Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

U I ° T I G A

New chapter, enjoy your readings 🌸💕

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 03

"Minum!" botol kaca berdenting lantaran dilagakan antara satu sama lain.

Botol berisi soju diteguk rakus hampir semua ahli BTS, kecuali Aaron. Dalam mereka menikmati makan malam daging panggang, anak mata mereka tidak berhenti memerhati perilaku Aaron disebabkan ahli termuda itu tidak langsung menyentuh botol kaca berisi minuman keras itu.

"Come on Aaron, rasalah sikit" Jin yang duduk bersebelahan Aaron menepuk kasar belakangnya.

Aaron yang sedikit membongkok terus duduk menegak dek tamparan kuat daripada Seokjin.

"Sorry guys, tapi aku alergi dengan soju" Aaron cuba memberi alasan munasabah. Lagipun, seteguk minuman sebegini mungkin akan mengganggu konsentrasinya untuk menjalankan pengintipan.

Mereka tersenyum girang. Dapat mereka habiskan berbotol-botol soju sebanyak yang boleh.

"Jap, aku pergi minta daging lagi" pamit Seokjin sebelum menapak ke kaunter. Ini memberi peluang kepada Aaron untuk mengesan keseluruhan tubuh Seokjin yang sudah berjalan.

Namun, dalam perisik muda ini menjalankan intipan, sepasang mata telah memerhati tindak tanduk Aaron dari tadi.

"Err, kau okey ke Aaron? Dari tadi pandang Jin hyung dengan muka tak puas hati je" ujar Hoseok, si pemerhati a.k.a usyar palat.

Dalam fikiran, Aaron mencari seribu alasan menidakkan perilakunya.

"Mahu taknya, dia tampar belakang aku sampai patah riuk" Aaron mengusap belakang dengan sengaja mempamerkan wajah berkerut menahan sakit.

Sambil-sambil itu, Aaron menyumbat penuh kepingan daging panggang dibungkus dengan daun perila ke dalam mulut untuk mengaburkan syak wasangka mereka padanya.

Tiba-tiba poket seluarnya bergetar dahsyat. Apabila dikeluarkan, telefon berdering menandakan panggilan masuk. Panggilan daripada jurugaya Eunmi lantas diangkat.

"Ya cik Eunmi, ada apa call saya?" soal Aaron dengan riak wajah ingin tahu. Walhal, dirinya sudah tahu sebab panggilan ini terjadi. Setelah seminit dua berbual dalam talian, akhirnya Aaron menamatkan panggilan.

"Weyh korang, aku pergi jumpa dengan cik Eunmi, katanya aku kena buat appointment dekat facial spa" terang Aaron yang sudah berdiri menegak.

"Malam-malam macam ni pun ada buat appoinment?" Yoongi menyoal Aaron disertakan kerutan pada dahi jendul miliknya.

"Mestilah, wajah ni tanggapan utama dari peminat. Kalau wajah kusam, ingat peminat akan suka ke?" tutur kata Aaron kedengaran bernas, jadi ianya disetujui oleh mereka.

"Kalau macam tu, kami habiskan daging kau punya, okey?"

"Hm" Aaron beredar jauh dari restoran daging panggang yang tersohor di bandar Seoul.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜


"Dah kenapa muka berkerut-kerut ni?" pantas saja aku mengalihkan wajah pada Eunmi sebelum bunyi rengekan sengaja dibuat.

"Sakit weyh Seokjin oppa penampar sedas belakang aku. Rasa macam nak patah tulang" rengekku yang tak henti-henti mengusap tulang belakang.

"Itulah kau. Dulu tuan nak bagi kau intip girl group, tak nak. Sekarang ni dah dapat spy grup terkenal macam BTS tu nak merungut pula" tempelak Eunmi akan kisah dahulu.

"Em yelah, aku juga yang terhegeh-hegeh dulu. Memang padanlah muka aku" pengakuanku secara terus terang telah membuatkan Eunmi tergelak kecil.

"Kerja kau asyik nak gelakkan aku saja, tch! Baik aku pergi jumpa tuan sekarang ni"

"Pergilah Chaeyoun oi~"


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Dapat tak maklumat daripada yang lain?" soal pegawai Jang SungWoon dengan nada berkeras.

"Tuan, saya sedaya upaya untuk membuat pengesanan ke atas member BTS. Tapi diorang kuat memerhatilah" luahku.

Dari tadi, aku memerhatikan jari-jemari pegawai berpangkat Supritendan itu berlaga antara satu sama lain. Nampaknya, dia sedang memikirkan sesuatu.

"Kamu sendiri tahu tugasan ini tidak sepayah tugasan yang akan menyusul, jadi saya bagi sampai malam ni saja untuk selesaikan tugasan pertama." arahan pegawai Jang yang agak keterlaluan membuatkan mulutku terlopong.

"Mana boleh, tuan Jang. Diorang bertujuh, lelaki pula tu. Saya ni perempuan. Takkan sempat saya selesaikan malam ni, percayalah" aku tertunduk ke bawah seolah-olah tidak mampu teruskan pengintipan ini.

"Jangan disebabkan tugasan remeh sebegini kamu nak undur diri.

Ingat tak waktu mula-mula kamu laporkan diri? Kamu yang beria-ia nak sertai unit risikan dan intipan.

Sudah tiga tahun kamu menjadi trainee semata-mata nak menyamar dan menyiasat luar serta dalam BTS.

Tolonglah Inspektor Choi Chaeyoun, janganlah berputus asa di pertengahan jalan." nasihat pegawai Jang yang bersulamkan perlian telah membangkitkan diriku daripada berputus asa.

"Baiklah tuan! Saya cuba selesaikan malam ni" titipku satu janji yang tak pasti kulangsaikan dalam kadar segera.

"Chaeyoun, one more thing." aku memberhentikan langkah dari beredar dari pejabat sejurus namaku dipetiknya.

"Jangan buat seseorang daripada mereka jatuh cinta sama kamu dan jangan biarkan diri kamu jatuh cinta pada seseorang. Itu penghalang utama dalam misi. Ingat pesan saya ni."

🍉🍉🍉🍉🍉

Sorry for bored entry. Wauthormelon cuba tambahkan umph di chapter seterusnya kalau capai 15 reads dan 7 vote (target dikurangkan sebab ramai yang  busy)

Keyh jumpa lagi nanti tau 😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro