U I ° T I G A P U L U H D U A
Wauthormelon akan akhiri bulan Januari dengan unexpected ending buat korang, enjoy your reading ❤️
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 32 (𝕱𝖎𝖓𝖆𝖑𝖊)
Pingat kebesaran aku raih daripada Ketua Polis Negara sejurus tabik hormat diangkat. Tepukan gemuruh hadirin daripada pegawai-pegawai polis dari seluruh negara memecah kesunyian dalam auditorium.
Dalam diam, aku berbesar hati kerana terpanggil untuk menerima penghargaan sebegini rupa di majlis perasmian sempena Hari Polis Sedunia peringkat kebangsaan.
Aku kembali ke tempat duduk dengan mengoyakkan senyuman mekar.
"Untunglah dah naik pangkat, lagi sedaplah gaji kau. Bolehlah kot belanja aku makan kat kedai daging panggang" pinggangku diciutnya diiringi sengihan bermakna.
"Eleh macamlah dia tak naik pangkat sama. Hey, kau patutnya belanja sebab aku ni dah berhempas pulas dalam penyamaran haritu. Boleh naik gila woi" bila dikenang peristiwa lalu buat kepala aku runsing seketika.
"Hm, yelah Chief Inspektor Choi Chaeyoun. Lagipun, kau dah tunjukkan kesungguhan untuk dedahkan sisi gelap dia orang. Malam nanti saya belanja yer puan?" bibir mungil kepunyaan Song Eunmi sengaja ditayangkan senyuman nakal. Ada-ada sajalah minah ni.
"Oh ya terlupa, petang nanti hantarkan aku ke stesen penyiaran berita. Ada hal sikit nak diselesaikan"
"Baik puan!"
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Renunganku bersilih ganti ke arah Professor Jieun dan seseorang
"Cik Chaeyoun, perkenalkan ini kawan saya, Lee Seujat. Dia pakar hipnosis." satu tangan dihulur untuk berjabat. Tanpa lengahkan waktu, tangan aku dicapai lalu bersalaman.
Pakar hipnosis? Tapi kenapa?
Seperti faham akan situasi aku hadapi, Professor Jieun mulakan bicara. Peranti ciptaannya pada genggaman ditenungku penuh takjub.
"Tak lama lagi akan ada siaran langsung perbicaraan BTS di mahkamah, jadi Encik Seujat datang ke sini akan gunakan kaedah hipnosisnya untuk mempengaruhi minda penonton, sementara saya akan memperluaskan lagi frekuensinya" bibirku membentuk bulatan, kagum akan perancangan diaturnya. Bijak.
"Ouh lagi seminit!" peranti perluasan frekuensi lantas diaktifkan, sementara Encik Seujat mula melakukan hipnosis dengan menyeru perkataan dengan mendayu-dayu.
'Lupakan BTS, lupakan BTS.'
Aku pun menapak keluar dari stesen televisyen itu sebelum maju ke kawasan bandar, untuk melihat kesan mesej pengaruh minda yang dihipnosis Seujat.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
------------------------
Kim Namjoon
Umur : 26 tahun
Kepakaran : Mahir dalam seni mempertahankan diri dan penembak yang handal
Pekerjaan selain artis : Pembekal senjata api dan pembunuh
.
.
.
Kim Seokjin
Umur : 28 tahun
Kepakaran : Memasak, tetapi lebih menggunakan bahan 'eksotik'
Pekerjaan selain artis : Pemilik restoran dan pengedar daging manusia buat kanibal
.
.
.
Min Yoongi
Umur : 27 tahun
Kepakaran : Bijak dalam menguruskan sesuatu, lebih-lebih lagi melibatkan kewangan
Pekerjaan selain artis : Pengurus dan pemilik kasino
upahan.
.
.
.
Jung Hoseok
Umur : 26 tahun
Kepakaran : Pakar dalam bidang pengintipan dan suka memerhati
Pekerjaan selain artis : Pembunuh upahan
.
.
.
Park Jimin
Umur : 25 tahun
Kepakaran : Pandai menghasut orang dan menggoda klien
Pekerjaan selain artis : Pemilik premis hiburan dan gigolo
.
.
.
Kim Taehyung
Umur : 25 tahun
Kepakaran : Bijak dalam penyamaran sehingga tidak dapat dikesan oleh musuh ekoran identitinya dilindungi
Pekerjaan selain artis : Ketua kumpulan dan dalang kartel dadah pelbagai jenis
.
.
.
Jeon Jungkook
Umur : 23 tahun
Kepakaran : Mahir dalam mengakses laman web yang tidak diketahui ramai
Pekerjaan selain artis : Penggodam
------------------------
Aku sekadar tersengih sinis apabila meneliti semula maklumat penuh mereka mereka pada kanta lekap.
Lebih kurang seminit terpacak berdiri di kawasan orang ramai lalu lalang, akhirnya kaki-kaki mereka terhenti dari melangkah maju setelah pandangan terpana pada paparan televisyen berskrin gergasi yang berada pada salah sebuah bangunan kompleks perniagaan di bandar metropolitan Seoul.
Melalui pemerhatianku, mereka bertujuh kini berpakaian tahanan penjara mula memasuki perkarangan mahkamah bersama dengan polis iringan.
"Berita terkini, perbicaraan mahkamah membabitkan tujuh orang individu kini disiarkan secara langsung dari kompleks Mahkamah Seoul.
Ketujuh-tujuh mereka didakwa oleh pihak mahkamah ekoran terlibat dalam pemasaran kartel dadah di kawasan perairan Kra..." tatapanku kini terganggu berikutan ekor mataku teralih pada seorang remaja perempuan bersama ibunya.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
"Omma tengok apa?" perasaan hairan menebal pada diri remaja belasan tahun itu setelah beralih wajah dari tatapannya yang asyik menonton video kumpulan kegemarannya, BTS.
"Tu ha, tujuh orang penjenayah kena didakwa oleh pihak mahkamah, sebab lakukan jenayah sempadan antarabangsa"
"Tujuh orang? Wah, bilangan dia orang sama banyak macam BTS"
"BTS, siapa dia orang tu?" soal si ibu yang mula buntu, seperti tidak tahu kewujudan yang dimaksudkan oleh si anak.
Si anak pun terkejut akan reaksi si ibu. Mana mungkin ibunya tidak ketahui kumpulan K-pop yang diminati oleh penduduk dari seluruh dunia itu, walhal ibunya juga sering kali mengikuti perkembangan mereka bertujuh sebelum ini.
"Eomma, BTS tu kan famous group. Takkanlah tak tahu tiba-tiba ni. Hah, dalam TVlah tu dia oran- eh jap siapa dia orang tu?" si remaja terpaku melihat paparan skrin yang menunjukkan ahli kumpulan BTS.
Ingatannya tentang kumpulan ternama itu sudah melayang jauh, apa yang tertayang pada televisyen gergasi sekadar penjenayah yang dibenci masyarakat. Begitu juga orang-orang yang menonton berita tergempar ini.
Kemasyhuran Bangtan Sonyeondan yang dibina sehingga ke layar antarabangsa akhirnya kecundang begitu sahaja.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
"Terima kasih untuk hidangan ini" ucapku seikhlas hati sebelum menyumbat daging panggang yang dibaluti dengan daun perila.
"No problemlah Chaeyoun, ha makan sampai puas tau? Sampai buncit pun tak apa" aku mengerling tajam akan perlian Eunmi. Tiba-tiba, aku mula teringatkan satu perkara untuk diberitahu pada gadis itu.
"Eunmi, tadi aku ada jumpa Pegawai Jang. Katanya dia akan berikan kau tugasan yang lebih berat dalam unit risikan dan intipan memandangkan dia nampak kesungguhan kau bantu aku haritu"
"Bila?" soalannya berkerut dahi sambil mengunyah-mengunyah makanan.
"Adalah. Alah, waktu aku duduk berpantang haritu"
"Ouh waktu aku jadi makcik tua tu ker? Ingat-ingat. Tugasan macam mana pula kali ini?" aku mengulum senyuman tersirat, sengaja mengelirukan Eunmi. Pasti dia akan terkejut akan perkhabaran yang bakal aku perkatakan.
"Tuan nak kau menyamar jadi ahli kesembilan dalam satu kumpulan" biji mata milik Eunmi membeliak besar.
"Kumpulan apa?" soalnya dengan memaparkan wajah sangsi.
"Kalau tak silap dengar tadi, rasanya tuan cakap nama kumpulan tu ATEEZ"
"WHAT!"
Babak-babak mendebarkan kini berakhir sejurus aku mendapati Eunmi jatuh pengsan di restoran daging panggang.
-TAMAT-
🍉🍉🍉🍉🍉
Akhirnya siap jugak fanfic kesembilan Wauthormelon. Huhu maaf buat korang tak expect dengan ending sebegini tahi ni hehe🌻🍉.
Anyways terima kasih buat Remi-Remi yang nantikan chapter by chapter, che appreciate sangat-sangat💖✨.
By the way, korang ratekan 1-10. Nak tengok kepuasan korang lepas baca fanfic ni. Nak komen lain-lain pun amat dialu-alukan. Sporting lah sikit, che tak geget orang. Seokjin dengan Jimin je hehe❤️😆
Complete on 31.1.20 at 4.18 pm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro