Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

U I 2 ° P R O L O G

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕻𝖗𝖔𝖑𝖔𝖌

"Lahanat"

"Bangang"

"Lanc—"

Terhenti sumpah seranah kuhamburkan setelah melihat gerangan yang muncul keluar dari unit kapal layar mewah itu. Dia mengerling ke arah konco-konconya sebelum melangkah lagak kekwat padaku.

"Apa ni bro? Jaga sikit mulut, mencarut tu boleh timbulkan titik-titik hitam dalam hati" nasihatnya berbaur herdikan, sengaja menaruh minyak dalam api kemarahan aku.

Tahu-tahu aku digantung pada tiang layar kapal, memang inilah masa yang sesuai untuk dia mengambil kesempatan. Jadi, rambut palsu dipakaiku akhirnya ditanggalkan olehnya secara merentap. Habis rambutku panjang mengurai jatuh menutupi sebahagian wajah.

"Ops! Ingat bro, rupanya sis. Sis, nak carut kasi coverlah. Hm, undercover idol konon!"

Mahu saja mukanya aku sepak-sepak sampai puas, tapi apakan daya aku tiada kelebihan pada saat ini. Kedua-dua pergelangan diikat kejap dan digantung, sehingga tubuhku terangkat dari lantai. Buat seketika ini, hanya mampu bertikam lidah saja.

"Jadi kaulah ketua selama ni?"

"Hm, lebih daripada tu... Disebabkan aku antara yang terbijak dalam kalangan mereka, jadi susun atur modus operandi ni aku urus smooth gitu" penuh bangga dia berbicara, riak akan kepintarannya.

Aku sekadar membalas senyuman sinis, takburnya telah mengundang satu idea dalam benak fikiran.

"Well, kita tengok siapa lagi bijak"

Namun sebelum tindakan ini menyusul, ingatan akan insiden lalu kembali menerjah dalam fikiranku.

🍉🍉🍉🍉🍉

How was it? Yay or nay? Kalau korang hadiahkan vomment, Wauthormelon akan hadiahkan new chapter.

See y'all ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro