
☁️. 13
Jam telah menunjukkan waktu habisnya kelas petang untuk sesi pertama. Maknanya waktu aku belajar sudah habis.
Aku mengemas beg belajar aku dan segera berlalu ke loker. Disusun dengan kemas semua buku belajar aku. Aku tak suka sangat benda bersepah. Sakit mata aku tengok.
" Hot sauce la la la.. "
Aku menyanyi kegirangan kerana semangat nak balik. Bukan apa pun. Tanpa aku sedar, ada makhluk tuhan ni duk bersandar ditepi loker aku.
" Noona " panggilnya. Terloncat aku terkejut.
" Yah, kamchagia " kataku memandangnya.
" Awak buat apa dekat sini? " tanyaku sambil memandang ke luar kawasan bilik loker.
" Tunggu noona lah " katanya.
" Buat apa tunggu saya? Saya dah habis kelas dah pun " kataku. Beg aku galas ke bahu dan ingin keluar. Jisung mengikut aku disebelah kiri aku. Aku memandangnya.
" Wae? " tanyanya dengan muka yang innocent dia tu.
" A-Ani. Kenapa ikut noona? Mana kawan-kawan awak yang lain? " tanyaku.
" Ah, Dream hyung ada kelas mereka sendiri. Saya dah habis kelas. Hehe " katanya. Patutlah ada je dekat sini.
" Oh yeke. Urm, okay lah kalau macam tu. Noona balik dulu ya " ujarku dan ingin pergi. Tetapi tangan sempat meraih lengan aku dengan lembut. Kaki aku berhenti melangkah kedepan. Wajahnya aku pandang. Sepertinya dia mahukan sesuatu.
" Kenapa ni? " tanyaku.
" Boyfriend awak ni nak girlfriend dia elus kepala dia sebelum balik " katanya. Mukanya naik kemerahan. Alah, comel!
Eh jap. B-Boyfriend? Jisung junior kelas SM-02 ni teman lelaki aku?! Wahhh, daebak-daebak. Macam tipu tapi nampak real.
" N-Nae? " tanyaku blur. Lengan aku ditariknya. Kepala dia tunduk kebawah. Badanya dibongkokkan sedikit. Telapak tangan aku elok dia daratkan di atas kepalanya.
D-Dia nak aku belai kepala dia ke apa? Kau manusia ke kucing dik?
" Nak " pintanya dengan manja.
" Huh? " serius aku memang tak faham apa yang dia nak. Dia nak aku tampar dia ke apa? Takkan lah.
" Noona. Awak selalu buat macam ni sebelum noona balik dari kolej. Takkan dah tak ingat, hurm? " katanya. Aku hanya turutkan permintaannya
Perlahan-lahan tangan aku mengelus rambutnya. Lembut. Sangat lembut. Ada juga aku tarik rambut budak ini nanti. Aku boleh nampak telinga dia dah bertukar merah. Malu-malu kucing tapi nak juga belaian.
" Cukup? " tanyaku sambil tersenyum. Jisung mengangguk gembira.
" Gomawo, noona~ " ucapnya. Ah, aku pulak yang blushing sekarang ni. Jisung terlalu comel untuk aku gigit. Eh, tak-tak.
" Noona, saya balik dulu. Noona hati-hati ya. Bye~ " ujarnya sambil melambai kearah aku. Aku turut membalas lambaiannya. Tersenyum sorang-sorang lagi aku.
" Rapat betul ya awak dengan budak maknae tu " tegur seseorang. Suaranya sangat garau. Dia kini berdiri dihadapan aku.
" J-Jaemin-ah "
Lengan aku dipegangnya dan dia menarik aku ke kawasan bilik loker para pelajar. Diorang ingat aku ni anak patung ke nak main tarik kesana kesini.
" B-B-Bwoya? " tanyaku. Tanpa berkata apa-apa, Jaemin terus memeluk aku. Terus terkaku aku disitu. Mulut aku bagaikan terkunci. Lidah kelu tanpa air liur.
" 2 minit " katanya dengan suara perlahan. Aku hanya akur. Lama-lama aku dengar Jaemin mengeluh ditepi telinga aku.
" Jangan biarkan boyfriend awak seorang ni jealous. Saya tak nak marah. Awak tahukan saya macam mana " katanya. Asudah, jangan kata dia jealous tengok aku dengan Jisung tadi. Masalah sekarang ni, Jisung tu pun mengaku pakwe aku. Ni kau pulak, Jaemin.
Selepas 2 minit berlalu, Jaemin melepaskan pelukannya dari aku. Rasa kehangatan pelukannya masih tersisa diseluruh tubuh aku. Kedua belah bahu ku dipegangnya. Pipi aku turut dielusnya lembut.
" Mian.. " itu saja ayat yang mampu aku luahkan padanya. Aku takut dia bakal marah pada aku sebab dia jealous. Aku mula rasa sebak.
" A-Aniya. Uljima babe~ Saya tak marah lah. No no~ " Jaemin cuba menenangkan aku yang sudah mahu menangis itu.
Tangan aku dielusnya. Digenggam dengan penuh kasih sayang. Sesekali dia meninggalkan ciuman dibelakang tangan aku. Aku dapat rasakan aura penuh kasih dalam diri Jaemin. Aku bahagia dalam masa yang sama aku sedih. Iyelah, semua ni kan berlaku hanya disebabkan hajat bodoh tu.
Tak mengapa, selagi aku boleh kawal, semua akan berada dalam keadaan yang baik-baik saja.
Tiba-tiba telefon milik Jaemin berdering. Jaemin mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluarnya. Terlihat nama Jeno naik diskrin telefonnya. Jaemin memandang aku.
" Angkat je lah " kataku.
" Sebentar ya " katanya.
" Eo wae? Ah okay-okay. Aku balik sekarang " katanya. Lalu talian ditamatkan.
" Babe, saya perlu balik dorm segera. Parents saya datang nak jenguk saya. Nak ikut? " tanyanya.
" Ah takpe. Saya pun nak balik rumah dah ni. Awak balik je lah " kataku. Jaemin tersenyum memandang aku.
" Okay. Take care " katanya dan terus berlari keluar. Aku melepaskan keluhan lega. Tiba-tiba dada aku berdenyut. Aku memegang dada aku.
" Ah, sakit.. " aku mengeluarkan ubat aku dan ditelannya dua biji bersama air mineral.
Bunyi deringan notifikasi mesej masuk ke dalam telefon mencuri perhatian aku.
" Oh, Markeu? " aku melihat namanya naik.
" Alahai. Sweet betul lah dia ni. Nak balik sekali ya. Okay, girlfriend awak datang ni~ " kataku dengan gembiranya dan berjalan keluar dari bilik loker.
To be continued..
*
*
*
*
*
hehe, saya kembali mengupdate lagi gais💚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro