Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

U I ° D U A P U L U H L I M A

Mungkin berbaki enam atau tujuh chapter sebelum tamatnya Undercover Idol 😌btw vote dan komen daripada pembaca amatlah Wauthormelon hargai 🌼

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 25

Perlahan-lahan aku mencelik kelopak mata yang terasa berat. Kini, pandanganku bertembung dengan syiling

"Cik Chaeyoun" lirikan mataku terus beralih pada seseorang yang lengkap berkot putih bersebelahan birai katil. Wajahnya memandangku penuh kesayuan.

"Maaf kami tidak dapat selamatkan kandungan cik yang mencecah sebulan lebih usianya. Harap cik banyakkan bersabar" tutur pegawai perubatan yang kian mengendur suaranya. Pandanganku mula kabur lantaran bergenangnya air mata.

Patutlah perutku terasa kempis, rupa-rupanya aku keguguran. Baru saja aku hasrat untuk tinggalkan tugasan intipan setelah berfikir masak-masak sewaktu bersama Jimin,  namun tidak kesampaian. Tuhan lebih sayangkannya. Tak apalah, aku cuba untuk reda akan pemergian zuriat yang kukandungkan selama 6 minggu itu.

"Doktor, bagaimana keadaan Jimin?"

"Park Jimin kamu maksudkan?" aku sekadar mengangguk kecil.

"Encik Park mengalami kecederaan kecil sewaktu dihantar ke sini, jadi dia sudah discharge semalam" beritahu doktor Hwang Sohye akan perkhabaran Jimin melapangkan dadaku. Mujurlah dia tidak apa-apa.

Meskipun benci terhadap Jimin meluap-luap, namun belas ihsan untuk mengasihani seorang insan tidak pernah hilang.

"Jadi, bila saya boleh keluar dari wad?"

"Memandangkan cik mengalami keguguran, jadi kami akan tahan cik sampai tamatnya tempoh berpantang" termangu aku akan kenyataan doktor. Makin kusut pemikiran aku akan percaturan hidup sekarang.

"Kalau cik ada apa-apa masalah, nanti maklumkan pada saya atau jururawat bertugas yer?" pamit doktor perempuan itu sebelum melangkah ke wad didiamiku.

"Wait, doc" langkah doktor Hwang terhenti sejurus aku memanggilnya. Ada satu perkara yang aku ingin beritahu padanya. Moga-moga dia dapat ikuti arahanku.

"Boleh tak doktor..."


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Thanks doc" ucap Chaeyoun seikhlas hati setelah kakinya disimen dan dibaluti dengan kain. Data kesihatannya diubah suai, daripada kes keguguran kepada kecederaan pada kaki. Mujurlah pihak hospital dapat memberi kerjasama dalam merahsiakan hal ini demi profesion yang diceburinya.

Rambut palsunya turut dirapi kemas memandangkan akan ada pelawat yang menjenguk.

"No prob, Inspektor Choi Chaeyoun" doktor mengulum senyuman sebelum meminta diri untuk beredar dari wad.

Tidak lama kemudian, pintu wad dikuak dari luar sehingga munculnya wajah seseorang yang kelihatan risau.

"Aaron, kau okey tak?" laju Taehyung melangkah menghampiri sekujur tubuh yang terlantar atas katil. Mereka yang lain turut melangkah dalam wad bersama-sama buah tangan pada tangan.

Chaeyoun yang menyamar sebagai Aaron menelan liur penuh perit disebabkan satu cerlungan tajam dihadiahkan seseorang buatnya.

"Okey saja" tutur Aaron lemah sambil memerhati sayu kakinya. Dalam hati, dia tersenyum lebar berikutan mampu meraih simpati daripada ahli kumpulannya. Lakonan sebagai pesakit yang patah kaki perlu dijalankan penuh dramatik.

Mereka bertujuh berdiri mengelilingi katil yang diduduki Aaron, jadi beraneka soalan terpaksa dijawabnya ekoran rata-rata mereka risau akan kesihatan maknae kumpulan ini.

"Aaron, Bang PD minta maaf sebab tak dapat nak melawat kau" bicara Namjoon sambil menunduk.

"Takpe takpe"

"Jadi, bila kau dapat keluar dari sini?" soal Seokjin yang meletakkan buah tangan berupa bakul buah bersebelahan Aaron.

"Doktor cakap, mungkin makan masa berbulan-bulan untuk kaki aku pulih" mereka yang lain sekadar mengiyakan kata-katanya.

"Anyways, banyakkan berehat, nanti bolehlah kita buat kolaborasi" pesan Yoongi berbentuk nasihat disertakan rancangan yang diaturkannya bersama Aaron selama ini. Dia hanya membalas anggukan malas.

Pintu wad yang dikuak secara kasar telah memeranjatkan mereka di dalam. Makin cuak Chaeyoun dibuatnya setelah memandang gerangan yang memasuki wad dihuninya.

Dua tetamu yang baru menjengah ke dalam wad turut terkedu.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Jadi kamu bila boleh keluar, anak ayah?" rambut palsuku dielus lembut oleh Pegawai Jang, dimana dia terpaksa menyamar menjadi ayah aku dihadapan BTS.

"Mungkin dalam 2 bulan, kaki patahkan ambik masa lama nak bercantum elok" ujarku sambil memandang Eun Mi yang kebingungan untuk melakonkan watak yang sesuai baginya. Dalam diam, aku menghantar pandangan geram supaya dia cepat bertindak.

"Kesiannya anak tiri makcik sorang ni" kali ini Eun Mi mengusap kepalaku. Hampir saja aku menepuk dahi disebabkan dia memilih untuk menjadi ibu tiri.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Semoga cepat sembuh, Aaron" tutur ahli kumpulan BTS sebelum melangkah keluar dari wad. Begitu juga dengan Pegawai Jang dan Eunmi.

"Makcik, tunggu sekejap" Eunmi pun menoleh ke belakang sebaik sahaja aku memanggilnya. Dia menghampiri aku berserta raut wajah bingung.

"Waeyo?"

Aku mengeluh panjang sebelum memulakan bicara. Terasa berat untuk khabarkan perkara sebenar. Tetapi, Eunmi perlu tahu memandangkan dialah satu-satunya orang aku percayai.

"Sebenarnya kaki aku tak patah pun" bertaut kening nipis miliknya sejurus aku kata begitu.

"Habis tu, kau masuk hospital sebab apa?"

"Aku keguguran" tertunduk malu aku untuk memberitahu perihal sebenar.

"Apa?"

🍉🍉🍉🍉🍉

Sorry chapter hambar 😌😌😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro