Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

U I 2 ° S E M B I L A N B E L A S

Abe ATEEZ say bubye 😌✨

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖑 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 19

"Lega rasanya" aku mendepakan tangan penuh puas setelah berjam-jam tergantung pada tiang.

"Sorry weyh buat kau jadi mangsa keadaan. Patutnya aku tak bawak kau" serba salah Chaeyoun berbicara.

Pantas aku memaut bahunya.

"Tak apalah! Aku anggap ni semua pengalaman. Pengalaman sebegini mana boleh dibeli, apatah lagi dirompak" sengaja aku titipkan gurauan. Mujur dia kembali tersenyum.

"Tengok sana" aku tujukan pada sembilan orang penjenayah yang menunduk ke bawah akibat malu digari oleh polis maritim.

Aku menghela nafas lega setelah berjaya menahan segerombolan penjenayah berprofil tinggi. Nakkan pula, yang ditangkap tu adalah orang yang paling aku benci.

Byebye, WooYoung si stalker gila.

Pandanganku teralih pada satu-satunya wanita yang tangannya digari, siapa lagi kalau bukan Profesor Lee Jieun. Patutlah modus operandi rompakan terlalu hebat, sampai merompak naik Buggati. Dialah mastermind dalam salah laku jenayah terbabit.

Kali ini, wajah muram Chaeyoun menjadi fokus tatapanku- eh, tadi bukan main senyum, sedih pula.

"Kau ni kenapa muka sedih-sedih ni?" pertanyaan dibalas gelengan.

"Bagitahulah" pantas aku menyambar kedua-dua tangannya sambil menghadiahkan riak wajah bimbang.

"Choi San- hiks" risauku kian membuak melihat Chaeyoun menundukkan wajah.

"Kenapa dengan Choi San?"

"Hiks, dia adik aku!" juraian air mata menuruni ke pipinya. Patutlah dari tadi bersedih.

· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

𝓚𝓲𝓶 𝓗𝓸𝓸𝓳𝓸𝓸𝓷𝓰
Nama Samaran : Lil Chief
Pekerjaan selain artis : Ketua kumpulan rompakan
.
.
.

𝓟𝓪𝓻𝓴 𝓢𝓮𝓸𝓷𝓰𝓱𝔀𝓪
Nama Samaran : Randy
Pekerjaan selain artis : Penyelaras strategi rompakan
.
.
.

𝓙𝓮𝓸𝓷𝓰 𝓨𝓾𝓷𝓱𝓸
Nama Samaran : Ethan
Pekerjaan selain artis : Pembekal alatan untuk merompak
.
.
.

𝓚𝓪𝓷𝓰 𝓨𝓮𝓸𝓼𝓪𝓷𝓰
Nama Samaran : Adam
Pekerjaan selain artis : Perompak profesional ( melibatkan barangan kemas)
.
.
.

𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓢𝓪𝓷
Nama Samaran : Tyler
Pekerjaan selain artis : Penyelinap handal (sebelum rompakan berlaku)
.
.
.

𝓢𝓸𝓷𝓰 𝓜𝓲𝓷𝓰𝓲
Nama Samaran : Spencer
Pekerjaan selain artis : Pemanipulasi mangsa rompakan ( mangsa tidak sedar mereka dirompak)
.
.
.

𝓙𝓾𝓷𝓰 𝓦𝓸𝓸𝔂𝓸𝓾𝓷𝓰
Nama Samaran : Victor
Pekerjaan selain artis : Pemandu profesional ( sukar dijejaki polis selepas dirompak)
.
.
.

𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓙𝓸𝓷𝓰𝓱𝓸
Nama Samaran : Rafael
Pekerjaan selain artis : Penyimpan harta rompakan
.
.
.

𝓟𝓻𝓸𝓯𝓮𝓼𝓸𝓻 𝓛𝓮𝓮 𝓙𝓲𝓮𝓾𝓷
Nama Samaran : IU
Pekerjaan lain : Dalang utama rompakan (rentas sempadan antarabangsa)

_________________

Tatapanku pada maklumat sebenar mengenai perompak-perompak melalui kanta lekap terhenti sejurus deruan bayu malam yang menghala ke arah pantai Bali mula menampar lembut pipiku, cukup menggamit ketenangan.

Sambil-sambil aku memandang ke arah pelayan yang menatang makan malam pelbagai juadah ke tempat kami.

Hidangan berupa makanan laut pada malam ini sangat menyelerakan, mahu saja air liurku membanjiri meja.

"Jemput makan!" aku berucap penuh ceria kepada Chaeyoun, namun dia membalas segaris senyuman kecil. Mesti dia masih teringatkan adiknya San tu.

"Chaeyoun, chae-rialah sikit. Taknak monyok-monyok macam ni"

Berkali-kali aku cakap perkara yang sama, namun dia ralit termenung dan berwajah muram.

Akibat tidak malu Chaeyoun berlama-lama dengan mood sedihnya, aku mula menggagau tas tangan untuk mencari sesuatu. Setelah digapai, pemusnah memori akhirnya berada dalam genggaman.

Lantas memori mengenai singkatan J.L.P terlintas dalam fikiran sejurus dibaca sekilas pada objek tersebut. Ada pengawai penyiasat memberitahu singkatan itu membawa maksud 'Jieun Lee Properties'.

Berbalik pada hal tadi, dengan senyap-senyap, aku pancarkan cahaya itu tepat pada deria penglihatan Chaeyoun. Serta merta, dia melemparkan tatapan yang bingung. Wajahnya juga tidak muram seperti tadi.

"Apa tengok-tengok? Makanlah" pelawaku.

Dalam aku menjamu selera, Chaeyoun mula berdehem kecil.

"Waeyo?"

"Nak tahu apa jadi dekat konsert ATEEZ?" terkebil-kebil mataku mendengarkan apa yang diperkatakan Chaeyoun.

ATEEZ kan ada di sini, bagaimana mereka ada di sana pula? Pening aku!

"Jap, kau jangan kata yang dorang ada klon-" kata-kataku terhenti sejurus skrin telefon Huawei Mate30 menghiasi pandangan.

"Tengok dulu video ni" video dari peminat mula dimainkan.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Suasana di Gocheok Sky Dome cukup meriah, ditambah pula dengan kemunculan ATEEZ di atas pentas.

Dalam keriuhan, salah seorang ATINY dikenali K-onn sempat merakam detik-detik yang tidak akan dilupakan.

Puluhan objek seperti patung kecil dilemparkan peminat kepada ATEEZ yang masih giat melakukan persembahan.

Tanpa disedari mereka berlapan, sebuah patung Minion tepat mengena pada batang hidung HongJoong. Secara tiba-tiba ketua kumpulan itu mula mengecil secara drastik.

Mereka mula diserang perasaan buntu tatkala tubuh jejaka diminati ramai itu mula menjadi patung kecil yang mempunyai titik merah di tengah-tengah muka.

Keriuhan daripada ribuan ATINY mula menjadi hening lantaran insiden aneh itu untuk beberapa saat.

"Mereka ni robot rupanya, buuu~" segenap stadium mula menjadi haru biru setelah satu suara melaung kuat akan penipuan kumpulan tersebut.

Akibat rasa ditipu, Lightiny dilempar terus oleh ribuan ATINY ke arah robot-robot berupa artis idola itu.

· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Satu pancaran putih mula menyilau penglihatanku. Lantas, memori kejadian di hadapan bilik larangan menerjah dalam benak fikiran.

"Ha, baru aku ingat! Apa yang aku nampak dalam bilik larangan tu sama macam dalam video!

Patutlah hidung mereka semua merah-merah, rupa-rupanya aku duduk sebumbung dengan robot selama ni" bertalu-talu aku menepuk setelah kebenaran mula terpampang di hadapan mata.

Tak sangka, licik betul ATEEZ dan Prof ni! Mujur mereka bakal dihadapkan ke mahkamah tak lama lagi akan kesalahan berat sebegitu.

"Sudah-sudah tepuk dahi, enjoy sudahlah malam ni" aku lantas memandang Chaeyoun yang meleret tersenyum, segelas bir dihalakan padaku.

"Okey!" aku pun pantas meraih minuman keras itu.

"Minum!"

🍉🍉🍉🍉🍉

Yey akhirnya tamat jugak. Mintak ampun dan maaf sekiranya ada jalan cerita yang berbelit-belit dan typo, che pun manusia yang tidak henti noktahnya dalam buat kesilapan 😌

Btw, terima kasih buat remi-remi yang tak henti-henti menyokong Wauthormelon dari mulanya UI2 dikarang sampai sekarang. ❤️🍉 Luv y'all ❤️

Complete on 5.3.20, at 22.22 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro