U I ° S E P U L U H
Another update 😎✨so, give me some support through vote and comment ❤️🌠
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 10
Perasaan kecewa tertampal di hati Chaeyoun lantaran tiada informasi pun Taehyung ungkapkan yang dapat diketahuinya.
"Terima kasih sebab temankan saya bersiar-siar di sini. Tanpa awak, pasti saya kesunyian" senyuman manis mula mekar dibalik topeng mulut jejaka kacak itu.
Chaeyoun membalas dengan sengihan. Tidak tahu untuk berkata apa-apa.
"Jadi, nak saya temankan awak pulang ke rumah?" pelawa Taehyung tanpa teragak-agak.
Dengan reaksi spontan, Chaeyoun menggeleng laju.
"Tak payah. Susah-susahkan awak saja. Nanti peminat-peminat perasan awak pula." ujar Chaeyoun untuk mengelakkan diri daripada diekori Taehyung.
"Lagipun, rumah saya dekat-dekat sini." tokoknya untuk menyedapkan hati Taehyung.
"Glad to hear that"
Tiba-tiba, pipi kanan milik Chaeyoun dikucup lembut Taehyung. Habis merona pipinya.
"Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Jumpa lagi, dream girl" pamit Taehyung bersama lambaian sebelum melangkah pergi.
Umpama diselaputi campuran simen, Chaeyoun terkaku di tengah-tengah kerumunan orang ramai. Ciuman sekilas Taehyung yang menyinggah pada pipi mengangaukan dirinya seketika.
"Jangan buat seseorang daripada mereka jatuh cinta sama kamu dan jangan biarkan diri kamu jatuh cinta pada seseorang. Itu penghalang utama dalam misi. Ingat pesan saya ni."
Pesanan yang dititipkan Pegawai Jang menerjah ke dalam fikirannya, bagai diputarkan berulang kali. Cepat-cepat dia hilangkan lamunan dengan satu tamparan lembut pada pipi.
"Please, Chaeyoun! Kau ada misi yang jelas. Latar belakang Taehyung belum lagi kau peroleh, tambah pula nak korek habis-habis status pekerjaan sebenar dorang. Jangan disebabkan Taehyung, kau mati kelemasan dalam cinta." monolognya dalam hati.
Chaeyoun membuka langkah menuju semula ke pangkalan untuk menukar pakaian sebelum kembali ke kediamannya bersama BTS.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
"Guys, I'm home" ucapku sebelum pintu utama terus dikuak. Langkahku segera dihayunkan menghampiri mereka bertujuh yang duduk bersama di ruang tamu. Layan movie agaknya.
"Oit Aaron, mehla duduk sini" ruang kosong sofa yang di tepuk-tepuk Taehyung, seolah-olah menunggu kepulangan ku hehe. Aku pun menghenyak punggung atas sofa yang sungguh empuk. Habis segala kepenatan lesap begitu saja.
Setelah berjam-jam menonton filem, aku mengundur diri untuk ke bilik. Badan yang terasa melekit perlu dibersihkan memandangkan hampir seharian berada di luar. Tuala di belakang pintu terus aku capai sebelum melangkah masuk ke dalam kamar mandi.
Pakaian tidur terus disalin sejurus memanjakan diri dalam tab mandi. Mujur bilik persalinan disediakan sekali dalam bilik air, mudahlah aku untuk bersiap menjadi lelaki.
Sebaik saja menutup pintu bilik air, tubuhku dibawa seseorang terus ke atas katil. Dia meloncat naik ke katil sebelum menindih diriku.
"Apa kena dengan kau ni hah? Apa lagi yang kau tak puas dengan aku?" aku tempiaskan segala ketidakpuasan dalam hati. Ya, aku sudah lama memendam perasaan ini sejak menjadi maknae dalam kumpulan ini.
Terus daguku dicengkam kasarnya "Ya, aku memang tak puas hati dengan kau, Aaron Choi Tae Keun, dari mula kau jadi member kita orang. Disebabkan kau, habis populariti aku sebagai artis yang ramai peminat, kau tahu tak!" kali ini dia pula menghamburkan segala kemarahan pada aku.
Melihatkan wajah bengang, aku hanya membalas senyuman sinis.
"Mestilah, aku ni mudah buat orang terpikat dengan kenyitan mata menggoda ni. Dasar cemburu buta, dengki tak bertempat" aku mengungkapkan kata-kata penuh sindiran, biar Park Jimin pujaan gadis ini makan dalam.
"Ergh, kau ni memang nak ke—" tumbukan padu yang dibuat gagal didaratkan pada wajahku kerana pandangannya teralih pada telefonku.
Ternyata ada mesej baru masuk kuterima.
Sebelum aku mengambil, Jimin terlebih dahulu merampas. Dia terkedu disaat melihat wallpaper telefon tersebut. Ouh tidak aku lupa nak tukar wallpaper lain tadi.
"Sapa awek dalam phone kau ni?" kolar bajuku terus direntap Jimin. Sekali lagi senyuman sinis sengaja ditayangkan penuh bangga.
"Hm, mestilah awek aku. Kenapa? Jeles?"
"HOI, NI BEKAS AWEK AKU! PATUTLAH DIA DAH TAK NAKKAN AKU. RUPA-RUPANYA KAU PERAMPAS!"
Kemarahan Park Jimin diakhiri dengan satu tumbukan pada wajahku.
Habis pecah bibirku dikerjakannya.
"Park Jimin, kau jangan menyesal akan tindakan kau ni. Aku pasti ex-girlfriend kau takkan sesekali akan maafkan kau, percayalah." gertakku dengan senyuman mekar dibuat-buat.
"Apa mak—sud kau?" menggeletar tangannya sejurus menumbuk sebahagian wajah tampanku.
"Kau tengoklah nanti. Tengoklah." aku menghadiahkan pandangan yang sukar dia tafsirkan sebelum mengesat bibirku yang berdarah.
🍉🍉🍉🍉🍉
Ops terkasi panjang pulak chapter ni, nampak gayanya bab merunsingkan sel-sel otak bakal menjelma, get ready guys!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro