Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

U I ° S E M B I L A N

Sebagai ganjaran, Wauthormelon hadiahkan double update yer? 😍❤️

For this time, Wauthormelon update chapter mengenai Chaeyoun dengan seseorang. Enjoy🌸

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 09

Langkah Chaeyoun terhenti di hadapan pintu sebuah kafe yang biasa dikunjunginya sebelum ini. Akibat keinginan memuncak untuk menikmati manisan dihidangkan berdekatan dengan kaunter, Chaeyoun melangkah masuk ke kafe itu.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Selepas membuat pembayaran, aku menatang minuman dan makanan lantas menapak ke tempat duduk yang masih kosong.

Akibat bahuku bergesel kasar dengan dada bidang seseorang, akhirnya aku jatuh terjelopok ke bawah bersama-sama dengan minuman dan makanan yang sudah dibeli.

"Maafkan saya, cik adik" sepasang tangan menghulur kepadaku. Dengan pertolongannya, aku bangkit dari lantai yang dipenuhi sisa makanan.

Aku bernasib baik kerana tiada tompokan minuman dan makanan yang melekat pada baju.

"Terima kasih awa-" ucapan ikhlasku tergendala seusai anak matanya menikam tajam pada pandanganku.

"AWAK?"

Keningku bertaut tatkala jejaka misteri dibalik topeng mulut terkejut melihatku, seolah-olah dia mengenali diriku.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Jadi, encik. Macam mana awak dapat mengenali saya?" soal Chaeyoun kepada jejaka yang berada dihadapan.

"Kalau saya cakap, pasti awak akan kehairanan" ujarnya yang kelihatan sedikit gementar.

Biarpun dilindungi dengan penutup mulut, tingkah laku jejaka dapat dihidu oleh gadis itu.

"Awak belum cakap lagi, bagaimana saya nak hairan?" Chaeyoun mengungkap dengan separa menyindir.

Minuman kocak berperisa coklat dan hazelnut disedut Chaeyoun dengan penuh kenikmatan.

"Kalau saya cakap, saya tahu diri awak melalui mimpi, awak akan terkejut tak?" jejaka itu membalas dengan kening terjongket ke atas.

Mata bundar Chaeyoun terkebil-kebil disaat dirinya mula menghadam kata-kata dipertuturkan jejaka. Dia merasakan jejaka dihadapannya bukan calang-calang orangnya. Siapa saja yang akan mimpikan dia jika bukan si Taehyung dan Jimin?

Dengan perlahan-lahan, jejaka menanggalkan topeng mulut yang menutupi hampir keseluruhan wajah.  Untuk menghilangkan syak wasangka jejaka misteri itu terhadapnya, Chaeyoun akan memulakan penyamaran, atau lebih tepat istilahnya pada ketika ini, lakonan.

"Jadi cik adik, sayalah yang mimpikan awak" wajah Taehyung yang sungguh kacak menjamu pandangan Chaeyoun.

"Kim Taehyung?" sepasang mata milik Chaeyoun terbeliak seolah-olah terkejut dengan kemunculan Taehyung. Pakej mata terkebil-kebil turut dilakonkan gadis itu sepenuh jiwa raganya.

Dalam hati Chaeyoun, tiada sekelumit pun perasaan yang mendebarkan. Mana taknya, dia sudah lama berurusan dengan jejaka yang diminati oleh peminat seluruh dunia. Walau bagaimanapun, lakonan sebagai orang biasa perlu diteruskan.

Jari telunjuk runcing Taehyung mendarat pada bibirnya.

"Sshhh, tolong perlahankan suara awak. Nanti orang lain akan tahu saya" bisik Taehyung yang melihat kanan dan kirinya agar orang ramai tidak perasan keberadaannya di kafe itu.

Tak lama selepas itu, Taehyung memakai semula topeng mulut.

"Em kalau tak keberatan, awak nak teman saya bersiar-siar sekitar bandar ni?" pelawa Taehyung.

Dalam diam, Chaeyoun tersenyum lebar. Tak sangka Taehyung mengajak gadis biasa seperti dia menemani jejaka idaman gadis seantero dunia. Dapatlah merencana idea untuk mengorek rahsia Taehyung yang belum diketahui oleh unit pengintipan.

"Mestilah nak!" balas Chaeyoun dengan penuh keterujaan.

Tanpa diduga, lengan kecil disambar oleh pemilik lengan kekar itu. Dengan langkah berjaga-jaga, Chaeyoun mengaktifkan mikrofon berupa anting-anting di cuping telinga. Dalam kemesraan mereka berdua, kerja pengintipan perlu dijalankan serentak.

"Jom!"

Akhirnya, kedua-dua mereka telah beredar keluar dari kafe terkenal itu.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜


Dalam mereka berseronok ketika bersiar-siar, terdapat sepasang mata memerhatikan gelagat mereka dari jauh.

"Sejahat-jahat aku pun, jahat lagi kau, Taehyung! Sanggup kau merampas kebahagiaanku!"

Dia menghela nafas berat.

"Tak apa, hari ini hari kau. Lambat laun pula hari aku. Muahahaha"

🍉🍉🍉🍉🍉

Dalam menjalankan pengintipan, Chaeyoun pun diintip oleh seseorang. Jadi, siapakah gerangan misteri tu?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro