Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☁️. 11

Gara-gara terlajak date dengan Renjun pagi tadi, aku dah lambat nak masuk kelas sastera. Nak bersweet sangat konon. Haa, kan dah lambat masuk kelas.

Aku berlari selaju yang boleh. Hampir beberapa minit saja lagi waktu kelas akan bermula.

" Maaf saya lambat! " ujarku setibanya dimuka pintu kelas.

Tanpa berlengah, aku segera berjalan ke meja belajar aku. Aku tahu tiada siapa yang kisah kehadiran aku disitu. Lantak lah. Yang penting aku tak terlewat sesi pembelajaran hari ini.

" Hah~ Penat betul " ujarku dengan suara yang tersekat-sekat. Dada aku terasa sakit yang amat. Lupa sendiri ni ada masalah jantung.

" Nah " tiba-tiba ada satu tangan hulur sebotol air mineral kepada aku. Aku toleh ke arahnya.

" President! " kataku lalu membetulkan kedudukan aku.

" President? Bwoya~ Kita dah bercinta lama kan. Kenapa stil nak panggil saya President bagai " kata Chenle dengan wajah yang sedih.

" Ah. K-Kita? B-Bercinta? " tanyaku. Chenle memandang aku dengan wajah yang hairan.

" Are you okay dear? Semalam mimpi apa sampai tak ingat kita sedang bercinta dalam diam ni? " tanyanya. Botol air tadi dia serahkan pada aku setelah dia membukakan penutup botol itu untuk aku. Alah, so gentlemen. Aku mengambilnya.

" Minum. Biar segar sikit otak awak tu. Itulah, tidue lambat lagi " katanya. Eh, sejak bila aku tidur lambat.

" M-Mana ada saya tidur lambat " balasku menidakkan ayat-ayatnya sebentar tadi. Chenle memandang aku dengan pandangan tidak puas hati. Mukanya didekatkan pula dengan muka aku. Asudah anak orang ni dah kenapa?

" O-Okay.. " aku mengalah juga. Chenle tersenyum girang.

Aku hanya memerhatinya yang sedang mengumpul buku-bukunya dan disusun di atas meja. Baru aku perasan akan sesuatu yang aneh. Aku sekarang sudah jadi tablemate Chenle begitu pantas iya. Tak nak berjauhan dengan awek dia lah tu. Ecececece~

" Saya gerak dulu ya " katanya. Aku memaut lengannya.

" Eh, awak nak pergi mana? " tanyaku.

" Saya nak masuk kelas music saya lah, Sayang " katanya dengan nada suara yang lembut sekali. Ya Tuhan. Bergegar tulang rusuk aku.

" Awak risaukan saya? " tanyanya. Aku tak balas apa-apa lagi dia dah sambung ayat dia.

" Trust me, okay " katanya dengan satu senyuman manis. Terkebil-kebil mata aku memandang Chenle beransur pergi.

Aku mengurut dadaku lega. Botol air yang diberi oleh Chenle tadi aku pandang semula. Satu senyuman aku ukirkan diwajah.

" Yah. Happy sangat tu kenapa? Crush bagi air je pun " kedengaran suara Kim mengusik aku dari belakang. Eh dia ni.

" Mana ada lah. A-Aku pandang je botol air ni. Jangan memandai nak tafsir benda yang bukan-bukan " bidasku. Malu lah aku kalau dia tahu tentang status kami berdua nanti.

" Eleh, kalau suka tu cakap je lah suka. Ini kak tirek lah " katanya dengan lagak swag yang saja digayakan. Tergelak kecil aku disitu.

Tibalah kedatangan pengarah Joon untuk mengajar pembelajaran seterusnya.

Setelah dua jam setengah juga aku belajar tadi, akhirnya dapat berehat buat seketika. Hari ini aku hanya satu kelas sahaja. Lepastu dah tak ada kelas. Hanya tunggu nak balik je nanti.

" Aku nak ke library tau. Kau ada kelas lagi ke lepasni Kim? " tanyaku.

" Hurm? Tak lah. Aku ada latihan sukan lepasni. Kau kalau bosan, datang je lah ke gelanggang basketball sana " katanya. Aku hanya mengangguk dan melihat Kim pergi.

Aku pula berkemas-kemas nak ke perpustakaan untuk membaca. Itu saja hobi yang aku ada. Tak membaca, study lah. Nampak cliche, tapi itu hakikatnya.

Dalam perjalanan aku nak ke perpustakaan, ada seseorang mengikuti aku dari belakang secara senyap-senyap. Aku dengar je bunyi tapak kaki dia. Lepastu bayang-bayang dia jelas sangat. Aku memberhentikan langkah aku dan menoleh ke belakang.

" Aish, Chenle " marahku. Chenle datang mendekati aku.

" Tahu saja dia orang ikut senyap-senyap erk " katanya.

" I'm your girlfriend, remember president Zhong " kataku saja mengingatkan status kami.

Aku rasa tenang dengan Chenle. Dia ada ciri-ciri seorang teman yang baik sekali. Dia suka meletakkan kepercayaan dia pada aku. Selalu caring pasal orang yang dia sayang. Untungnya aku dapat bercinta dengan dia sekarang.

" Ehem ehem " tegur seseorang pula.

" Kamu berdua buat apa dekat sini? " tanya Haechan. Suaranya disajakan menjadi garau.

" Ah, hyung. T-Tak ada. Saja sembang-sembang dengan Yun ni " kata Chenle. Haechan memandang Chenle dengan pandangan yang tidak boleh dikalahkan.

" Er, Yun, saya pergi dulu okay. Jumpa dekat kelas esok pula " kata Chenle dan ingin berlalu. Pelik juga dengan dia ni kekadang. Aku memandang Haechan.

" Shall we? " tanyanya. Lengan aku dipaut erat oleh Haechan.

" Awak nak kemana? " tanyaku.

" Teman Bubu saya pergi perpustakaan " katanya dengan suara yang manja.

" B-Bubu? " tanyaku. Haechan mengangguk. Aku menunjuk diriku dan dia mengangguk. Pipi aku dicubitnya perlahan. Iya tahu pipi aku tak cukup lemak ni.

" Berangan apa? Boyfriend depan mata awak ke Bubu sayang " katanya. Membulat mata aku kini.

Dah, ini pakwe aku yang keberapa dah ini? Banyak nau..

To be continued..

*
*
*
*
*

fuhh~ pakwe ramai mesti bestkan. astaga. kemon ah, kita pun banyak bias apa. hehe~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro