U I 2 ° S E M B I L A N
Hi y'all Wauthormelon is back hehe
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 09
Selepas melaksanakan tugasan bersama Chief Inspektor Chaeyoun sebagai Song Eunmi, akhirnya aku pulang ke kondominium kediaman Ateez berkumpulan menyamar sebagai Isaac Song.
Meskipun diselubungi kepenatan yang melarat, aku tetap teruskan tugasan melibatkan imbasan wajah pada mereka yang selebihnya. Namun kecundang jua akhirnya apabila aku terlelap atas sofa.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Hyung, bangunlah"
Lena yang dibuai mimpi terus lenyap sebaik sahaja badanku digoncang-goncang oleh seseorang. Kelopak mata dipisat sebelum aku merenggangkan tubuh.
"Em waeyo? (kenapa?)" soalku penuh mamai, sesekali mulut ternganga luas akibat menguap.
Sengaja aku mengalihkan tatapan ke arah mereka yang lain. Nampaknya malam ini, suasana agak sunyi ekoran dua daripada mereka tidak munculkan diri di ruang tamu.
"Pergilah sambung tidur dalam bilik, kita orang nak layan movie malam ni" tutur Choi Jongho sebelum membawaku ke bilik tidur. Pfft, dia layan aku kalah orang sakit duhh.
"Em— mana lagi dua orang tu?"
"Yeosang dan Wooyoung? Ouh, dia orang tengah bersiap, nak pergi mana entah" jawab si Jongho acuh tak acuh. Tidak sampai beberapa derapan kaki, akhirnya sampai juga ke bilik aku.
"Okeylah hyung. Good night, sweet dream" ucapnya sambil mencubit pipi kananku. Budak Jongho ni, ada saja telatahnya.
Setelah melihat pemergian Jongho ke ruang tamu, aku terkaku di hadapan pintu bilik, masih merencana strategi memandangkan mereka berdua sahaja yang belum aku mengimbas wajah.
Setelah berfikir masak-masak, langkahku dituju ke bilik YeoSang. Daun pintu kamarnya yang sedikit terkuak aku cuba tolak sebelum menjengul kepala memasuki ruang dalaman.
Dalam senyap-senyap menghendap, Kang YeoSang sedang merapikan rambutnya berhadapan meja solek. Sut berwarna biru gelap turut tersarung elok pada tubuh si pemakai, hampir cair aku dibuatnya. Sambil-sambil itu, aku mengambil kesempatan untuk mengimbas wajah keperempuanannya.
"Eh hyung, apa curi-curi tengok ni? Skodeng Sang ea?" tebak YeoSang sebelum senyuman manis mula tersungging di sudut bibir. Ops, terkantoi pulak haha.
"Mana adalah, hyung nak tanya ni. Kau dengan WooYoung nak pergi mana?"
"Sang nak keluar sekejap, pergi dinner. Alang-alang tu Sang suruh WooYoung temankan, taklah sunyi nanti" YeoSang tersengih seraya mengungkapkan tujuan keluar bersama kawan baiknya.
Mereka berdua keluar dari kediaman seusai sudah bersiap. Jawapan yang dititipkan YeoSang terlalu umum, sehinggakan tergerak hatiku untuk mengekori mereka. Mujur aku sempat membaca buah fikirannya tadi melalui kanta lekap, jadi tahulah aku destinasi yang mereka bakal pergi.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
Sebelum mengekori ke lokasi dituju, langkahku mula diatur memasuki lorong belakang kedai untuk mengubah penampilan yang sesuai dengan situasi.
Dengan sentuhan peranti pengubah fesyen berupa bedak compact, pemakaianku bertukar sekelip mata. Kini, gaun paras betis berwarna merah hati tersarung kemas pada tubuhku.
Tas tangan yang turut tersedia aku geledah. Aku gumam penuh kagum apabila terlihat topeng masquerade dalam ruangan tas tangan. Nampak gayanya, aku bakal menghadiri suatu majlis berprestij, agaknya.
Seusai itu, aku pun melangkah pergi untuk tiba di lokasi YeoSang dan WooYoung berada.
🍉🍉🍉🍉🍉
Sorry for bored entry, Wauthormelon sedaya upaya untuk buat yang terbaik di chapter seterusnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro