U I 2 ° L A P A N B E L A S
Mungkin ni chapter kedua terakhir sebelum Undercover Idol menutup tirainya 😿
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖑 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 18
Sejujurnya aku tak percaya orang dihadapan ini merupakan dalang segala rompakan, dari bergiat secara kecil-kecilan hingga merentas sempadan antarabangsa. Hebat!
Tak sangka, aura jelita yang menghiasi wajah wanita itu sebenarnya menyembunyikan sifat paling terkutuk.
"Lahanat"
"Bangang"
"Lanc—"
Terhenti sumpah seranah kuhamburkan setelah melihat gerangan yang muncul keluar dari unit kapal layar mewah itu. Dia mengerling ke arah konco-konconya sebelum melangkah lagak kekwat padaku.
"Apa ni bro? Jaga sikit mulut, mencarut tu boleh timbulkan titik-titik hitam dalam hati" nasihatnya berbaur herdikan, sengaja menaruh minyak dalam api kemarahan aku.
Tahu-tahu aku digantung pada tiang layar kapal, memang inilah masa yang sesuai untuk dia mengambil kesempatan. Jadi, rambut palsu dipakaiku akhirnya ditanggalkan olehnya secara merentap. Habis rambutku panjang mengurai jatuh menutupi sebahagian wajah.
"Ops! Ingat bro, rupanya sis. Sis, nak carut kasi coverlah. Hm, undercover idol konon!"
Mahu saja mukanya aku sepak-sepak sampai puas, tapi apakan daya aku tiada kelebihan pada saat ini. Kedua-dua pergelangan diikat kejap dan digantung, sehingga tubuhku terangkat dari lantai. Buat seketika ini, hanya mampu bertikam lidah saja.
"Jadi kaulah ketua selama ni, Profesor Lee Jieun?"
"Hm, lebih daripada tu hehe. Lepas resign sebagai pegawai makmal, aku mula dirikan KQ Entertainment dengan duit hasil sendiri. Dalam masa sama, aku pun mula perkenalkan kumpulan KQ Fellas kepada orang ramai.
Tapi pada awalnya tak berhasillah disebabkan syarikat aku masih baru dalam dunia hiburan. Jadi, aku mula buat pendekatan sendiri untuk naikkan mutu syarikat dengan melakukan rompakan.
Why? Itu cara paling cepat nak peroleh duit! Kalau tak ada duit, macam mana aku peroleh modal untuk majukan syarikat KQ?
So, aku pun buat perjanjian dengan mereka berlapan. Dalam termeterai, aku akan bagi dia orang kemasyhuran (fame), dan apa yang dia orang perlu buat untuk aku mudah saja, hanya bagi kekayaan pada aku. Sama rata kan? Tak tamak seperti Bangtan Soyeondan sebelum ni hahaha.
Aku buat semua hanya satu saja, untuk peroleh apa yang aku nakkan selama ni, contohnya barang kemas.
Disebabkan aku antara yang terbijak dalam kalangan mereka, jadi susun atur modus operandi ni aku urus smooth gitu. Dan tengoklah hasilnya, aku kaya dan dia orang pun terkenal sebagai ATEEZ!" penuh bangga dia berbicara panjang lebar, riak akan kepintarannya.
Aku sekadar membalas senyuman sinis, takburnya telah mengundang satu idea dalam benak fikiran.
"Well, kita tengok siapa lagi bijak, pirate queen!"
"Em apa-apa jelah" dia mula berpaling ke arah anak-anak buahnya, yang sibuk mengangkut barang kemas hasil rompakan.
Namun sebelum tindakan ini menyusul, ingatan akan insiden lalu kembali menerjah dalam fikiranku. Eh rasanya baik tak payah fikir buat masa sekarang!
Pandanganku mula menumpukan pada sekeliling, kemudian bola mataku berhenti berputar pada satu dinding berupa kaca yang di dalamnya menempatkan tempat kawalan. Sangat dekat tempat mereka memunggah barang-barang.
Tanpa disedari mereka, aku perlahan-lahan mengeluarkan pemusnah memori yang tersemat dalam poket baju.
Dengan berhati-hati, akhirnya aku dapat menggapai objek itu dengan hanya menggunakan mulut.
Sambil mengemam, aku cuba menekan butang bagi menyalakan pancaran. Ianya cukup terang setelah ditekan, memandangkan hari mulai senja tak lama lagi.
Pancaran itu aku halakan terus pada dinding cermin, bagi menghasilkan pembiasan cahaya.
Setelah pandangan mereka disilaukan, peti-peti yang diangkat lantas jatuh dari pegangan.
"Apa kita buat ini?"
"Kenapa kita atas kapal?"
"Jongkong emas siapa punya ni?"
Aku tersenyum kemenangan tatkala dapat tundukkan kerja jahat mereka dengan hanya halakan pancaran pemusnah memori, siapa yang bijak sekarang? Aku ke Profesor Lee Jieun?
Deruan angin semakin kencang diselangi bunyi enjin dari udara membuatkan aku mendongak ke atas.
Nice! Bantuan baru sampai.
🍉🍉🍉🍉🍉
Yey dah nak abis, Wauthormelon pulak yang eksaited🤣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro