U I ° L A P A N
Chapter ini diinspirasikan daripada karton Totally Spies, hope korang enjoy 💜
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 08
"Weyh, aku pergi keluar sekejap. Nak beli barang sikit" pamitku yang masih menyarungkan sepasang Kasut Converse berwarna biru gelap.
"Okey, pergi elok-elok" ujar Taehyung sampai melambaikan tangan kepada aku.
Harap-harap tiada siapa diantara mereka yang mengekori aku.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Chaeyoun yang masih berpakaian seperti lelaki terus memasuki perkarangan sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar metropolitan Seoul.
Seperti yang diarahkan pegawai Jang, rumah yang dituju Chaeyoun sebenarnya merupakan sebuah pangkalan rahsia bagi unit risikan dan pengintipan.
Sejurus berada di pintu utama, Chaeyoun membulatkan matanya untuk diimbas pada pengesan pengenalan diri. Pintu itu secara automatik terkuak luas.
Suasana dalaman rumah yang sedikit usang dengan perabot yang kelihatan disusun secara tunggang langgang tidak menggugat ketakutannya.
Dengan derapan kaki yang dilangkah perlahan, Chaeyoun memasuki sebuah makmal canggih yang berada di tingkat bawah tanah.
"Selamat kembali ke pangkalan, kamu mesti cik Chaeyoun. Jemputlah masuk" ucap salah seorang pakar IT, Encik Jung Jaehyun kepadanya. Chaeyoun membalas ucapannya dengan tunduk hormat.
Anak matanya meliar melihat sekeliling makmal. Chaeyoun terasa takjub melihat persekitaran makmal, moden dan semestinya canggih. Bahu disentuh seseorang memeranjatkan Chaeyoun. Nasib tak melatah.
"Cik Chaeyoun, cubalah guna kelengkapan untuk pengintipan. Ini yang paling terkini dan canggih" bicara seorang saintis wanita. Tag namanya dipandang sekilas oleh Chaeyoun. Lee Jieun namanya.
Satu beg bimbit dibuka luas dan satu set kelengkapan untuk mengintip menjamu pandangan Chaeyoun. Dagu tirus diurut tanda berfikir yang mana satu perlu dicuba terlebih dahulu.
Tak teragak-agak, Chaeyoun menyambar satu item berupa bekas bedak compact yang biasa dilihat di butik kosmetik mewah.
"Ini bukan calang-calang punya bedak compact. Fungsi item ini amat signifikan dimana ianya dapat mengubah diri cik Chaeyoun menjadi orang lain dalam sekelip mata. Selain itu, cik juga boleh mengubah penampilan mengikut situasi." terang Profesor Lee Jieun secara lanjut.
Selepas meletakkan item pertama ke tempat asal, kini mata Chaeyoun beralih kepada item kedua yang kelihatan seperti bekas penyimpanan kanta lekap. Dengan berhati-hati, Chaeyoun membuka bekas itu. Ternyata ianya kanta lekap tidak berwarna dan jernih.
Dengan bantuan Profesor Lee, kanta lekap selamat diletakkan atas permukaan anak matanya.
"Untuk item kedua, ianya seperti kanta lekap yang kebiasaan kamu pakai. Tapi yang ini telah dinaik taraf dimana terdapat satu kamera bersaiz nano berada di titik tengah kanta lekap tu, dimana ia akan membantu kamu merakam sesuatu situasi tanpa sebarang pergerakan dari kamu sendiri. Kamu hanya perlu gerakkan anak mata untuk menggerakkan kamera ini." ujar Profesor Lee sebelum membuka langkah ke tempat lain.
Chaeyoun yang cuba menggunakan item terkini ini mula mengangguk faham. Perasaan terujanya boleh dikatakan melonjak naik.
Tak lama selepas itu, Profesor Lee menghampiri Chaeyoun lalu menyarungkan cardigan pada tubuhnya.
"Cardigan ini berfungsi dalam menyembunyikan diri kamu. Ianya membuatkan kerja pengintipan kamu lebih senang dimana orang sekeliling tidak merasai sentuhan daripada kamu meskipun sudah menjadi halimunan."
Item-item yang telah ditunjukkan selamat dimasukkan ke dalam beg bimbit dan kemudiannya beg itu bertukar tangan kepadanya. Chaeyoun menunjukkan reaksi kehairanan.
"Tak ke nanti orang ramai perasan dengan beg bimbit besar gedabak ni?" Chaeyoun menyoal dengan polos.
Profesor Lee dan Encik Jung tersenyum kecil tatkala sudah mengagak soal begitu bakal terpacul keluar dari mulut Chaeyoun.
"Kamu kenalah tekan butang tu" Encik Jung menjuih ke arah butang berwarna merah yang berada di tengah-tengah permukaan beg bimbit itu.
Apabila butang sudah ditekan Chaeyoun, beg bimbit yang besar itu telah berubah saiz sekecil rantai kunci. Sekali lagi, Chaeyoun terpana dengan kemodenan kelengkapan yang diperolehnya.
"Ouh sebelum tu, cik Chaeyoun kena datang ke sini untuk naiktaraf kelengkapan mengintip. Dan kemungkinan akan ada item terbaharu yang akan diberikan pada cik nanti" titip Encik Jung satu pesanan.
Dia menganggukkan kepala sebelum bibir mungilnya tak lepas mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua. Tidak lama selepas itu, Chaeyoun menapak keluar dari pangkalan tersebut berupa rumah usang dengan berpakaian seperti seorang gadis.
🍉🍉🍉🍉🍉
Bukan mudah seketul Wauthormelon nak menghuraikan ayat ala-ala Jerry ketua ejen Woops.
Hehe meh nak intro watak baru dan cameo
IU SEBAGAI Profesor Lee Jieun
Jaehyun (NCT 127) SEBAGAI Jung Jaehyun (cameo)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro