Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

U I 2 ° L I M A

Vote dan komen tau, buat macam buku sendiri muehehehe

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 05

"Apa? Tak ada?" terpempanku seketika, mana mungkin perkara sebegini terjadi.

"Yup, maklumat mereka berlapan tiada dalam sistem rekod. Takkan Encik Jung padam?"

"Mana mungkin, fail ada saja di sini"

"Em nampak gayanya, kau kenalah buat kali kedua"

Aku menggeleng kepala meskipun tidak dapat dilihat oleh si pemanggil, Chaeyoun.

"Please aku taknak, bagilah aku tugasan lain selain dari itu. Penat mata ni asyik dia orang, tergugat iman, kau tahu tak?" aduku.

Sesungguhnya Song Eunmi tidak berani menghadap ketampanan mereka berlapan, boleh mendatangkan kesan sampingan pada mata nanti.

"Hm, yelah. Kalau begitu aku gandakan tugasan kau. Satu, kau kena jadi rakan seperjuangan aku dalam unit penangkapan jenayah.

Yang kedua, kau kena teruskan jugak tugasan scanning haritu. No more excuse" terkekeh-kekeh ketawa si Chaeyoun sebelum menamatkan panggilan. Tak guna!

Hampeh punya ketua, ingatkan dia terima pujuk rayu. Rupa-rupanya dia tolak rayuan mentah-mentah, malah tugasan baharu mula menyusul.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

"Tak guna! Dia orang terlepas lagi! Cepat cepat" langkahnya berdesup memasuki perut kereta sejurus dua orang penjenayah berjaya meloloskan diri. Aku pun tergesa-gesa mengikutinya.

Tanpa berbasa-basi, Chaeyoun mulakan pemanduannya. Kereta polis lantas meluncur laju di atas jalan raya bagi mengejar kenderaan penjenayah itu.

Kenderaan dipandu penjenayah rompakan bank ini bukan biasa-biasa, ianya kereta sport keluaran Buggati. Jadi kami mengalami sedikit kesulitan untuk menghampiri kenderaan itu.

Walau bagaimanapun, Chaeyoun yang tidak berputus asa menekan minyak sehabis-habisnya sambil menyelit ke sana ke mari di celah-celah kenderaan lain.

Akhirnya, kereta polis yang dipandunya meluncur keluar dari jalan utama apabila kenderaan penjenayah mengubah laluan ke susur keluar lebuhraya.

Kredibilitinya dalam menjalankan tugasan sangat baik dimana kedudukan kereta polis yang dipandu Chaeyoun begitu hampir dengan kereta Buggati itu.

"Eunmi tembak sekarang"

"Tapi aku tak bawa apa-apa senjata api dalam tangan sekarang"

"Haish, tembak sajalah guna laser!"

Mendengarkan arahannya yang cukup mendesak, tingkap kereta lantas diturunkan sebelum kepalaku tersembul keluar dari perut kereta.

Tatapanku difokuskan sepenuhnya pada badan kereta penjenayah itu. Dengan beberapa kali kerdipan, maka kanta lekap yang mempunyai fungsi terkini diaktifkan, sinaran laser kini muncul.

Aku menyasarkan pada tayar dan sebahagian kenderaan berkenaan. Namun ianya gagal setelah beberapa kali aku mencuba. Walhal, suhu pancaran laser aku halakan amatlah tinggi, sehingga boleh mencairkan dan memusnahkan apa-apa objek.

"Tak guna, Buggati ni jenis kereta kebal" andaian Chaeyoun mengundang bibirku diketap geram. Sesekali dia menghempas tangan pada stereng, sekadar melepaskan geram. Patutlah laser ini tidak mampu tembusi tayar.

"Habis tu, apa lagi yang kita boleh buat?" bengangku menyoal, sudahlah serangan laser tidak memberikan apa-apa kesan pada keadaan fizikal kenderaan di hadapan kami.

"Nampaknya gayanya, kita mampu kejar saj—" bicaranya terganggu sejurus terlihat kereta Buggati itu mula mentransformasikan diri kepada bentuk lain.

Tidak sampai beberapa saat, kenderaan mewah itu bertukar wajah kepada sebuah jet peribadi sebelum ia berlepas pergi ke udara.

"Whutda—" terpana kami di lebuhraya yang cukup sunyi pada malam buta begini.

🍉🍉🍉🍉🍉

Wauthormelon dah cuba buat chapter gempak, harap remi-remi sekalian suka😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro