U I ° D U A P U L U H S A T U
😎😎😎
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 21
"Apahal terketar-ketar si Jeman ni? Parkinson ke apa?" hairan Jungkook pabila pertama kali melihat Jimin sebegini rupa.
"Kan? Lagipun Parkinson dengan Park Jimin tak jauh beza" sampuk Hoseok disambut dengan hilaian tawa mereka berenam.
"Ba- bi! Aaron tu bawak moto Kawasaki macam-"
"Macam apa hah? Pelesit?" celahku yang memeluk tubuh. Dahlah tumpang aku, tak nak berterima kasih pulak tu. Jimin diam berkutik untuk membalas, tahu pun nak takut.
"Dah dah, jom pergi jumpa Bang PD Nim" ajak Namjoon yang sudah menolak-nolak kami semua memasuki bangunan Big Hit.
Namun langkahku terhenti seketika ekoran satu suara membisik kedengaran mengugut.
"Jangan sesekali nak berani sedekahkan senyuman manis kau dekat siapa-siapa. Kalau aku nampak kau bermesra dengan mana-mana lelaki, siap kau!
Rahsia sebenar kau akan aku dedahkan. Ingat tu, Chaeyoun sayang" Jimin mencium sekilas pipiku sebelum langkahnya dimajukan ke arah mereka.
Aku masih tercegat di hadapan bangunan tersergam megah ini mampu kakukan diri. Damn, innocent Jimin dah lesap!
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Dalam mereka sibuk berbincang mengenai jemputan ke Billboard Music Award (BBMA) buat kali keempat, aku yang berada hujung sekali terasa ketinggalan, tambah pula berselirat memikirkan cara-cara untuk mengintip latar belakang sebahagian daripada mereka tanpa pengetahuan Jimin.
Tetapi aku masih keliru, adakah Park Jimin sudah ketahui diriku yang sebenarnya ialah idola penyamar selama ini? Sebab apa yang aku dengar, dia cuma tahu aku seorang perempuan. Tidak lebih dari itu, rasanya.
"Weyh Jimin" aku menyepak kakinya dari bawah.
"Nak apa, sayang?" perkataan 'sayang' sengaja disebut perlahan agar tidak didengari yang lain.
"Aku ni siapa bagi kau?" saja aku ajukan soalan mudah buatnya. Kalau ditanya secara spesifik lagi-lagi melibatkan pengintipan aku, sudah pasti aku pasang perangkap buat diri sendiri.
"My only first and last, Choi Chaeyoun" balasnya dengan jawapan yang agak melampau untuk kudengar. Ya, aku terkedu akan kata-katanya.
"Aihh, Jimin. Jangan kata kau gheikan Aaron pulak" satu suara yang menerjah ke gegendang telinga, kedengaran memerli akan tingkah laku kami berdua. Disebabkan dia, mesyuarat ringkas ini terganggu dan mata-mata ahli kumpulan BTS memfokuskan kepada aku dan Jimin.
"Ya, aku memang gheikan dia, kenapa?" membeliak biji mataku apabila Jimin mengakui hubungan songsang yang kami 'jalinkan'. Aku separa terpempan tatkala riak wajah Taehyung kelihatan mendung.
Aku hamburkan segala sumpah seranah dalam hati sebelum menidakkan pengakuannya.
"Hehe, korang ni jangan percaya apa Jimin cakapkan. Dia melawak je" aku bersuara untuk lenyapkan suasana tegang dan hening. Tanpa diketahui Jimin, aku memijak kakinya semahu-mahunya sebelum dia mengerling tajam padaku. Namun, sekelip mata saja dia mengoyakkan sebuah senyuman yang sukar aku tafsirkan.
"Ahhh~ sakitlah Aaron" Jimin mengerang sakit diselitkan bunyi desahan. Shit!
Sekali lagi, pandangan hairan dan jelik dihadiahkan buat kami berdua. "Kan aku kata, dorang ghei!" tuduhan Jungkook melulu itu membuatkan aku menghentak permukaan meja penuh tak berpuas hati.
"Kau dah melampau, Kook!" aku terus membawa diri ke arah Jungkook yang terkejut akan tindak tanduk drastik aku lakukan. Sampai-sampai saja di tempat didudukinya, aku memaut kemas kolar turtle neck sambil mendengus kasar.
Seperti tidak dapat mengawal perasaan amarah, akhirnya satu tumbukan berjaya aku daratkan pada wajah tampan milik Jeon Jungkook.
Tumbukan seterusnya tidak dapat kulunaskan lantaran satu lengan menghalangku daripada berbuat demikian. Tatapan aku beralih pada gerangan pemilik lengan kekar itu. Akibat tidak mampu merenung wajahnya, pandanganku lantas ditundukkan sebelum berdesup keluar dari bilik mesyuarat.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
"Aaron keluarlah!" suara besar seseorang bergema menghentikan diriku dari merintih dalam tandas secara diam membisu. Aku pun cepat-cepat mengesat cecair jernih yang menuruni ke pipi menggunakan hujung lengan baju.
Pam tandas sengaja ditarik, memastikan dia ketahui tujuan utamaku datang ke sini. Sejurus pintu dikuak, wajahnya menyapa segenap pandanganku.
"Kau okey?" soalnya prihatin. Aku cuba menutupi kebenarannya, jadi kepala diangguk perlahan tanda diri ini baik-baik saja. Tiba-tiba tubuhku ditariknya ke dalam dakapan.
"Tak payah tipu. Aku tahu kau tak okey. Menangislah sepuas hati kau" rambut palsuku dielusnya penuh lembut sebelum pelukan dieratkan.
Seperti tidak dapat menahan emosi, maka terhamburlah tangisanku buat kali kedua pada bahu lebarnya.
"Senang-senang hati saja arnab durjana tu labelkan aku gay. Dia tak tahu ke Jimin memang dari keturunan tu hiks" luahku yang dipendamkan selama ini. Kalau bukan sebab misi intipan mengarut ini, sudah lama aku angkat kaki dari bangunan syarikat hiburan ini.
Dia kemudiannya mengusap belakang tubuhku, cuba memujuk.
"Pedulikan mereka tu. Yang paling penting sekarang, kau kena buang segala aura negatif dalam diri. Itulah penyebab diri kau begini. Get prepare well physical and mental for our performance soon, bro"
Tatapanku kini diangkat kembali menghadap wajah Taehyung sebelum sisi bibirku dinaikkan untuk menguntum satu senyuman ikhlas padanya.
🍉🍉🍉🍉🍉
Jumpa di BBMA y'all (chapter seterusnya) 🧟♀️✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro