U I ° E M P A T
Memandang ramai bercuti, so Wauthormelon kasi satu chapter malam ni
Scene berbahaya. Hanya untuk bacaan 18 tahun ke atas, I warn you 🔞
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 04
Kelibat ahli BTS tidak kelihatan meskipun jarum jam sudah menginjak pukul 1 pagi. Akibat kantuk menguasai diri, kelopak mata Chaeyoun perlahan-lahan tertutup.
Tidak lama selepas, daun pintu yang terhempas kuat pada dinding memeranjatkan Chaeyoun. Dirinya yang separa mamai terundur dari kawasan ruang tamu seusai melihat mereka yang lain melangkah masuk dengan penuh longlai.
Chaeyoun menutup pintu terlebih dahulu sebelum memulakan adegan yang belum diselesaikan. Dia menepuk dahi kerana baru perasan dirinya memakai pijama yang menampilkan sebagai perempuan. Persetankanlah semua itu semata-mata untuk selesaikan tugasan ini.
Akibat kepala pusing yang amat, badan mereka lantas tertiarap di ruang tamu. Ini memudahkan Chaeyoun mengesan tubuh mereka semua secara menyeluruh, jadi dia pun mendekati seorang demi seorang.
"Panas, panas"
Hampir saja dia mahu menutup matanya disebabkan jejaka-jejaka ini mula menanggalkan pakaian. Sudahlah mereka semua bertubuh sasa, tambah pula ada enam ketul abs yang boleh buatkan Chaeyoun tidak keruan. Pantas dia menggeleng kepala untuk tidak berhasrat berfangirl melihatkan mereka yang tidak berpakaian ini, kerja intipan harus dipercepatkan memandangkan pancaindera penglihatan adalah satu-satunya cara untuk memperoleh maklumat peribadi mereka.
Tugasannya belum selesai lantaran satu tubuh ahli BTS belum lagi discan. Matanya melilau mencari susuk tubuh jejaka itu.
Tanpa disedari, tubuh Chaeyoun dirangkul kemas oleh seseorang. Chaeyoun terpana dengan tindakan salah seorang ahli BTS itu.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
"Chaeyoun sayang hik, takkan awak hik dah lupakan ex-boyfriend hik awak sorang ni?" tutur Jimin diselangi dengan sedu.
Aku terkaku apabila Jimin mengunci diriku dengan lengan kekarnya pada dinding. Deruan nafasnya yang berbau soju sudah pastinya meloyakan tekakku.
"Tak, awak bencikan saya dan saya bencikan awak. Mana ada awak sayangkan saya lepas dah buang saya jauh-jauh" dalihku sambil memejam mata. Takut untuk berhadapan dengan jejaka yang sudah tidak berbaju.
Ya sememangnya aku bencikan Jimin, kerana pertama dia melayan diriku sebagai Aaron umpama sampah sarap. Kedua, rasanya tak perlu aku bincangkan di waktu genting sebegini.
"Tolonglah Chaeyoun, janganlah berputus asa di pertengahan jalan"
Suara besar pegawai Jang berulang-ulang bagai kaset rosak dalam fikiran. Bait kata-katanya buatkan aku teruskan tugasan gila yang hampir pecah kepala ini.
Kelopak mataku kembali mencelik untuk mengesan keseluruhan tubuh Jimin biarpun anak mataku dinodai dengan tubuh badannya yang berketak.
"Wow Chaeyoun, makin galak kau perhatikan aku. Ini balasan buat gadis sengaja goyahkan aku"
Hampir aku mengesan ke hujung kakinya, diriku dihempas kuat ke dinding lalu ciuman rakus Jimin dilepaskan pada bibirku. Aku bergelut cuba untuk lepaskan diri dari Jimin, namun kudrat seorang lelaki tidak aku tandingi. Damn Park Jimin.
Tubir mataku bergenangkan air mata sejurus memori bersama Jimin dilayarkan dalam fikiran.
🍉🍉🍉🍉🍉
Chapter ni tak boleh tulis panjang-panjang, nanti korang pengsan hehe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro