Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

U I ° D U A P U L U H T I G A

Harap korang tak rimbuk Jimin yer hehe 😬 Chapter kali ini panjang sikit, banyak konflik.

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 23

Aku menghadapkan diri pada cermin besar yang menghiasi sisi kamar bilik. Badanku sengaja ditegakkan ke sisi cermin memudahkan untuk melihat keadaan fizikalku kini.

Perut yang sedikit buncit diusap-usap lembut sambil fikiran menerawang akan masa depan zuriat yang kuhamil. Perlukah aku gugurkan untuk teruskan intipan atau berhenti dari kerja gila ini dan keluar dari kumpulan terkenal ini untuk jalani kehidupan sebagai manusia biasa?

Tiba-tiba aku tersedar dari lamunan memikirkan perkara itu tatkala tombol pintu dipulas secara kasar dari luar. Aku pun segera melorotkan pakaian jatuh untuk menutupi perut.

Tidak sampai milisaat, pintu kamar tidur terkuak luas menampakkan figura jejaka yang melemparkan senyuman manis buatku. Sementara aku menyapanya dengan pandangan maut.

"Lain kali nak masuk ketuk dulu pintu. Tak faham bahasa ke?" aku sekadar menjeling tajam lantas merapikan sekilas rambut. Dia hanya mengendahkan amaran sebelum merapatkan tubuhnya padaku dari belakang.

"Ish lepaslah! Dahlah pintu tak tutup. Kantoilah nanti" dengusan kasar kutempiaskan, tidak selesa dan rimas akan sentuhan jejaka bernama Park Jimin ciptakan khaskan untukku. Pautannya sengaja dikejapkan menyukarkan aku untuk leraikan pelukan.

"Hehe comellah awak marah. Ni buat saya makin sayang dekat awak, Aaron" tanpa segan silu, dagunya mula mendarat pada bahuku. Tangannya juga tidak lepas dari mengelus perut.

"Sudah-sudahlah, nanti lambat pulak nak sampai lokasi pengambaran"

"Wow baby, mummy awak bakal masuk dalam MV baru nanti"

"Diam setan!" dengan separa berbisik, aku hamburkan sumpah seranah. Sambil-sambil itu, aku kerahkan tenaga untuk longgarkan pautan jejaka itu dan ianya berhasil.

Setelah bebas dari cengkaman Jimin, aku pun berdesup keluar dari bilik untuk dapatkan mereka yang sudah bersiap.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Hilaian tawa kian kuat bergema ke segenap lokasi keberadaan kami lantaran mata kami memfokuskan skrin yang memaparkan lagak kami semua semasa pengambaran video muzik digiatkan.

"Joon, kau try nak pegang barang ke nak hancurkan?"

"Eyuw tengok Seok, makan Snicker sampai melekat dekat gigi!"

"Woah, Jungkook muka saja innocent, tapi absnya tidak"

"Jin hyung, menyempat pegang kuali waktu shooting hahaha"

"Uwu Yoongi. Kau dalam MV macam anak kucinglah, comel sangat!"

"Wow Tae nampak kacak sangat! Prince Charming tu!"

"Jimin pun apa kurangnya? Mengancam habis bila menari"

"Aaron, kau nampak cantiklah!" mereka berenam menoleh pada Jimin dengan mempamerkan pandangan mamat-ni-dah-masuk-air-ke-apa? , dan pastinya aku pun tergamam akan kenyataannya. Dan aku tahu, mungkin ini pengakhiran buat penyamaranku sebagai idola K-pop.

Jadi aku cepat-cepat memijak kaki Jimin untuk menyedarkannya.

"Eh tak! Maksud aku, Aaron Choi tampan sangat-sangat" lengan berotot sengaja direhatkan pada bahuku sebelum sebelah tangannya menyekeh perlahan kepalaku untuk menghilangkan suasana janggal.

"Biasalah otak Jimin ni memang tak sihat walafiat, entahlah kenapa" balasku sekadar untuk berseloroh.

Mereka pun menyambut gurauan dengan ketawa, nasib baik! Dan akhirnya pandangan mereka difokuskan kembali pada skrin kamera.

"Kau ni kan sengaja nak kantoikan penyamaran aku kan?" mataku mula dijegil pada Jimin.

"Hehe practice je. Nanti dah terkantoi, bolehlah nak ajak dorang datang ke majlis perkahwinan kita" tergamam aku apabila Jimin menyuarakan niatnya sebenarnya di balik bisikan. Tergeleng-geleng kepala aku seolah-olah tidak percaya akan bicaranya.

"Don't dare it!" pantas aku ungkapkan kata-kata penuh amaran.

"Hm, ingat yeobu takut ke?" balas Jimin berserta sengihan sinis diselit panggilan 'yeobu', ugutan tadi langsung tidak tercabar buatnya barangkali.

"Ouh nak main truth or dare yer? Baik, aku pilih dare dan biar aku sendiri pilih cabarannya. Aku akan cuba buat kau cemburu. Kau tengoklah!" aku meninggalkan Jimin bersendirian di situ, sementara langkahku diaturkan menghampiri mereka berenam.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Senyuman ikhlas kembali mekar pada bibirku tatkala sekian lama tidak bergurau senda dengan ahli BTS yang lain. Mana tidaknya, selama berada dalam pengawasan Jimin, aku langsung tidak dibenarkan untuk berbual-bual kosong dengan mereka, hatta untuk bertanya khabar.

"Heh, ghei kau bagi pulak kita orang sembang dengan kau" bahuku disiku Namjoon. Julukan panggilan 'ghei' sudah lali di halwa telingaku, alah bisa tegal biasa katakan. Sudah tak larat aku tegurkan perkara yang sama tiap-tiap hari, jadi aku biarkan saja.

"Ntah, berkira betul si Jimin. Bukannya kau tu awek or pakwe dia, sesedap rasa saja nak kawal anak orang" leteran Seokjin berjela-jela meletuskan tawa kami semua, kecuali seseorang. Dari tadi dia memerhatikan aku cukup sangsi.

"Mata aku silap ke atau kau nampak chubby?" Hoseok mengembung pipi menunjukkan perubahan tubuhku. Hampir tertunduk malu akan lagaknya.

"Haahlah. Sejak-sejak tak menyembang sekali dengan kita, pipi Aaron nampak bambam sikit" sokong Yoongi akan pendapat Hoseok sebelum pipiku dipicitnya lembut.

"Bukan bambam, pipi paulah" kali ini pipiku diganyang-ganyang Taehyung.

"Oit, ghei kau tak marah ke?" soal Jungkook secara berbisik-bisik. Kedengaran suara sedikit ketakutan.

"Tak. Kenapa? Tak pernah dilayan mesra oleh hyung-hyung ke sebelum aku masuk?"

"Ish taklah, kau tengok sana" perlahan-lahan anak mataku melirik mengikut tundingan jari milik Jungkook. Kini, aku terpempan oleh sebab Jimin bersandar pada dinding mula menggerakkan rahangnya.

"Aku pasti, ghei kau jeles" aku hanya mampu menelan liur penuh perit setelah Jungkook memberitahu perkara itu.

Melihatkan derapan kakinya kuat menghentak, aku pastinya dilanda masalah tak lama lagi. Lama-kelamaan, dia tiba di meja kami berkumpul tanpa mengoyakkan sebarang senyuman.

"Aaron jom ikut aku"

"Tapi shooting belum tamat lag—"

"DIAM!" tengking Jimin sebaik saja Hoseok menegur. Pergelanganku disambar cukup kasar, hampir menyebabkan aku jatuh tersembam.

Tanpa sebarang suara, dia mengheret aku ke kawasan parking kenderaan. Pintu kenderaan berjenama Pagani Zonda dibuka kasar sebelum menolak tubuhku memasuki perut kereta.

"Kau nak bawak pergi mana, hah?"

🍉🍉🍉🍉🍉

Cer teka, Jimin nak angkut Chaeyoun pergi mana agaknya? 🤪

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro