U I 2 ° E N A M
Wauthormelon kasi kejutan untuk chapter kali ini, enjoy 🤗
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 06
Aku dibawa pulang oleh Chaeyoun dengan perasaan hampa, ditambahkan benak fikiran mula berselirat membayangkan kejadian tadi. Namun mujurlah, ianya tidak memberi kesan kepada tugasan pengintipan yang aku giatkan.
Penampilan sebagai Isaac Song sudah menghiasiku setelah menyalin pakaian di pangkalan.
Pintu kediaman kumpulan Ateez diketuk malas sebelum aku memulas tombol pintu.
"Hey I'm hom— eh?" keningku mula bercantum tatkala suasana kelam menyelebungi ruang tamu. Pelik.
Biasanya mereka akan berjaga sampai ke tengah malam semata-mata untuk tonton filem. Tapi bukan untuk hari ini.
Dengan langkah berjaga-jaga, suis lampu terus dipasang. Aku terkesima di pintu utama sebaik sahaja suasana mulai diterangi cahaya lampu.
Susuk-susuk badan jejaka yang menghuni ruang tamu kondominium ini terkaku bergelimpangan atas lantai. Habis darah membasahi kujur tubuh mereka. Dalam terketar-ketar, sempat aku mengira jumlah penghuni yang tidak bernyawa dengan jari telunjuk. Nampak seperti dua daripada mereka tiada di sini.
Langkahku diundur ke belakang disebabkan ketakutan yang melampau. Namun derapan kaki terhenti lantaran ada sesuatu yang menghalang dari belakang, membataskan pergerakanku.
"Isaac Eun Woo Song" lutut mulai goyah dikala namaku dipetik oleh seseorang yang keras suaranya.
"Pandang belakang" aku pun menoleh kepala sepertimana diarahkannya, meskipun gemuruh bermaharaja lela dalam diri.
Kini, dua orang penjenayah lengkap bertopeng berhadapan denganku. Mungkin mereka ini yang membunuh sebahagian ahli kumpulan Ateez dan menyembunyikan selebihnya.
Mulut ditekup rapat, tidak percaya akan apa yang bakal aku hadapi. Melihatkan salah seorang daripada mereka berdua yang menggengam erat sebilah pisau, aku mungkin menjadi mangsa korban yang seterusnya.
Mataku pula terpejam rapat sejurus pisau cuba diacu tepat ke arahku.
"April Fool!"
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Maafkan kami sebab buat hyung takut, kami acah-acah saja tadi" orang jejaka bertopeng seperti penyamun memohon maaf. Dah kena penampar sedas, baru nak minta maaf pfft!
"Hm yelah, hyung maafkan korang berdua dan lain-lain. Kalau korang buat prank macam ni tahun depan, siap hyung kerjakan" tersengih-sengih Mingi dan Yunho mendengar amaranku.
Tanpa kusedari, bungkusan berupa kotak kek diletakkan atas meja. Aku mengerutkan dahi kerana tidak faham akan situasi sekarang.
"Apa ni? Kata tadi April Fool. Dah kenapa beli kek pulak?" soalku penuh buntu.
Mereka berenam yang berlumuran dengan sirap terus menepuk dahi.
"Aigoo hyung. Dah lupa dengan hari jadi sendiri ke?" perli Seonghwa.
Kali ini aku pula menepuk dahi. Bagaimana hari jadi diri sendiri boleh lupa?
"Happy birthday, Isaac hyung!" bergema suara mereka berlapan memberi ucapan hari jadi mengundangku perasaan sebak dan terharu.
"Cepatlah potong kek, mamat gunung ni tak sabar nak makan" San sekadar melemparkan pandangan maut setelah WooYoung mengusiknya.
"Yelah Youngie oi— eh mana pisaunya?" anak mataku melilau mencari pisau pemotong kek. Selalunya ada saja diselitkan tepi kotak.
"Nak dijadikan cerita, pisau kek tu si Mingi ni jatuhkan dalam longkang, tu cepat-cepat kita orang pergi beli pisau betul ni" meletus tawaku sesuai Yunho menceritakan perkara yang menggelikan hati.
Pisau yang Mingi acukan pada aku sebelum ini lantas dirampas oleh seseorang.
"Hyung ni lambatlah. Meh titew potongkan"
"Boo~ siapa yang lapar sekarang, WooYoung oi? Aku ke kau?"
Habis terburai segala tawa kami melihat gelagat WooSan. Ada-ada saja mereka berdua ni.
🍉🍉🍉🍉🍉
Hari jadi jatuh pada April Fool be like 😎 btw WooSan nampak comel, meanwhile YunGi sengaja Wauthormelon buat nakal sikit hehe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro