U I ° T I G A B E L A S
Sediakan kelengkapan mengintip sekarang, Chaeyoun kembali beraksi!
Jaga-jaga Wauthormelon selitkan aksi menggoda yang buat remi-remi caiyaq
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 13
Mood percutian di Phuket telah lama berlalu. Kini, mood untuk mengintip perlu dionkan!
Melalui perbincangan antara pegawai atasan dan Interpol, akhirnya aku dapat menjalankan intipan luar liputan dari Korea.
"Kami tidak dapat mengenal pasti lokasi sebenar kasino tu, jadi kami harap cik Choi dapat selesaikan intipan ke atas Min Yoongi sepantas yang boleh. Ekori dia sehingga ke lokasi tersebut" arah pegawai Jang.
Dengan peralatan canggih berupa bedak compact, penampilanku yang kini berubah ditilik melalui pantulan cermin. Gaun paras lutut berwarna merah tersarung elok pada batang tubuh, dan ditambah pula kasut stilleto warna merah terang. Tidak lupa juga dengan aksesori yang mewah seperti cincin, subang dan rantai menambahkan lagi ketrampilan femininku.
Langkahku dibuka ke arah pintu hotel lalu tombol dipulas. Seusai melangkah keluar dari bilik hotel penginapan, anak mataku menangkap susuk tubuh jejaka yang lengkap bersut warna biru navy, ditambah pula tampak bergaya dengan kemeja bermotifkan corak bunga-bunga kecil yang tersemat dalam tuksedo.
Aku tersenyum kecil tatkala jejaka itulah yang aku tercari-cari sejak beradanya di kota Monte Carlo.
Jejaka yang baru perasan kewujudanku dihadapan bilik penginapannya mengorak langkah kepadaku.
"Hai, gadis muda" sapanya diiringi kenyitan mata yang meruntunkan sedikit hatiku yang gelora ini.
Aku tidak menyangka Yoongi sedingin cuaca di tundra ini mampu menghangatkan suasana dengan sisi romantik dan menggodanya.
Aku membalas sapaan tersebut dengan senyuman. Dengan pandangan sekilas seolah-olah menjeling, aku mengimbas wajahnya untuk baca fikirannya. Mujur kanta lekap ada fungsi terbaharu seperti ini.
Gotcha. Sudah dapat ketahui lokasi yang aku tercari-cari.
"Amboi, sombongnya dia. Btw, Saya Min Yoongi, awak?" soalnya diselitkan nada romantik. Tangannya turut dihulurkan kepadaku.
"Sharon Choi" tuturku dengan nama identiti palsu. Dengan perlahan-lahan, aku mencapai telapak tangan milik Yoongi untuk berjabat mesra.
"Cantiknya nama, macam tuannya" puji Yoongi bersama senyuman gusinya sebelum menarik lembut tanganku yang masih memegang tangannya. Pipiku merona disaat bibirnya melekap pada belakang tapak tangan milikku.
"Pakai cantik-cantik ni ke mana, my dear?"
"Kalau saya bagitahu, awak jangan terkejut" sengaja aku menonjolkan senyuman nakal. Dari pandanganku, riak wajah Yoongi seperti sedikit tak keruan.
"Just go on, sweetie" ujarnya untuk mengetahui destinasi yang bakal aku tujui. Perlahan-lahan tangan menggapai lengan kecilku.
"Casa. Blanca. El. Casino" tuturku satu per satu. Reaksinya terhadap jawapanku memang memaparkan wajah terkejut.
Dan kemudiannya, dia tersenyum lebar.
"Well, kita berdua memang ada arah tuju yang sama sebenarnya, so--" tanpa kusedari, lengan kekarnya melilit pada pinggang ramping milikku.
Sejujurnya, tindak tanduk Yoongi sebegini tidak kusangkalkan akan terjadi. Walau bagaimanapun, penyamaran sebagai Sharon Choi ini perlu diteruskan sehingga tamat pengintipan.
"Shall we go together?"
"Uhm, sure"
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Aku terdiam seribu bahasa sejurus menapak betul-betul di hadapan premis perniagaan ini. Ini sudah pasti syurga buat taik judi dari seluruh dunia.
"Mari kita masuk" Yoongi menggapai tanganku untuk mengiringi masuk bersamanya.
Ruangan dalam kasino yang sememangnya mewah dan vintaj menggamit pandanganku. Namun, ianya tidak mengganggu diriku daripada meneruskan pengintipan. Kamera perakam yang terselit di celah batu cincin kini diaktifkan dimana ia akan bergerak mengikut ekor mata.
Segala segenap di kasino perlu aku teliti secara terperinci agar maklumat dan bukti mengenai kasino ini tidak tercicir. Sambil-sambil itu aku memfokuskan penyamaran sebagai Sharon Choi agar misi ini tidak terganggu.
"Awak nak laburkan duit awak di sini berapa bilion Euro?" soal Yoongi yang cukup menghairankan aku.
"Erm erm" lidahku menjadi kelu disaat melontarkan jawapan kepadanya. Entah bagaimana aku mahu sampaikan dengan kata-kata ekoran sekelumit pun tak ketahui selok-belok tentang perjudian.
"Hehe, saya gurau saja. Nah" beberapa token dihulurkan tanpa teragak-agak kepadaku. Baik hati sungguh.
"Setiap token yang awak pegang tu bernilai £200 ribu, jadi cuba awak buat deal dengan orang-orang di sana" Yoongi menjuih bibir ke arah meja yang menempatkan tiga orang jejaka yang turut berpakaian tuksedo sepertinya.
Dengan terkial-kial, aku mengikut arahan Yoongi lalu melangkah di hadapan mereka.
"Hi, I'm Sharon Choi. So, let's start the deal"
Ketiga-tiga jejaka berlainan bangsa mengganguk untuk memulakan urusan.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Aku tersenyum girang apabila wang yang dipertaruhkan oleh mereka bertiga kini menjadi milikku. Satu tepukan kecil menyinggah ke gegendang telinga.
"Wow, Sharon. Tak sangka awak pakar dalam pertaruhan ini. Hampir £20 juta awak sapu" air muka Yoongi memaparkan reaksi gembira. Sekeping cek bernilai jutaan mata wang Euro diserahkan kepadaku.
"Hehe, nasib menyebelahi saya agaknya hari ni" aku tergelak kekok. Pandai juga aku mengatur pertarungan sebegini.
Aku menjerit kecil ekoran ada lengan kekar memaut pinggangku.
"Panas la kat sini, jom ambil angin sikit di luar sana"
Disebabkan aku tidak dapat keluar dari pautan erat Yoongi, aku akur untuk mengikutinya ke ruang balkoni.
🍉🍉🍉🍉🍉
Wow, berjaga-jaga dengan Min Yoongi yer. Muka saja tampak tak cukup tidur, tapi sekali sisi romantiknya 'tertumpah', merana readers sekalian 😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro