U I 2 ° T U J U H B E L A S
Suprise! Hehe belum lagi finale chapter. Ni bakal jadi unexpected chapter kot hahaha
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 17
Aku terperanjat besar setelah sedar dari pengsan, dimana kedua-dua belah tangan diikat secara tergantung pada tiang.
"Aik dah bangun?" aku mendongak kepala, cuba melihat gerangan yang menyoal tadi. Namun hampa, wajahnya ditutupi dengan topi dan mask muka, sukar untuk cam orangnya.
Aku sekadar diamkan diri, tidak mahu berinteraksi dengan penjenayah yang paling dikehendaki oleh Interpol.
Dalam aku memerhatikan tingkahnya mengangkat sesuatu, aku terdengar ngauman enjin dari kiri. Terdapat beberapa jet ski berhenti bersebelahan kapal layar mewah ini.
Mereka yang menaiki kenderaan atas air itu terus melangkah ke kapal dengan mengangkat beberapa peti.
Ingatkan seorang dua saja, rupa-rupanya ramai yang mempergiatkan jenayah ini.
"Korang ni siapa hah?" aku memberanikan diri untuk bertanya, secara kasar.
Terhenti kerja memunggah mereka lakukan. Pasti ini barangan dari kapal kargo tadi.
Tiba-tiba, salah seorang mereka melangkah ke arah aku dengan menghadiahkan pandangan sinis dibalik topeng mulut hitam.
"Bro, jangan tanya kasar-kasar. Kita orang pun ada perasaan. Anyways, I'm Tyler" ujarnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Ops lupa kau kena ikat hahaha" perlian Tyler diterima tawa terbahak-bahak daripada rakan jenayahnya.
"Even kau tak tanya, kita orang dikenali sebagai T.R.E.A.S.V.R.E" tokoknya.
"Tapi kenapa T.R.E.A.S.V.R.E?"
"Easy, itu gabungan nama aku dan dia orang yang lain. Ianya nama aku sendiri, Randy, Ethan, Adam, Spencer, Victor dan Rafael"
Aku terkesima, bukankah ini kumpulan rompakan barangan kemas yang dikehendaki oleh polis di Seoul?
"Jadi, siapa E yang terakhir tu?"
"Itu kau sendiri, Isaac EUNWOO Song!"
Pantas aku berpaling wajah ke arah seseorang yang menyeru namaku sebagai ahli kumpulan penjenayah ini. Aku cuak setelah memandang wajahnya, dia adalah...
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Kenapa aku jugak! Apa yang aku buat sampai kau anggap aku ni sebahagian kumpulan ni?" aku menengking puas disebabkan kenyataannya tadi.
Dia tersengih sinis melihat aku yang tidak senang hati.
"Sebab kau, kita orang lagi mudah nak merompak. Kau umpama penanda aras untuk kami lakukan kegiatan tu. Di mana kau pergi, kami ekori dari belakang.
Ingat kes rompakan di butik swarovski haritu? Kamilah perompak tu" selamba saja ayat-ayat dilontar keluar dari mulutnya, seperti bangga akan rompakan yang dikerjakan mereka berlapan.
Eh sekejap, mereka yang bertopeng tu siapa agaknya? Dari tadi aku memikirkan identiti sebenar segerombolan penjenayah itu.
"Jadi yang lain tu kawan kau jugak ke?"
"Of course! Tak percaya? Hm! Geng, bukak topeng sekarang!" mereka bertujuh segera menanggalkan topeng muka, seperti diarahkan HongJoong, selaku ketua.
"Tak mungkin! Bukan ke korang tengah buat persembahan di konsert sekarang?" aku tercengang menatap wajah mereka bertujuh, satu per satu.
Aku dilanda kehairanan. Bagaimana mereka boleh ada di sini secepat ni walhal konsert masih lagi diadakan?
"Sampai hati korang tipu aku selama ni! Aku percaya dengan korang bulat-bulat tau!" hampir luruh deraian air mataku dibuatnya.
Mereka sekadar membalas pandangan yang bersahaja, tidak bersalah akan kegiatan yang mereka lakukan.
Salah seorang mereka menghampiriku. Satu sentuhan diciptanya, menyapa pipiku.
"Sorry baby. Aku memang nak lindungi kau dari semua ni. Tapi, nak buat macam mana? Merompak tu dah sebati dengan aku sebelum debut lagi" tutur WooYoung penuh kelembutan, walaupun terselit sedikit perlian.
Serta merta, perasaan sayang pada kumpulan ATEEZ berubah menjadi benci.
"Aku tahu, korang takkan menyendiri buat kerja haram ni kan? KAN!"
"Pandai kau teka" tiba-tiba, suara gemersik ayu menyapa deria pendengaranku bersama tepukan kecil. Macam biasa dengar.
Jangan-jangan, dia...
"KAU?"
🍉🍉🍉🍉🍉
Jom main teka-teki 🙈 Korang rasa siapa dimaksudkan Isaac/Eunmi?
Wauthormelon bagi KLU, wataknya dah sedia-sedia ada. Cuma korang perasan tak perasan je hehe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro