☁️. 10
Aku tersedar dari tidur yang lena dek kerana mimpi yang pelik itu.
" Dah kenapa aku mimpi pakcik goblin mana entah datangnya? " ujarku seraya bangun dan berdiri di hadapan tingkap bilik.
Aku memandang ke garage kereta milik Irene. Keretanya sudah tidak kelihatan. Mungkin dia sudah berangkat ke tempat kerja.
Diikutkan, jadual kelas aku pagi sebenarnya untuk sesi hari ini. Tapi, last minit semalam aku dapat mesej dari group kelas aku mengatakan aku disuruh masuk petang. Beruntungnya aku.
Aku berhajat ingin sambung tidur kerana hari masih awal. Aku kan masuk kelas petang hari ini.
Tak sempat sesaat aku nak lelapkan mata, bunyi notifikasi mesej masuk berkali-kali tanpa hentinya. Terkejut juga aku. Sejak bila ada orang nak mesej aku ni?
Aku capai telefon bimbitku dan melihat ke arah skrin telefon. Alangkah terkejut beruknya aku disitu. First, aku agak terkejut. Second, aku rasa bahagia secara tiba-tiba. Nak tahu apa? Ini dia.
* mesej from Mark *
* mesej from Renjun *
* mesej from Jeno *
* mesej from Haechan *
* mesej from Jaemin *
* mesej from Chenle *
* mesej from Jisung *
Muka aku sekarang jangan ditanya macam mana. Boleh dijadikan tempat pemanas air dah.
" Apa semua ni?!! " jeritku dalam bilik. Tiba-tiba aku teringatkan tentang mimpi yang aku alami malam semalam.
" Eh jap. Itu mimpi ke..... "
Aku bergegas turun dari katil dan mencari beg belajar aku. Di dalamnya masih terisi buku yang misteri itu.
" J-Jadinya..a-aku tak bermimpi lah ni? "
Kali ini aku menyentuh permukaan leherku. Ternyata mimpi itu bukan sekadar mimpi sahaja. Aku benar-benar memakai rantai pelik itu. Aku kembali naik ke atas katil aku. Berkali-kali aku tengok chat yang baru saja aku dapat.
" Dah lah sekali gus hantarnya. Ingat sweet sangat ke macam tu? " ujarku. Mula lah nak senyum sorang-sorang macam orang gila.
" Hehe, behave yourself Yun. Jangan nak happy sangat. Calm yourself first. Now, fikirkan apa perlu kau buat dulu. Oh ye, Renjun ajak aku pergi breakfast dengan dia. Kene bersiap lah ni? Halah~ "
Aku merungut-rungut sepanjang bersihkan diri dalam bilik mandi. Dalam rungut tu, ada juga rasa bahagia yang mendatang. Gila tak suka. Apa yang aku nak, aku dapat kot. Hehe, sorry macam psycho pulak.
Selesa mandi, aku segera bersiap-siap. Kali ini, penampilan aku bukan besye-besye dah. Almaklumlah sudah taken orang kata. Ceh!
" Renjun suka warna apa erk? Hurm.. " aku berdiri dihadapan almari pakaian aku. Puas diselak-selak segala pakaian yang tergantung itu. Dan akhirnya aku jumpa pakaian yang aku rasa sesuai untuk first date.
Semangat aku nak bersiap hari ini. Iyalah, sekarang kan aku dah ada pakwe-pakwe yang kacak. Hehe. Suka sangat.
" Okay dah kot? Camni ke kalau girl date dengan boyfriend dia? Macam ni lah kot. Lantak lah "
Aku mencapai beg tangan kecil aku dan disandang ke bahu. First time pakai macam gegerl gitu~
Aku menaiki grab untuk ke tempat yang Renjun kasi lokasi kepada aku sebentar tadi.
Sesampainya disana, aku tak nampak pun batang hidungnya Renjun. Bayang pun tak muncul dari tadi. Ke aku kene scam dengan pakcik goblin tu?
" Hey " sapa seseorang dari belakang aku.
" Omo! Terkejut saya " ujarku apabila hidung aku berselisih dengan hidung Renjun. Kau jangan nak macam-macam Renjun. Ini first time kita date ni. Gelojoh nampak.
" Ah, maaf. Baru sampai? " tanyanya. Aku mengangguk.
" Saya bawakkan makanan untuk kita breakfast berdua. Ta daa~~ " Renjun mengangkat beg kertas yang dalamnya berisi makanan kepada aku.
" Wah, so cool! Kita nak makan dekat mana? " tanyaku sambil mata melilau mencari tempat duduk.
Aku dapat rasakan telapak tangan aku digenggam. Laju saja aku memandang tangannya. Elok saja memaut tangan aku yang kecil darinya itu. Halah-halah. Kau cuba tikam aku secara perlahan-lahan ni Renjun. Bahagia betul ada pakwe sweet macam ni.
" Kita makan dekat tepi situ lah " katanya. Auto blushing aku disitu. Mulut aku tidak mampu berbalas apa-apa. Hanya anggukan singkat dan senyuman manis diberikan.
Kalau hari-hari macam ni, aku tak tahu aku bertahan hidup sampai bila. Sweet sangat ni. Eomma, appa! Yun dah ada boyfriend!
To be continued..
*
*
*
*
*
seperti yang dikatakan semalam, Kim update lagi hari ini. huhu, okay ke tak baca tadi😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro