Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☁️. 15

Setahun sudah berlalu. Hubungan percintaan aku dengan Dreamies masih tidak diketahui sesiapa pun termasuk rakan baik mereka iaitu Kim, Kayla dan Jiee.

Walaupun terkadang itu hampir terkantoi juga gara-gara sikap cuai Dreamies sendiri, aku tetap berjaya menutupnya semula.

Bukan senang sebenarnya ada ramai teman lelaki ni. Macam mana lah perempuan-perempuan dekat luar sana tu boleh terfikir nak jadi playgirl.

" Hey, termenung apa tu si comel? " tegur Mark. Aku memandangnya yang berada dihadapan aku.

" Tak ada apa-apa. Macam tak percaya je yang kita ni dah bersama selama setahun kan " kataku dengan sebuah senyuman terukir diwajah. Begitu juga Mark.

" Tengok lah siapa pujaan hati si gadisnya " balas Mark. Satu kenyitan mata dihadiahkan kepada aku.

Sejak semalam lagi Mark mengajakku untuk keluar makan malam berdua dengannya.

" Iyelah, Markeu-ssi " kataku. Bunyi tawa Mark meletus juga.

" Makan banyak-banyak okay. Awak duduk dekat rumah tu jarang makan " kata Mark.

" Diet lah " balasku. Mark menjeling tajam ke arah aku. Mark sebenarnya paling benci kalau aku diet. Katanya aku sudah cukup kurus untuk berdiet bagai.

" Ah, kenyang~ " ujarku.

" Seriously? Awal nya kenyang " kata Mark.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi masuk panggilan. Aku mengeluarkan telefonku dari poket seluar.

Hampir tercekik aku disitu kerana nama Renjun mula muncul diskrin telefon. Mark cuak tengok aku berkelakuan macam itu.

" Hey, hey! What's wrong dear? " tanyanya cemas.

" A-Aniya. Saya jawab calk sebentar boleh? " tanyaku. Mark segera mengizinkan aku. Aku berjalan keluar dari restoran dan menjawab panggilan telefon Renjun.

" Yeoboseyo? "

" Chagiya~ Odiega? " tanyanya disebalik telefon.

" Saya? Err, saya... " aku cuba loading ayat-ayat yang untuk aku utarakan padanya.

" Saya? " tanya Renjun.

" Hah, saya ada dirumah mak sedara saya. Waeyo Renjunie? " tanyaku setelah menipunya. Aku menepuk dahiku perlahan.

" Ah yeke. Takde. Saya ada di depan rumah kakak sepupu awak ni. Just nak hantar makanan untuk awak. Saya baru pulang dari kelas malam. Alang-alang tu saja singgah depan rumah kakak sepupu awak ni " ujarnya.

Lah, sanggup betul dia lalu sejauh itu. Apalah kau ni Renjun-ssi. Macam mana ye?

" A-Ah~ Yeke. Gomawo uri sweet namchin! " ucapku dengan nada suara yang gembira.

" Saya sangkut dekat pagar sebelah dalam ye. Balik nanti awak makan lah " pesannya.

" Ah, nae~ Gomawo~ "

" Saya balik dulu. Saranghae~ " luahnya. Blushing aku.

" Nado.. " balasku. Lalu talian ditamat oleh Renjun sendiri. Aku melepaskan keluhan lega.

" Nasib baik.. Oh! Mark "

Aku kembali masuk ke dalam restoran setelah selesai jawab call Renjun tadi. Wajah Mark aku pandang.

" Nugu? " tanyanya.

" Hurm? Ah, Irene unnie call " tipuku.

" Wae? " tanyanya lagi.

" Dia baru nak balik kerja katanya " tipuku lagi. Aku dah tak tahu nak tipu apa. Maafkan saya unnie!

" Bukan harini sepatutnya Irene noona cuti ke? " tanya Mark. Deng! Matilah aku.

" Aniya! Aniya-aniya. Katanya pagi tadi ada kes baru dekat balai. So dia terpaksa kerja juga. Urm " kataku.

" Ah, yeke. Kesian Irene noona. Baru nak cuti dah kene kerja kan " kata Mark.

" Ha'ah, betul tu. Haha.. " aku memandang ke arah sisi lain.

" Saya buat bayaran dulu ya " ujarnya. Aku mengangguk dan memandangnya pergi.

Aku hanya memerhati Mark dari meja makan. Bunyi notifikasi yang masuk menganggu aku. Kali ini nama Jeno pula naik di skrin. Time macam ni lah dia nak chat aku bagai.

Apabila Mark selesai membuat bayaran, lengannya aku paut dan kami jalan keluar dari restoran.

" Thank you, babe " ucapku.

" For? " tanyanya.

" Dinner " kataku. Mark tertawa kecil melihat aku. Pipi aku dicuitnya lembut.

" That's cute Honey " katanya.

Sepanjang perjalanan aku dan Mark pulang ke rumah, Mark tah henti-henti buat lawaknya yang tak berapa nak lawak bagi aku. Aku paksa untuk ketawa. Jahat sangat kalau aku tak bagi respond apa-apa kan.

Ketika kami melewati tapak pejalan kaki yang berdekatan dengan tangga menghala ke rumah aku, aku mendengar derapan kaki seseorang menuruni tangga itu.

Jantung aku tiba-tiba berdegup kencang. Selalunya Dreamies je yang suka buat jantung aku tak berdegup dengan normal ni.

Setapak demi setapak kami mara kehadapan. Alangkah terkejutnya aku apabila aku nampak wajah Renjun sedang menuruni tangga itu.

Cepat-cepat aku tarik Mark untuk berjalan laju kedepan melepasi tangga. Renjun nampak nanti, mampus aku.

" Yah, what's wrong dear? " tanyanya perlahan. Aku tak pedulikan soalannya.

Apabila sudah berasa jauh sedikit dari kawasan Renjun berada, aku berdiri dihadapan Mark dengan satu senyuman.

" Hey, you weird tho. Kenapa? " tanyanya. Aku buat-buat ketawa tanpa sebab.

" Saja. Teringat masa kita mula-mula kenal dulu. Kita kan suka jalan-jalan dekat sini sebelum saya balik rumah. Don't you remember that? " tanyaku. Walhal, sikit pun aku tak ingat sejak bila kami bercinta. Tahu-tahu je pergi kampus dah jadi girlfriend mereka bertujuh tu.

" Really? Bukan ke kita selalu jalan dekat tangga sana ke? Entahlah. Tak ingat sangat " katanya. Aku menarik nafas lega.

" Dah, jom lah balik " kataku.

" Suddenly? " tanya Mark.

" Eung. Puas dah jalan-jalan. Esok nak masuk kelas pagi and petang " ujarku. Mark hanya mengakur sahaja.

Mark menemani aku hingga pulang ke rumah dengan selamatnya.

Setelah Mark pulang, aku membuka telefon aku yang mendapat chat dari dua insan yang aku sayang. Iaitu Renjun dan Jeno.

" Haaa~ Nyari-nyaris nak terkantoi tadi "

" Alah, terpaksa keluar lah ni? Aku dah lah kenyang lagi ni. Alahai Jeno-ssi. Nasib baik sayang kau "

Aku masuk ke dalam untuk menukar pakaian yang lain memandangkan Jeno mengajakku untuk keluar menemaninya.

Selesai menukar pakaian, aku keluar ke pagar rumah. Kehadiran Jeno yang memeluk aku dari belakang secara tiba-tiba itu membuatkan aku terjerit kecil. Aku laju saja memusing kearahnya tatkala suara gelak tawanya meletus. Dadanya aku pukul.

" It's not fun, babe! " marahku. Jeno punya gelak tu tak boleh bawak bincang betul. Aku memasang wajah dingin padanya.

" Okay-okay. Sorry chagiya~ " ucapnya. Jarinya menyucuk-nyucuk kedua belah pipi aku. Satu je kelamahan aku. Senyuman eyesmile dia tu. Jujur, lemah betul aku.

" Dah, nak jalan-jalan ke tak ni? " tanyaku. Jeno mengangguk macam kanak-kanak kecil. Telapak tanganku digenggamnya erat sekali. Aku tersenyum lagi.

Kami berdua memulakan perjalanan singkat malam itu.

To be continued..

*
*
*
*
*

hek hek! sedih aku takde pakwe macam diorang tu🤧 nak satu, tapi takde sapa pun nak aku. HAHHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH TIBEH- part Jeno akan bersambung di next bab😚

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro