsh! " desisku dalam hati.

" Awak? " tangannya dilambai-lambai dihadapan muka aku. Apabila aku masih termenung memandang wajahnya, dia cuba menjentik dahi aku. Terus aku kembali ke dunia realiti.

" Sakit lah! " marahku.

" Ah, mianhae~ Saya terpaksa pergi. Maafkan saya pasal tadi tau! " ujarnya dan terus berlari turun ke bawah.

Aku memegang dahi aku yang terasa perit disebabkan jentikan maut budak lelaki itu.

Apabila aku teringat akan wajahnya, muka aku tiba-tiba memerah bagaikan pakai blushing setebal 10 inci. Irene datang mendekati aku dan menegur aku.

" Dah kenapa ni? Tak sihat ke, Yun? Muka awak merah ni " katanya risau. Aku memegang pipi aku. Iya, terasa panas betul. Teruk betul aku ni berkhayalnya.

" T-Tak lah. Jom bayar dan balik terus " kataku cuba menukar topik. Aku terus menarik Irene untuk membuat bayaran.

To be continued..

*
*
*
*
*

done double update harini! camne cerita dekat atas tadi? okay ke tak? cliche en? HAHAHAHA! tau-tau. enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro