U I ° E N A M B E L A S
Hey Wauthormelon is back 😎 lepas Yoongi dan Jimin, lepas ni turn siapa agaknya? 😎
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 16
Sejurus penerbangan dari Eropah tiba di tanah air, aku berazam akan menamatkan pengintipan solo ini dengan jayanya.
"Ekori dia" arahan yang diterima daripada Pegawai Jang aku cuba patuhi. Derapan kaki dilajukan untuk mengikuti langkah wanita dikenali ramai itu dari belakang. Ribuan manusia yang berjalan di kaki lima kota metropolitan Seoul telah menyukarkan aku untuk menjejak langkahnya.
Berbekalkan satu item terbaharu dari makmal unit risikan dan intipan, aku dapat ketahui identiti wanita tersebut dapat kujejaki melalui kamera pengesan haba yang dinaiktaraf pada kanta lekap.
Bingo! Langkahnya kini dihayun ke tandas awam aku ekori. Rasanya ini peluang cerah untuk aku rungkaikan lokasi yang ingin ditujuinya.
Aku memantau keseluruhan tandas awas ini, nampaknya tiada siapa pun memasuki lagi ketika ini melainkan kami berdua. Wanita itu membawa dirinya ke dalam tandas.
Sementara menunggu tindakan seterusnya, alatan canggih berupa bedak compact terus aku capai keluar dari beg bimbit. Apabila ianya diaktifkan, pemakaianku kini terus bertukar, mengikut situasi.
"Aku jadi makcik cleaner rupanya pfft" gumamku penuh menyampah. Topeng mulut kusarung, bertujuan untuk persediaan untuk tindakan berikutnya. Papan bertanda 'lantai licin' terus dibawa ke depan, agar tidak ada sesiapa memasuki tandas ketika ini.
Kemudiannya, sebotol pencuci lantai yang mempunyai kandungan kloroform dituangkan sehingga habis atas lantai. Batang mop aku genggam sebelum menyental lantai.
Penyamaran sebagai makcik cleaner perlu dilakonkan penuh mantap!
Aku tersenyum lebar lantaran wanita tersebut jatuh pengsan sejurus membuka pintu. Dengan cermat aku menghampirinya sebelum mengimbas tubuh milik wanita itu.
Location detected!
Apabila sudah memperoleh maklumat lokasi yang bakal dituju, tubuh kecilnya kuangkat lalu dibawa masuk ke tandas duduk yang dia masuk tadi.
"Sorry, Miss Kim Chungha, but i've to be you for a while" bisikku pada dirinya yang tidak sedarkan diri. Dengan bantuan bedak compact, diriku menjadi Chungha sekelip mata.
Aku pun melangkah keluar dari tandas awam untuk ke lokasi berikutnya.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
"Weyhh dia buat apa datang sini duhh?" rungutku tatkala derapan kaki kini melangkah di lorong belakang yang cukup kotor dan sempit.
Aku endahkan perasaan geli dan jijik itu jauh-jauh agar tidak mengganggu konsentrasi aku dalam menjalankan pengintipan.
Setelah lima minit meredah sepanjang laluan yang dipenuhi sampah sarap dan bangkai tikus yang bergelimpangan merata tempat, akhirnya aku menemui sebuah restoran yang hadapannya dikawal ketat oleh pengawal keselamatan, pelik.
Perasaan janggal mula bertandang ekoran restoran ini beroperasi jauh dari kawasan strategik. Untuk hilangkan segala pertanyaan yang berlegar-legar dalam fikiran, langkah kumaju ke restoran tersebut.
"Lama tak nampak cik Chungha" sapa pengawal bertubuh sasa. Ni kalau kantoi identiti, pasti rongak gigi aku ditumbuknya.
"Hehe biasalah. Merata show saya kena hadiri" balasku bersama senyuman kekok berserta hentakan kasut wedges yang disarungkan pada kaki. Bila dapat masuk woi?
Tidak lama kemudian, pintu utama dibuka olehnya. Aku tersenyum manis tanda berterima kasih sebelum mengorak langkah ke dalam.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
"Cik Chungha, ni tempatnya" seorang pelayan wanita memberi tempat duduk ekslusif buatku. Satu set menu terus dihulur padaku. Aku pun meneliti menu untuk jadikan juadah nanti.
Namun dalam diri, aku diserang kekeliruan lantaran senarai menu yang tertera adalah bahasa Perancis, tak guna!
Seperti faham akan situasiku, pelayan itu mengesyorkan menu pilihan utama.
"Saya cadangkan cik cubalah yang ni, atau cik nak macam yang selalu dipesan?"
"Em, yang selalu saya pesanlah" tuturku penuh kekok. Pesananku terus dicatatnya sebelum melangkah pergi. Apa yang aku pesan pun tak pasti!
Ouhh tidak! Hampir terlupa akan tujuanku di sini. Dengan segera, aku aktifkan kanta lekap dan mikrofon berupa subang. Kamera nano lantas dikawal sehingga memasuki ruang dapur.
Sedang aku menyiasat keadaan sekeliling dapur, terdapat satu suara kedengaran menjerit berdekatan di situ. Berbekalkan pengesan suara yang terkini, kamera nano terus mengikuti frekuensi suara tersebut, sehingga terhenti di hadapan sebuah bilik.
Disebabkan saiznya cukup halus dan seni, kamera tersebut terus menyelinap ke dalam bilik berkenaan. Rakaman dari bilik itu terus aku perhatikan penuh teliti.
Aku hampir menjerit seraya menjelajah segenap ruang bilik itu melalui kamera nano. Ianya bilik...
🍉🍉🍉🍉🍉
Jengjengjeng 🐱
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro