Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

U I 2 ° L I M A B E L A S

Gulp gulp hahahaha

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 15

"Apa lagi kau nak dari kau, hah?" Eunmi mula berkeras tatkala jejaka psiko itu menghalang jalan keluar dengan lengan kekarnya.

"Easy, saya nak noona. Itu saja" gadis itu terbungkam akan bait kata-kata daripada WooYoung, sampai begitu sekali dia nakkan Eunmi?

"Gila!" tengkingnya sepenuh hati. Lantaklah WooYoung nak buat apa dirinya, sekarang ni tak boleh menikus takut begitu saja.

Lantas jejaka itu menghadiahkan lirikan mata yang mengasyikkan sebelum tersengih sinis, sengaja nak cairkan si Eunmi seketika.

"Ya, saya memang gila! Gilakan gadis bernama Song Eunmi!" bentaknya penuh marah sebelum bibir mereka bersentuhan. Cepat-cepat Eunmi menolak tubuh sasanya daripada hanyut bercumbu.

Dalam situasi yang cukup tegang ini, Eunmi cuba mencapai sesuatu dalam poket seluar. Mujur ada!

Cepat-cepat dia nyalakan pemusnah memori lalu dihalakan pada WooYoung. Terbeliak mata jejaka itu tatkala pancaran dari lampu suluh mula menyilau tatapannya.

"Ambik ni!" satu sepakan padu dihadiahkan Eunmi pada celah kelangkang jejaka itu. Serta-merta, WooYoung rebah ke bawah berserta riak wajah yang menahan kesakitan.

Dengan peluang ada, Eunmi mengambil barang yang penting sebelum meluncur keluar dari bilik hotel, meninggalkan WooYoung jatuh tertiarap.

"Setakat padam memori tadi, tak hairanlah! I know you more, Song Eunmi or what should I say, Isaac EunWoo Song?" sudut bibirnya mula tersungging sebuah senyuman meskipun rasa ngilu dan perit akan sepakan Eunmi.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

"Seorang pengusaha mutiara mengalami kerugian besar berjumlah RM 15 juta setelah premis perniagaannya dirompak semalam.

Lokasi yang berlakunya insiden rompakan terletak di salah sebuah pulau kini ditutup buat pelancong bagi menjamin keselamatan. Berita selanjutnya..." tercengang aku beberapa saat berikutan menonton berita tempatan mengenai rompakan dalam talian.

"Hyung cepatlah! Nanti terlepas flight!" desakan daripada San membuatkan aku mula aktifkan 'airplane mode' pada telefon.

Segera aku menggalas beg kembara sebelum menghayunkan langkah menghampiri balai perlepasan.

Selamat tinggal Sabah, negeri di bawah Bayu.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Tergeleng-geleng kepalanya mengingati memori percutian di Sabah dua bulan lalu. Jelas sekali, banyak dari memori itu pastinya pahit.

Sesekali aku menonton berita antarabangsa dalam talian yang dipaparkan pada skrin telefon.

"...Kemelut yang menimpa di pulau-pulau sekitar perairan Sabah menjadi-jadi berikutan kegiatan rompakan mutiara semakin rancak.

Ini mendatangkan kerugian besar kepada pengusaha barangan kemas hasil laut itu yang secara tidak langsung menggugat keselamatan penduduk setempat dan pelancong..."

"Isaac hyung, ppaliwa! ATINY dah tunggu kita nak buat konsert ni!" terpekik-pekik San memanggilku dari belakang pentas. Mujur terlepas telefon dari genggaman.

Aku pun menilik penampilan pada pantulan cermin sebelum berlari anak ke arah mereka.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

"Thanks for join our concert!" laung kami semua sebelum menunduk hormat buat peminat-peminat yang membanjiri stadium ini.

"Kim HongJoong!"

"Isaac EunWoo Song!""

"Park SeongHwa!"

"Jeong Yunho!"

"Kang YeoSang!"

"Choi San!"

"Song MinGi!"

"Jung WooYoung!"

"Choi JongHo!"

Aku menguntum senyuman penuh terharu sebelum menatap ATINY yang tidak henti-henti menyeru nama kami berkumpulan.

Sedar tak sedar, konsert kembara antarabangsa di benua Eropah menjadi konsert kedua terakhir sebelum kami menutup tirai di Gocheok Sky Dome, Seoul nanti.

🍉🍉🍉🍉🍉

Wauthormelon nak akhiri Undercover Idol 2 tak lama lagi. Abe Ateez dah nak fly ke Korea ni 🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro