U I ° E M P A T B E L A S
Scene Chaeyoun bersama Yoongi tak habis lagi readers sekalian 😹🌸 Happy 500 reads anyways❤️ Tak sangka ada jugak baca karya noob ni😂
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 14
"Saya bukannya nak berlagak ke apa, tapi ini salah satu kasino yang saya miliki" ujar Yoongi yang tidak lekang memandang segenap tubuh badanku yang agak terdedah.
Di hadapan jejaka berona putih pucat ini, aku sekadar memaparkan reaksi biasa, namun dalam hati aku terkesima akan kebenaran diperkatakannya. Jadi, aku kini menghadap pemilik kasino terkemuka rupanya.
Akibat tidak mahu bertentangan mata dengan si dia, cepat-cepat aku menurunkan pandangan pada bangunan ikonik yang mengelilingi premis kasino. Nampaknya, suasana di Monte Carlo lagi menggamit pandanganku daripada Yoongi.
Tak kusedari, jari runcing milik Yoongi yang meniti di bawah dagu mendongakkan kepalaku. Wajah putih pucatnya menjamu segenap pandanganku.
"Dan mungkin kasino ini akan menjadi sebahagian daripada wanita hadapan saya ni"
Tutur kata Yoongi membuatkan aku terpana seketika. Aku tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. Tak mungkin pertemuan sesingkat ini telah menyebabkan Yoongi sudah jatuh cinta dengan aku.
"Saya sebenarnya susah untuk mencintai seorang gadis, tapi dengan awak--" Yoongi berjeda seketika tatkala ekor matanya menikam tepat pada alur bibirku.
"-- saya takkan sia-siakan peluang yang ada di depan mata. Please Sharon, don't leave me"
Secara mengejut, Yoongi menghadiahkan kucupan hangat di atas bibir kepunyaanku.
Dengan reaksi spontan, aku menolak lembut tubuh jejaka itu agar tidak terhanyut dalam cumbuan yang dicipta jejaka berkulit putih pucat ini.
"Maaf kalau ini menyinggung perasaan awak, tapi saya tak dapat bersama dengan awak. I've many things to settle by my own self" helaian cek kuserahkan kembali kepada pemilik kasino terkemuka ini.
"Sorry Yoongi, saya terpaksa pergi" pamitku yang sudah menjatuhkan pandangan ke bawah.
Aku dapat dengar rintihan pilu daripada Yoongi. Nampaknya, aku penyebab Yoongi patah hati. Sebagai manusia, aku tahu perasaan tersebut sememangnya menyakitkan hati, tapi lantaran pekerjaan yang ceburi ini, aku perlu letak perasaan kasihan dan simpan jauh-jauh.
Tambah pula, segala maklumat luar dan dalam mengenai operasi kasino sudah keperoleh. Dengan hati yang berat, aku meninggalkan Yoongi bersendirian di balkoni kasino serba mewah.
Aku perlu daftar keluar hotel dan tinggalkan bumi Monaco ini secepat mungkin sebelum Yoongi mengekori.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Aku menikmati suasana pagi di kafe dengan secawan espresso panas. Mataku juga ralit melihat menara ikonik yang terpacak tinggi di kota Paris. Tak lain tak bukan pastinya Menara Eiffel itu sendiri.
Aku singgah ke sini hanya untuk satu tujuan, iaitu mengintip keberadaan seseorang yang bakal kulakukan nanti.
Berbekalkan kanta lekap canggih yang berada di atas permukaan anak mata, aku cuba meneliti untuk mencari gerangan manusia yang dimaksudkan dibalik khalayak ramai.
Namun apakan daya, jejaka bermata sepet sukar dijumpai di sekitar kawasan pejalan kaki memandangkan yang menggunakan laluan ini kebanyakan berbangsa Eropah.
Setelah menyisip saki baki espresso, aku bingkas bangun dari tempat duduk sebelum melangkah masuk ke laluan pejalan kaki.
Disebabkan ramai diantara pejalan kaki bergegas ke tempat kerja, aku menyelit ke sana sini bagi memudahkan pergerakan. Namun atas kecuaian aku melangkah laju, aku akhirnya jatuh terpelocok menyembah bumi.
Aku mengusap perlahan punggung yang sakit akibat jatuh terduduk.
"Need some helps, young lady?" satu tangan dengan jari jemari kontot dihulurkan padaku untuk membantu.
Dengan pertolongannya, aku sambut tangan itu untuk bangkit. Aku terkesima sebentar disaat wajah menyapa deria penglihatanku. Jejaka itu melemparkan senyuman manis umpama tulus dari hati.
"Jimin?" tuturku perlahan.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
"So young lady, awak orang asal sini ke?" soal Jimin dengan memaparkan wajah yang penuh pengharapan seolah-olah ingin melihat wajahku dibalik penutup mulut dan cermin mata gelap.
Untuk hilangkan sedikit gementar, aku hanya membalas anggukan kecil.
"No wonder. Orang-orang sini semuanya cantik-cantik belaka" Jimin tersenyum lebar.
"Mesti lagi cantik kalau tanggalkan sunglasses dan mask tu" ujar Jimin sambil menongkat dagunya melihat aku.
"Hehe" aku tersenyum kekok sambil mengibas-ngibas wajahku yang semakin membahang. Suara seraknya mahu saja buatkan aku terpukau, namun ianya tidak gertakkanku untuk menunjukkan wajahku yang sebenarnya. Mahu pengsan si Jimin jika dia ketahui diriku.
"Kalau tak keberatan--" satu kad perniagaan diseret Jimin di atas meja. Aku pun meraih kad hulurannya.
"--nanti kita jumpa di lokasi dalam kad tu. Boleh kita kenali dengan lebih mendalam" kedua-dua tangannya mencapai laju tanganku.
Degupan jantung semakin mengepam laju ditambah pula manik-manik peluh berjuraian di atas dahi. Mengapa perasaan gementar selalu hadir disaat aku tak perlukannya?
Tidak lama selepas itu, aku perlahan-lahan melepaskan genggaman tangannya.
"Ops sorry buat awak macam ni. Saya ingatkan orang Perancis sukakan suasana romantik" tebak Jimin.
"Nae, gwaenchana-- ops" aku terus menekup mulut akibat bahasa ibunda terpacul keluar. Jimin mula melemparkan pandangan mencurigakan.
"Awak ni orang Korea ke orang Perancis? Bukan main lancar awak bercakap" Jimin mula melemparkan pandangan mencurigakan.
"Saya orang Korea-Perancis, Cheryl Bourdaix-Kwon " akibat fikiran yang berselirat, aku tidak memikirkan jawapan yang selamat.
Mahu saja aku ketuk kepala atas meja bila memikirkan nama pelik terpacul keluar dari mulut. Sebenarnya aku mahu perkenalkan diri dengan identiti palsu, seperti dibuat pada Yoongi semalam.
"Ouh patutlah. Jadi kalau awak sudi, cik Cheryl, jemputlah datang ke situ."
"Pukul berapa?"
"8 malam."
Aku tersenyum lebar dibalik penutup mulut, jemputan sebegini memang memudahkan kerja pengintipan aku.
Namun begitu, kad pengenalan palsu perlu ditukar secepat mungkin, takut nanti terkantoi pula penyamaran aku selama ini.
🍉🍉🍉🍉🍉
Lepas Yoongi, Jimin pula perlu ditempuh Chaeyoun. Ada siapa-siapa nak gantikan tempat Chaeyoun tak? 😝
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro