U I 2 ° E N A M B E L A S
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 16
Hairan. Sangsi. Itulah perasaan yang melanda pada Isaac semenjak melihat wajah adik-adiknya dari tadi.
"Kenapa hyung pandang kita orang macam nak telan je?" MinGi lantas menyorok di belakang Yunho, seram pulak nak berhadapan dengan Isaac.
"Mana adalah. Hyung cuma pelik je, korang semua ni demam ke?" soalnya yang tak henti menatap risau mereka semua.
Mana taknya, konsert penutupan kembara antarabangsa bakal diadakan tak lama lagi.
"Eh taklah" cepat-cepat Kim HongJoong menafikan.
"Dah tu kenapa hidung korang semua merah-merah?"
Ya, itulah Isaac maksudkan dari tadi. Tapi yang peliknya, rona hidung mereka dari bulan lepas pun merah begini. Takkanlah demam sebulan? Mana mungkin?
Tanpa disedari SeongHwa, Isaac cuba menyentuh batang hidungnya tetapi sempat ditepis WooYoung.
"Apa ni hyung sentuh-sentuh?" decit WooYoung mula mengetap geram.
"Salah ke nak pegang?"
"Yelah, nanti SeongHwa hyung tak berhenti bersin, hacoom hacoom je kerjanya nanti" San bersuara, cuba memberi amaran pada Isaac.
"Yelah, Sanjook oi. Nanti korang makan ubat yer. Ha Jongho, kau pun makan ubat jugak, kerja nak belah buah epal je. Kalah fruit ninja" Isaac menitip pesanan diselangi perlian buat maknae kumpulan ini.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Bali?" terbungkam aku setelah mendapat perkhabaran daripada Chaeyoun.
"Ya, aku dilaporkan pihak berkuasa di sana, yang perompak mutiara di Sabah haritu bersembunyi sekitar kawasan tu.
Dan dia orang amat perlukan anggota sokongan elit macam kita untuk laksanakan penangkapan jenayah rentas sempadan ni" terkelu lidah untuk membalas.
"Boleh tu boleh, tapi em—minggu depan konsert terakhir kumpulan ATEE—"
"—pasal tu, jangan risau. Biar aku uruskan"
Aku terkedu buat kali kedua. Pasti buah fikirannya merencana idea yang bukan-bukan, semata-mata mahu aku ikutinya ke sana.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Hyung~" salah seorang mereka merintih sayu apabila pandangannya dihiasi dengan sekujur tubuh yang kaku terdampar atas katil hospital.
Suasana semakin pilu tatkala pesakit itu mengalami kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya tempoh hari.
"Gwaenchaenahaeyo (aku okey), korang ni terlebih risau" tuturnya Isaac penuh lemah.
"Mana kami tak risaukan hyung. Nanti tak dapatlah nak perform kat konsert sama-sama" tangan Isaac diusap lembut oleh San, yang duduk bersebelahan katil.
"Dah nama pun tak ada rezeki, anyways korang buat yang terbaik untuk closing tour concert nanti. Jangan hampakan hyung" Isaac melontarkan kata-kata semangat buat ahli bawahnya, harap mereka dapat cekalkan hati semasa ketiadaannya di konsert nanti.
"Hyung~" segera mereka berlapan mendampingi Isaac sebelum menghadiahkan pelukan buatnya.
Hampir saja air mata 'jantan' milik Isaac luruh ke pipi, namun dia menahan sebak. Tidak mahu tunjukkan dirinya lemah di hadapan mereka.
Setelah menziarahi ahli paling tua itu, kumpulan Ateez mula beredar pergi dari wad disebabkan jadual yang padat buat masa sekarang.
Tidak lama selepas itu pintu wad dibuka seseorang, kali ini muncullah seorang gadis lengkap berpakaian uniform polis melangkah masuk ke katil.
Senyuman sinisnya dilemparkan pada si pesakit.
"Pandai sungguh kau berlakon depan budak-budak tu, menghayati betul!"
"Sebagai penyamar K-Idol, memang inilah level aku" Isaac atau nama sebenarnya Eunmi menutur acah-acah angkuh. Mahu saja dilempang Chaeyoun.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
Deruan bayu dari Selat Melaka menampar lembut di pipi, namun tidak memberi sebarang ketenangan buatku, malahan yang bertandang kini lebih kepada ketegangan.
"Masuk cepat dalam kapal. Ramai anak kapal jadi tebusan" aku mula bertindak memasuki kapal dagangan, sebaik sahaja suara terpacul keluar melalui mikrofon .
Dengan berjaga-jaga aku menderapkan langkah secara terjengket-jengket, mengikuti polis marin yang lengkap bersenjata dari belakang.
Apabila salah seorang anggota mula menguak pintu, tiba-tiba satu das tembakan dilepaskan dari dalam. Mujur dia tangkas mengelak. Pasti penjenayah ini menyembunyikan tebusan di dalam bilik kawalan.
Seusai diberi arahan, aku pun cepat-cepat bertindak untuk menjengah masuk. Terkaku aku di hadapan pintu dengan suasana tegang di sini, dimana anak-anak kapal yang diikat terduduk lemah atas lantai.
Salah seorang tebusan lantas membeliak mata lalu menggeleng-geleng ke arah aku. Apa cuba yang dilakukannya?
"Cik adik sayang ni cuba nak jadi superwoman ke?" meremang bulu romaku tatkala satu suara menerpa ke gegendang telinga.
Walhal aku masih berambut palsu gaya lelaki, jadi bagaimana dia tahu aku perempuan?
Mahu saja memaling ke belakang, tiba-tiba kepalaku dilayangkan suatu objek yang cukup keras sehingga tubuh terjelepuk jatuh ke bawah.
Apa yang dapat aku lihat kini adalah beberapa orang lelaki berselindungkan topeng sebelum semuanya menjadi kelam.
🍉🍉🍉🍉🍉
Nampaknya pengakhiran Undercover Idol 2 semakin hampir. So Wauthormelon nak bubye awai-awai
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro