U I ° L A P A N B E L A S
Wauthormelon kasi double update petang ni, nak habiskan secepat mungkin 😎
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 18
Uwerkkk
Uwerkkk
Penangan makanan yang dibuat chef kanibal itu membuatkan aku memasuki tandas untuk memuntahkan segala isi perut, buat kali ketiga. Sebaik sahaja keluar dari situ, bayangan dimsum daging manusia itu masih berlegar-legar dalam fikiran. Ini membuatkan hampir aku muntah pelangi.
Nampak gayanya, terpaksalah aku batalkan hasrat untuk jalankan risikan ke atas Jung Hoseok untuk hari ini. Sudahlah cuti hanya berbaki 5 hari lagi, rasanya tidak sempat untuk aku lakukan pengintipan terhadap ahli Bangtan Sonyeondan selebihnya.
Mikrofon berupa subang diaktifkan. "Tuan, harini saya tak dapat jalankan misi berikutan masalah kesihatan." pesanan ringkas bersuara lantas dihantar pada ketua unit, harap-harap dia faham akan keadaan aku yang tidak mengizinkan sekarang ini.
Dengan derapan langkah begitu lemah dan longlai, aku dekati birai katil. Perlahan-lahan tubuh kudamparkan atas permukaan yang cukup empuk ini. Minyak angin yang terletak atas meja lampu tidur lantas digapai sebelum lumurkan sedikit pada bahagian kepala bersebelahan kening. Kepalaku di picit-picit agar segala angin dapat keluar.
"Kalau bukan sebab makanan tu, mungkin aku takkan pening teruk begi—"
"Makanan apa?" omelku terhenti ekoran satu figura bertandang memasuki kamar tidur. Meskipun pening menyelubungi diri, namun aku gagahkan diri untuk bersandar pada kepala katil. Cuba kelihatan normal dihadapan jejaka ini.
"Em— sashimi. Aku tak bolehlah makan benda-benda mentah, pasti mual menyerang—uwk!" tekakku mula kembang dikala bau minyak dicalit pada tubuhnya cukup menyengat untuk dihidu.
"Eyuw—bau apa ni busuk ni?"
cepat-cepat aku mengepit hidung dengan jari. Macam skunk baunya.
"Aku rasa kau ni tak sihatlah, Aaron. Cukup elok aku calit Hugo Boss gini, kau kata busuk? Deria rasa dan bau kau tu teruk lain macam je, mesti kau demam. Meh aku bawak kau jumpa doktor"
Aku endahkan perlawaan jejaka itu, sebaliknya tubuhnya yang menghalang jalan ditolak sehingga dia jatuh atas katil. Muntah mula keluar lagi, maaf tertolak perlawaan kau dan tubuh kau tadi, Taehyung.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Selepas dua minggu berlalu, keadaan aku masih sama, seperti tiada perubahan sejurus kejadian di restoran kanibal. Takkan dimsum daging manusia tu belum dicerna sepenuhnya? Walhal aku makan satu saja.
Walau bagaimanapun, aku perlu tampilkan diri yang aku sihat dihadapan mereka bertujuh, ekoran banyak gaya tarian yang perlu dihafal dan ingat sempena pertunjukan yang bakal kami sertai di Amerika Syarikat nanti.
"Aaron kau nampak tak okey je harini, pucat semacam. Pergilah berehat dulu" tubuhku dipimpin jauh dari kawasan latihan oleh Seokjin, yang terpancar riak risaunya. Sebotol air mineral diberinya pada aku. Memandangkan rasa terhidrasi, jadi aku pun meneguk air, cukup sekadar membasahkan tekak.
"Sebabkan kaulah, pening aku tak hilang-hilang" gumamku tanpa berterima kasih padanya.
"Apa?"
"Em—aku cakap terima kasih" maka tersungginglah satu senyuman yang dibuat-buat aku.
"No problem. Kalau pening lagi, bersandarlah" prihatin dia menitipkan pesanan sebelum kembali menari bersama mereka. Bunuh dan masak manusia tak bersalah, prihatin ke tu?
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Mereka akhirnya bersurai dari pantulan cermin besar setelah berjam-jam berlatih membuat gerakan tarian baharu untuk majlis berprestij itu nanti.
"Oit budak pening lalat, kau nak apa-apa tak? Kita orang nak turun bawah ni" tegur jejaka bergigi kapak itu. Pfft, dah tak ada panggilan lain untuk sedap didengar buat halwa telinga aku gamaknya. Buat bertambah sakit hati adalah!
"Strawberry milk shake satu" pesanku yang masih bersandar pada beg-beg mereka. Belakang telapak tangan sengaja didaratkan atas dahi agar cahaya lampu tidak menyilaukan pandanganku.
"Ok!"
"Tak payah, cancel milkshake tu. Belikan saja air mineral" secara automatik tubuhku bangkit dari tempat bersandar tatkala satu suara menyampuk.
"Uhm—ok" tutur Jungkook acuh tak acuh sebelum mengejar mereka yang meninggalkannya ke belakang.
Bibirku mula dikemam disebabkan geram dengan manusia yang membatalkan pesanan yang kuinginkan. Langkahku dimara ke arah jejaka pembuat masalah itu.
"Apa masalah kau hah? Sesedap rasa kau saja ubah order aku" kepalanya aku tunjal kasar tanpa henti. Aku sedar sekarang, aku dah mula hilang hormat akan dirinya meskipun dia hyung.
Seperti tidak tahan akan tindakan aku, dia mengenggam pantas kedua-dua tanganku.
"Aaron, aku sedar akan kesilapan lalu. Aku cemburu dan hilang sabar bila dapat tahu populariti kau melonjak naik dari aku. Ya, aku sedar aku ni gila populariti, tapi bila tengok kau tak sihat, aku rasa bersalah sangat-sangat." pautannya segera aku leraikan. Aku cuba lari dari situ namun dia masih mengikuti langkahku sehingga terpaksa menapak ke bahagian belakang bilik latihan tarian.
"Apa cuba kau sampaikan ni? Aku tak fahamlah!" buntu aku akan kata-katanya yang tak masuk dek akal.
Lama-kelamaan, tubuhku melekap pada dinding menandakan tiada ruang untuk melepaskan diri. Peluang loloskan diri kian tipis seusai lengan kekarnya diletakkan pada sisiku, membataskan pergerakan aku.
Perasaan gementar kembali menerjah tatkala jari-jarinya mengusap lembut bawah daguku.
"Aku nak kau maafkan atas kesalahan haritu, itu saja. Sebab aku dah tahu kau sebenarnya—" tuturnya secara mendatar sengaja dijeda. Langkahnya juga mara pada aku, sehingga batang hidung kami saling bersentuhan.
"—my ex-girlfriend, isn't?"
"No, Jimin, I'm Aar—" kata-kata yang cuba aku aturkan terhenti lantaran disapa satu ciuman yang dihadiahkan Jimin. Damn Park Jimin! How did he know?
🍉🍉🍉🍉🍉
Makin mengarut aku tulis. Ini padahnya satu chapter ditulis panjang berjela 😌 Jimin dah masuk campur gais 😌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro