Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☁️. 12

Aku memandang Haechan yang dari tadi duk berkepit dengan aku. Risau juga aku jika ada orang lain yang nampak keadaan kami sekarang ni.

" Haechan-ssi "

" Urm? "

" Boleh tak awak duduk situ. Kenapa mesti nak berkepit macam ni? " tanyaku. Lengan aku sedaya upaya aku tarik dari pegangannya.

" Oh wae? Awak tak suka? " tanyanya.

" A-Aniya. Just, saya nak study " kataku. Haechan akhirnya melepaskan pelukan dilengan aku. Dia berginjak duduk berhadapan dengan aku. Ditenungnya wajah aku yang tengah study. Sesekali aku memandangnya sekilas.

Biarkan dia duduk disitu. Kalau duduk macam tadi, mau kene tangkap basah kitorang berdua. Tak nak aku kahwin awal. Tak puas lagi jadi remaja ni.

Aku memalau Haechan sejak dia ikut aku tadi hingga lah berjam disitu lamanya. Aku kalau dah dapat hadap buku, hurm memang orang atau benda yang berlaku dekat sekeliling ni aku abaikan saja.

" Chagiya~ " panggilnya. Aku tidak hiraukan panggilan manjanya. Nak saja aku sahut tapi tak boleh. Aku nak fokus pada study dulu baru dia.

" Yun-ah~ Saya bosan ah " rengeknya. Jari jemarinya gatal sangat nak bermain dengan jari-jari aku.

" Pergi lah ambil buku then baca. Hilang lah bosan awak tu " kataku.

" Tak nak. Nak awak layan saya je " katanya lagi. Aku melepaskan keluhan berat. Nak marahkan, sayang pulak. Dah elok jadi teman lelaku nanti menyesal ditinggalkan. Sabar je lah.

" Sini " aku menepuk kusyen disebelah aku. Haechan memandang aku tanpa berkelip.

" Duduk lah sini " kataku. Haechan tersenyum lalu bangun dan berjalan ke tempat duduk sebelah aku.

" Bagi Yun study kejap, lepasni Yun teman awak okay? " pujukku. Kepalanya aku usap perlahan.

Haechan mengangguk dan membiarkan aku study buat seketika waktu. Hampir sejam juga lah untuk aku siapkan assignment aku tadi. Haechan pula sudah tertidur disebelah aku.

" Ah~ Akhirnya siap pun. Oh? "

Aku meletakkan pen ke dalam bekas pensel aku semula. Buku-buku yang berselerak diatas meja aku kemas semula. Perlahan-lahan aku menarik kertas yang ada di bawah lengan Haechan. Takut dia tersedar saja. Dan berjaya juga aku tarik.

Wajahnya aku tenung sepuas hati. Comel. Sebab itu lah aku suka dekatnya. Walaupun kadang tu menyakitkan hati, tapi ada rasa sayang dia dekat aku tu meninggi sangat.

" Usik sikit takpe kan " ujarku dalam nada berbisik.

Jari jemari aku perlahan-lahan merangkak ke arah hujung rambutnya yang menutupi mata Haechan. Diselak ketepi supaya matanya kelihatan. Alah, comel lah dia ni. Culik kang baru tahu.

" Kenapalah Kim reject awak erk? Ke awak bukan taste dia? " tanyaku masih dalam suara berbisik.

Tiba-tiba Haechan bergerak sedikit. Aku memanggil namanya dengan suara yang saja diperlahankan.

" Haechan-ah~ "

" Haechan-ah~ "

" Urm~ " rengeknya. Kau tunggu Lee Haechan. Jangan sampai aku masukkan kau dalam karung lepastu bawak balik.

" Haechan. Yah, bangun " kejutku. Haechan membuka matanya perlahan-lahan.

" Oh..? " Haechan loading tika itu.

1..2..3

" Oh! Alamak~ Maaf awak. Saya terlelap pulak " katanya meminta maaf tanpa henti. Aku hanya tersenyum melihatnya.

" Saya baru je selesai. Kebetulan awak bangun " kataku.

" Ah, sekejap je lah saya terlelap iye. Hahaha " katanya. Padahal, nak dekat sejam tu juga lah dia tidur.

" Dah jom. Tadi saya kata nak teman awak pula kan? Jom " kataku. Lengannya aku tarik. Suka betul dia.

" Saya nak beli ais krim. Awak nak? Ke diet? " tanyanya ditambah dengan gurau.

" Boleh je " kataku.

Aku dan Haechan berjalan ke koperasi untuk membeli ais krim. Aku mahu mengeluarkan duit aku tapi Haechan dah siap bayar. Dasar.

" Kenapa tak tunggu saya bagi duit? " tanyaku.

" No, no. Saya boyfriend awak. Jadi saya kene belanja " katanya. Aku mengeluh.

" Okay 'Boyfriend Saya' " kataku. Saja menekan ayat itu. Haechan menekup mulutku.

" Jangan cakap kuat-kuat. Nanti orang dengar lah " ujarnya perlahan. Aku menepis tanganya dari terus menekup mulutku.

Masalahnya sekarang ni, bukan dia seorang je yang jadi pakwe aku. Ada dua orang dah menyusul sebelum dia. Belum lagi yang lain.

" Okay, maaf " ucapku.

Haechan membetulkan scarf dikepala aku. Katanya benda tu senget.

Tiba-tiba kelibat Jisung muncul di sebalik koperasi. Aku dan Jisung bertembung tatapan mata. Dia terkejut tengok Haechan dengan aku. Manakala aku terkejut tengok dia muncul macam tu je.

" Apakah semua ini?! " katanya. Haechan memusing kebelakang menghadap Jisung.

" Jisung-ah! Hehe, nak kemana? " tanya Haechan menukar suasana yang hampir terkantoi sebentar tadi.

" Jangan nak tukar topik hyungnim " katanya. Aku hanya diam membisu. Air liur berkali-kali aku telan. Jangan lah Jisung cam status kami sekarang ni.

" A-Apa? Mana ada tukar topik " bidas Haechan. Jisung mengecilkan matanya.

" Oh, secara senyap-senyap erk korang ni " katanya. Mata aku terus memandang Jisung dan Haechan. Okay, matilah aku kali ini.

" A-An "

" No. Sampai hati tak nak beli untuk Jisung satu. Nak jugak ais krim " marahnya. Tercengang aku disitu.

Mati-matian aku ingatkan dia dah tahu status kami berdua tadi. Rupanya nak ais krim je. Lah, buat suspend je anak Park ni.

" A-Ah..boleh-boleh. Pergi mintak dekat kaunter sana. Haechan belanja " kataku. Haechan memandang aku dengan mata yang membulat. Dia memberi satu isyarat pertanyaan kepada aku.

' Serius lah? '

' Palliwa! ' balasku.

Haechan mengeluh. Akhirnya dia mengalah.

" Nah duit. Pergi beli sana " kata Haechan menghulurkan Jisung duit lebihnya. Aku mendekati Haechan.

" Nasib baik sayang tau " katanya. Matanya menjeling ke arah lain. Aku tersenyum ke arahnya. Kelihatan Haechan mahu beredar tapi aku tahan lengan dia.

" Nak pergi mana? " tanyaku.

" Nak pergi gelanggang. Ada latihan petang ni " katanya dengan nada suara yang garang. Eleh, nak merajuk lah tu.

" Maaf.. " ucapku. Aku menunjukkan puppy eyes padanya. Haechan menarik nafas sedalam-dalamnya. Telinganya memerah menahan malu.

" Jangan buat muka macam tu. Gigit nak? Dah, saya pergi dulu. Love you~ " ucapnya dan terus pergi.

Oh iya. Aku lupa dah dekat si Jisung tadi. Nampaknya dia masih berada di dalam sana. Benda apa pula dia beli tu? Tengok lah.

To be continued..

*
*
*
*
*

udpate update update💃

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro